Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PANDORA HASILKAN KOLEKSI KHAS HARI IBU.,,


PENGARAH Urusan Pandora, Datin  Zarida....

 Andai kata anda sedang mencari-cari hadiah apa yang mahu diberikan kepada orang paling istemewa dalam hidup anda iaitu IBU... barangkali boleh la singgah seketika ke butik barangan jenama PANDORA untuk melihat koleksi khas yang disediakan sempena sambutan HARI IBU tahun ini.

Anda boleh pilih pelbagai bentuk 'charm' yang mampu menceritakan pribadi ibu anda seperti kesukaannya, hobinya dan karakter ibu anda itu sendiri malah dengan memilih charm bentuk 'love' ia lambang kasih sayang anda terhadap ibu tercinta malah tercatat perkataan 'mum' dalam pelbagai bahasa seperti 'Mum' atau 'Mom" (bahasa America) mahu pun 'Maman' dalam bahasa Perancis.

Malah untuk memberi peluang anak lelaki meluahkan perasaan kasih sayang kepada ibu, Pandora turut melahirkan 'charm' untuk ibu dan anak lelaki.

"Selain itu juga kami turut melahirkan bentuk charm yang sesuai digayakan nenek, " ujar Pengarah Urusan Pandora, Datin Zarida Noordin dalam majlis pelancaran koleksi terbaru Pandora khas untuk Hari Ibu di butik Pandora di Bangsar Village, baru-baru ini.

HAZAMA turut memiliki Pandoranya..

MIA Sara menggayakan Pandora pilihannya..

 Hazama yang diundang menyampaikan dua buah lagu pada majlis tersebut tidak ketinggalan memakai Pandora yang dibelinya dengan nilai hampir RM3,000 sebelum ini malah pada hari berkenaan bercadang mmbelikan ibunya gelang Pandora tanda kasih sayangnya.
Pandora Hazama untuk ibunya....

Seperti yang anda lihat di gambar sebelah kanan ini, jurujual Pandora sedang memilih 'charm' untuk Hazama sebagai hadiah kepada ibunya. Difahamkan ia bernilai lebih kurang RM1,600 hingga RM2,000 bergantung kepada bentuk pilihan.
Turut bersama memeriahkan majlis menggayakan koleksi Pandora sempena Hari Ibu tidak lain dari Dynas Mukhtar yang hadir bersama dua orang anaknya serta Low Ngai Yuen.dengan pengacara dikendalikan oleh Datuk Yasmin Yusuff.
Bergaya kasual bertemakan warna biru dan pink, Dynas kelihatan menyerlah dengan gelang Pandora pilihannya. Begitu juga adik comel, Mia Sara yang bijak menggayakan koleksi Pandiora di pergelangan tangannya (gambar atas).

(Kiri) Dynas bersama anak kesayangannya


 Dapatkan koleksi Pandora anda di butik-butik Pandora seluruh negeri seperti berikut:
Bangsar Village II, Alamanda Putrajaya, KLIA,Empire Shopping Gallery, Subang; Mont' Kiara; Midvalley Megamall;Tropicana City Mall, Gurney Plaza, Penang dan banyak lagi.....layari www,pandora.net atau jadi peminat di laman facebook :Unforgettable Moments-Malaysia'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan