Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

THE ASIAN SIDE OF THE DOC 2013 -SATU KEJAYAAN



PROGRAM THE ASIAN SIDE OF THE DOC 2013  HIMPUN PESERTA DARI LEBIH 40 NEGARA SELURUH DUNIA


Program Asian SIde of The Doc (ASD 2013) yang buat julung kalinya di hoskan oleh Malaysia menyaksikan anugerah Projek Dokumentari Terbaik Asia dimenangi pembikin dari  China, Zhao Qing, dengan tajuk 'Please Remember Me'.
Peserta dari Malaysia, Hana Nadira dengan dokumentari bertajuk 'Borneo Punk Rock' bersama Fuad Ahmad Yazid melalui projeknya, "The Gold Detective' masing-masing tidak menghampakan apabila memperoleh kemenangan bagi kategori Projek Dokumentari Terbaik Malaysia dan Anugerah Dokumentari Tanpa Sempadan.
Turut meraih kemenangan ialah peserta dari United Kingdom. Thomas Ellis yang menerima kemenangan dalam projek Dokumentari Terbaik Antarabangsa bagi dokumentarinya berjudul "Love Is Not A Crime'.
 Kesemuya pemenang diumumkan pada majlis  Anugerah Asian Side Of The Doc 2013 (ASD 2013) yang berlangsung baru-baru ini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Antara selebriti terkemuka yang hadir memeriahkan majlis yang berlangsung selama empat hari terdiri daripada Datuk Seri Michelle Yeoh. Yang turut hadir Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan  dan Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.
ASD 2013  anjuran  KPKK melalui FINAS dengan kerjasama Bang SIngapura, Sunny Side of The Doc dan Persatuan Dokumentari Malaysia  merupakan sebuah program pembangunan industri dokumentari yang melibatkan peserta daripada lebih 40 negara seluruh dunia di mana pengisian acara meliputi persidangan, pemasaran, 'masterclass' dan program jaringan perniagaan.
Berhubung dengan penganjuran, Raja Rozaimie Dalnish memberitahu, pihaknya sedang cuba mengangkat filem-filem dokumentari setanding dengan filem cereka agar Malaysia  tidak ketinggalan dalam menghasilkan pelbagai filem genre seperti yang berlaku di negara  luar.
"Saya harap program ini menjadi langkah awal dalam  strategi untuk membangunkan industri dokumentari tempatan ke peringkat antarabangsa," tambahnya.
Senarai penuh pemenang Anugerah Asian  Side Of The Doc 2013.
1. Projek Dokumentari Terbaik Asia - Please Remember Me (China)
2. Projek Terbaik Antarabangsa - Love Is Not A Crime (United Kingdom)
3. Dokumentari Terbaik - Okhwan (Yugoslovia)
4. Anugerah Istimewa Juri - Like Ants For Suger (India)
5. Projek Dokumentari Terbaik Malaysia - Borneo Punk Rock (Malaysia)
6. Anugerah Tanpa Sempadan - The Gold Detective (Malaysia)
            
)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan