Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELAJAR DARI KENYA, BEN BOLOT HADIAH PALMA 2013

BEN (kiri, duduk) bersama pemenang kedua dan ketiga PALMA bersama hadiah kemenangan masing-masing.


Kesemua kategori hadiah dibolotnya. Hasil persembahan dan nyanyian yang cemerlang menyaksikan Mbasu Benard Okaro dari Kenya membawa pulang wang keseluruhanya sebanyak RM13,000 bersama piala iringan pada pertandingan PALMA 2013 (Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa) yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri baru-baru ini.

Dengan membawa lagu "Dwihati" nyanyian asal oleh Yuna dan Aizat, pelajar jurusan Arkitek dari Kenya ini  yang lebih popular dengan panggilan BEN memenangi  hadiah wang tunai utama sebanyak RM10,000 di samping tiga hadiah sampingan seperti Anugerah Khas Juri, Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik yang setiap satu  menawarkan wang sebanyak RM1,000.

Naib Juara yang turut mendapat tepukan gemuruh memperoleh RM8,000 dirangkul oleh pelajar dari Bangladesh iaitu Kazi Yasin Islam yang memilih lagu Hafiz, "Bahagiamu Deritaku" manakala tempat ketiga jatuh kepada pelajar dari Belgium, Brunilde Marie Julia Geuth yang meraih wang tunai RM6,000 dengan lagu pilihannya "Kalis Rindu" nyanyian asal oleh Elyana.


Seramai 12  peserta bertanding di mana 9 peserta lain masing-masing memperoleh wang sagu hati RM1,000  terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu "Itu Kamu"dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal NuchuDorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar) dan  Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza).

Hadir menyampaikan hadiah ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz. Antara para artis yang turut menghiburkan penonton ialah Aliff Satar dan  Kumpulan Shades manakala barisan juri diketuai Dato Ramli MS.

PALMA 2013 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan kali ketiga diadakan sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan