Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FILEM: SONGLAP DI PAWAGAM 15 DISEMBER

Kak Fas baru sahaja menonton prebiu filem "Songlap" tengah hari tadi.. sebuah filem yang genrenya lari daripada filem seram atau komedi yang banyak di pasaran tempatan sekarang. Tidak hairanlah "Ombak Rindu" khabarnya berjaya mencetus fenomena dalam industri filem tempatan apabila berjaya mengaut sehingga RM4 juta dalam empat hari tayangannya. Kak Fas yakin antara satu sebabnya ialah penonton sudah lama tidak menonton filem genre cinta. Dan ia dikuatkan lagi dengan penampilan hebat Aaron Aziz yang kini 'hero' paling popular dalam sinema Malaysia. Gandingan Aaron bersama Maya Karin dan Lisa Surihani menambahkan lagi kekuatan pada nilai komersialnya.

Kini "Songlap" pula mengambil alih dengan paparan isu perdagangan manusia yang telah lama bergiat tanpa disedari masyarakat dan dikupas menjadi bentuk visual bagi pengetahuan penonton. Terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films, "Songlap" yang diterbitkan dengan kos RM1.5 juta memperlihatkan sisi kejahatan berlawan dengan kebaikan melalui watak Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Shafie  Naswip).

Penglibatan dua beradik ini dalam kegiatan jual bayi dan perempuan mencetuskan konflik kekeluargaan di mana akhirnya sudah tentu kebaikan mengatasi kejahatan. Sebenarnya banyak persoalan yang tidak terjawab dalam sub plot filem ini seperti bagaimana ibu Am dan Ad (lokonan Normah Damanhuri) boleh terjebak dalam pelacuran...mustahil seorang ibu tidak teringat langsung tentang anak yang ditinggalkan? Dan apa sebenarnya yang berlaku di antara ayah dan anak (Sara Ali) sehingga menjadi mangsa rogol ayah sendiri?
Mungkinkah jawapan kepada persoalan tergantung ini bermaksud akan terbit "Songlap 2"?

Apa pun, yang nyata "Songlap" arahan pasangan pengarah Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, sebuah filem 1 Malaysia yang tidak mengecewakan dengan adegan-adegan ganas yang mampu menyuntik adrenalin penonton. Bakal ditayangkan di 77 pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei bermula 15 Disember 2011.

Mendapat sokongan daripada penaja Everlast dalam kempen promosi, satu peraduan "Mystery Shopper" giat dijalankan di mana seorang pemenang bertuah akan diberi baucer sebanyak RM1,000 untuk berbelanja di butik Everlast bersama pelakon "Songlap".

Maklumat lanjut layari www.facebook.com/grandbrilliance dan www.twitter.com/grandbrilliance.

Bintang: *** setengah. 

Tiada ulasan: