Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT JAMAL ABDILLAH MENGENANG P. RAMLEE

JAMAL bersama Abang Jo (Dato Juhari) di sebelah beliau dan artis artis undangannya yang akan bersama pada Konsert Eztravaganza -P. Ramlee ketika sidang akhbar di Istana Budaya baru-baru ini.

Sudah tiga kali Raja Pop, Jamal Abdillah memijak pentas Istana Budaya dalam sebuah konsert namun berlainnya kali keempat ini, Jamal tampil dengan impian khas untuk menghargai Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee melalui konsert yang di namakan Konsert Solo Jamal Abdillah... Extravaganza P. Ramlee.

Konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun ini memberi peluang kepada peminat setia Jamal  menyaksikan sisi kelainannya apabila beliau akan membawa lebih daripada 30 buah lagu-lagu nyanyian penyanyi pujaannya, P. Ramlee yang kebetulan tanggal 29 Mei ini, sudah 40 tahun Seniman Agung itu meninggal dunia.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert yang julung kali dipersembahkan oleh Jamal ini di bawah anjuran syarikatnya sendiri, Bintang Channel diletakkan dalam  beberapa katogeri harga iaitu RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455.

Dengan harga pelbagai sudah tentu ia memberi peluang untuk semua  golongan masyarakat  hadir menonton mengikut kelesaan dan bajet masing-masing,

"Untuk penonton yang membeli tiket RM455 mereka akan menerima sesuatu yang istemewa, " jelas Jamal Abdillah sewaktu ditemui baru-baru ini.

Dengan kos melibatkan kira-kira RM500,000, Jamal Abdillah berjanji memberikan persembahan yang istemewa di mana 8 segmen telah diaturkan sepanjang konsert meliputi antarnya pop yeh yeh, pancasitara, lagu duet dan lagu-lagu jenaka.


Segmen -segmen berkenaan akan turut dibantu artis jemputannya seperti Najwa Nasir, Musly Ramlee, Isma Aliff, Azlina Aziz dan Nas Adila.

Seramai 31 pemuzik profesional dan 25 pemuzik orkestra daripada pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam di bawah pimpinan pengarah muzik Leonard Yeap terlibat dalam konsert bersejarah ini.

Untuk sebuah konsert yang hebat bagaimana agaknya Jamal akan membiayainya?


"Saya mengalu-alukan penajaan pihak swasta namun jika tiada saya akan keluar duit sendiri untuk merealisasikan impian konsert ini," ujar Jamal jujur.

Menurutnya, sebagai menghargai idolanya itu, beliau sanggap berhabisan wang tanpa memikirkan keuntungan semata untuk meneruskan legasi P.Ramlee yang amat disanjung tinggi.

"Sejak kecil Allahyarham adalah ikon yang saya kagumi malah angan-angan untuk menjadi sepertinya pernah singgah di minda tetapi tiada siapa pun yang boleh menggantikannya," jelas Jamal yang kelihatan cukup teruja untuk menjayakan konsert solonya itu.

Tambah penyanyi "Takdir Penentu Segalanya" ini, beliau akan memberikan kepuasan kepada penonton melalui konsertnya ini di mana selain berjenaka penonton akan dibuai perasaan sedih melalui lagu-lagu melankolik yang dipilih.

"Saya pasti bukan sedikit yang akan bergenang air mata...itu kepakaran saya," tambah Jamal sambil berharap tujuan murninya ini akan mendapat sambutan bukan sahaja peminatnya bahkan peminat setia P. Ramlee.

Sementara itu, Musly Ramlee yang ditemui menyatakan rasa terharunya dapat bersama Jamal  bagi membantunya melakonkan sketsa semasa persembahan.

"Suara saya akan digunakan sebagai P. Ramlee seolah-olah P. Ramlee menjelma pada malam itu, " jelas Musly yang kini sedang sebuk berurusan dalam penjualan tanah di Hulu Langat.

"Jika ada sesiapa yang nak membeli tanah silakan berhubung dengan saya," sempat Musly mencelah.

Tempahan untuk menyaksikan konsert Jamal boleh melayari www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-41478600 atau Istana Budaya Box Office di talian 03-21618134.

Cepat sebelum terlambat! 



 






.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan