Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NADIYA NISSA CIUM MANJA DAHI AARON AZIZ....

NADIYA NISSA & AARON AZIZ
 Petang tadi berlangsungnya tayangan perdana prebiu episod terakhir, "Adam & Hawa" kepada pihak media. Pada episod ke 80 ini dipaparkan kehidupan Nadiya yang mengandung dan kemudiannya melahirkan bayi perempuan waima masa hadapannya sudah tidak lagi dibelenggu perisitwa hitam yang dilaluinya, Lelaki yang dibenci tetapi telah menjadi suaminya berakhir dengan perasaan kasih dan sayang yang teramat. Babak di atas katil bersama Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz menutup tirai 'Adam & Hawa" dengan ciuman manja  di dahi Aaron oleh Nadiya Nissa sebagai  'isteri' bernama Ain Hawani.

Di tanya kemungkinan babak itu akan menimbulkan isu atau kemarahan penonton waima Nadiya benar-benar memberikan ciuman itu dan apakah dia tidak takut terhadap komen dan reaksi khalayak?  Begini jawab Nadiya:

"Kenapa saya perlu takut... kalau tak berani jangan jadi pelakon, " ujarnya jujur dan selamba.

Tambah Nadiya atau nama sebenarnya, Nadiyatul Nisaa‘ Kamaruddin,  sepanjang di lokasi set, jarang ada adegan bersentuhan sesuai dengan jalan cerita hinggalah kepada tamatnya episod barulah dia berani mendekatkan dirinya dengan Adam dengan memberikan 'suaminya' itu ciuman di dahi.

"Adam Hawa" drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd, arahan Feroz  Kader akan berakhir di Astro Mustika HD (saluran 134) jam 10 malam ini dan sejak disiarkan telah mendapat sambutan hangat seperti mana fenomena "Ombak Rindu". Dan mungkinkah drama ini akan dibawa ke layar perak? Pasti produsernya Datin Zaiton Mohd Jiwa bole memikirkannya...

Pun begitu, pasangan serasi ini ternyata menimbulkan satu fenomena tersendiri malah terlah  berjaya disenaraikan dalam 'top 5' bagi kategori online  untuk 'Gandingan Di Layar Serasi" di samping pasaganan Adi Puta/Nora Danish; Johan/Zizan Razak; Shaheizy Sam/Yana Samsuddin dan Aiman Hakim Ridza bersama Izara Aishah.

Bercakap lebih lanjut mengenai Ain Hawani, Nadiya akui selesa dengan watak itu sehingga selama 5 bulan dia terbawa-bawa sikap Ain dalam kehidupan sehariannya.

"Lepas 5 bulan nak keluarkan Ain Hawani pun susah sampai personaliti sendiri pun hilang dan saya terbawa-bawa watak Ain ," tambah Nadiya yang turut teruja apabila mendapat panggilan daripada idolanya Fauziah Nawi yang menelepon untuk memberikan pujian terhadap lakonannya.

"Saya sungguh terharu apabila Fauziah Nawi telefon ucap tahniah," kata Nadiya riang.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari UiTM ini merancang menghasilkan skrip dan berharap ia akan siap menjelang usianya 30 tahun.

"Ketika ini saya sedang mengumpul bahan-bahan daripada apa yang saya lihat di persekitaran. Semuanya saya catatkan dalam notebook saya dan akan dijadikan inspirasi untuk skrip saya kelak," jelas isteri muda berusia 28 tahun ini.

Tidak membayangkan akan berhenti berlakon kerana itu impiannya katanya, Nadiya bagaimana pun akui masa santai dan memasak untuk suami agak terhad.

"Saya rindukan momen apabila saya memasak untuk suami dan mencuba pelbagai resepi. Walaupun hangit atau tak sedap tetapi suami tetap makan sebab dia tak cerewet," cerita Nadiya mengenai tanggongjawabnya kepada suami tercinta, Saiful Razman Mohd Kassim dan ibu kepada Omar Saiful Razman ini.

Selain Aaron Aziz & Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).
Turut hadir pada majlis tayangan terdiri daripada Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani dan produser Global Stadion Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

* Trivia: 
 Tayangan Istemewa 'Memoir Adam & Hawa' yang akan menayangkan babak-babak menarik sedutan daripada drama bersiri ini, dan siaran "Opps! Adam Hawa" yang menonjolkan adegan2 kesilapan sepanjang penggambaran akan ditayangkan dari Isnin hingga Khamis bermula 14hb hingga 17hb Januari 2013 jam 10 malam.
* Slot 'Adam Hawa' akan diambil alih oleh drama 33 episod, "Sehangat Asmara" menampilkan Rita Rudaini dan Ady Putra bermula 21 Januari 2013.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan