Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MLM MEGA: TIADA PENYINGKIRAN, OSBON TERBAIK

Sejak Maharaja Lawak Mega (MLM) bersiaran enam minggu lalu, Kak Fas baru pertama kali menyaksikannya malah pertama kali juga berada di Royal Theatre Selangor yang nampak cukup gah seperti Istana Budaya.
Ketika itu cuma tinggal 7 lagi kumpulan yang bertanding iaiitu Osbon, Boboi, Saehu, Adlin, BP-Bawal Power, Pimai dan Syok.
Seronok juga Kak Fas layan jenaka mereka apatah lagi ketika itu berpeluang menyaksikan persembahan mereka mengikut tema "Tiru Gaya Artis" dan Silent Comedy",
Dan pada akhirnya Kak Fas setuju dengan kemenangan Osbon (Mr. Os & Abon) di tangga teratas dengan undian 74% mengalahkan Boboi (Afdlin & Harun Salim Bachik) yang mendapat 68%.
Tempat ketiga diraih Adlin Aman Ramli dengan 64% diikuti  Saehu (63 peratus), Syok (60 peratus), BP- Bawal Power (56 peratus) dan Pimai (56 peratus).
Dan seperti Kak Fas nampaknya juri-juri tetap - Dato Siti Nurhaliza, Dato Chef Wan, Zainal Abidin Hassan serta juri jemputan, Taura Taufany (kumpulan The Lima),bersetuju dengan kemenangan Osbon yang memperlihatkan persembahan yang mampu mencuit hati penonton di dewan mahu pun di rumah melalui siaran langsung berbayar Astro Warna saluran 132.
Dalam pada itu, Kak Fas terhibur dengan persembahan daripada satu-satunya kumpulan dari Indonesia, Saehu dalam segmen "Tiru Gaya Artis" yang melakonkan watak Krisdayanty, Anang dan Syalini. Barangkali persembahan keduanya dalam segmen "Silent Comedy" meletakkan Saehu jatuh satu tangga daripada Adlin dengan hanya satu peratus kerana ia kurang menyengat berbanding Adlin yang menjadi "gorilla".
Khabornya, MLM akan menjelajah ke Johor Bahru sebelum berakhir pada malam kemuncaknya pada 30 Disember 2011 ini.
Memandangkan minggu ketujuh ini tiada penyingkiran, minggu kelapan dijangka menyaksikan dua penyingkiran sekali gus kata Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani.
MLM yang dihoskan AC Mizal  menetapkan pemarkahan mengikut 30% undian peonton dan 70% lagi dari pihak juri profesional yang dilantik.
Siapakah agaknya yang bakal membawa pulang wang tunai RM350,000 akan terjawab pada 30 Disember nanti.
"Good luck" kepada semua yang hebat-hebat belaka.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan