Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELBAGAI PROGRAM DI ASTRO SEPANJANG RAMADAN



Sempena bulan mulia ini, Astro tidak ketinggalan menyajikan pelbagai program menarik untuk tontonan pelanggannya  dengan membawakan erti kemaafan yang lebih bermakna, kemaafan yang tiada noktahnya,

Masih mengekalkan tema 'Kosong Kosong' seperti tahun lalu,  namun tahun ini Astro bakal membawa saluran Astro Oasis secara percuma sepanjang bulan Ramadan sehingga 17 Julai 2015 menerusi perkhidmatan Astro-On-The-Go (AOTG).

Mengumumkan demikian di majlis pelancaran program-program Astro sepanjang Ramadan, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Enchik Khairul Anwar Salleh berkata, 'Tawaran tidak terhad kepada para pelanggan Astro sahaja tetapi terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia di mana ia boleh ditonton menerusi komputer riba, tablet dan juga telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua dengan memuat turun aplikasi AOTG."

Selain itu, Khairul memberitahu,  buat pertama kalinya juga Astro memperkenalkan initiatif yang dinamakan Projek Ngaji di mana saluran Astro Oasis menjadi penerajunya. 

Projek Ngaji mensasarkan objektif utama untuk mengajak Muslimin dan Muslimat bertadarus dan menghabiskan 30 juzuk bacaan Al-Quran dalam tempoh 30 hari di bulan Ramadan.

Pada majlis yang sama, Astro turut mengumumkan penayangan lebih 44 program terbaik dengan hampir 350 slot jam diperuntukkan menerusi pelbagai saluran dalam segmen Melayu di platform Astro untuk menemani penonton di sepanjang Ramadan.

Astro Oasis yang merupakan siaran Islamik memulakan kempen Projek Ngaji dengan bertadarus 30 juzuk Al Quran selama 30 hari dan diakhiri dengan program khatam Quran iaitu Imarah Ramadan yang disiarkan selcara langsung bermula dari solat Asar, berterawih, Qiamulail (sepertiga malam) dan diakhiri dengan Sinar Dhuha keesokkan harinya. Selain itu, Astro Oasis turut menyajikan drama bersiri berjudul 'Mail & Sudin Sambut Ramadan'.

Astro Ria pula buat julung kalinya akan menayangkan drama bersiri yang diadaptasikan dari novel popular 'MAID' dan tidak ketinggalan rancangan memasak, 'Resipi Memikat Suami' bersama keletah hos, Jihan Muse dan para selebriti undangan.

Astro Prima tidak ketinggalan memberikan yang terbaik dengan sajian drama adaptasi novel, 'Cik Bunga Encik Sombong' eksklusif untuk tayangan bulan Ramadan. Program komuniti 'Hajat Khas Ramadan' memaparkan kisah-kisah menarik dalam menghulurkan bantuan terhadap mereka yang memerlukan.

Di samling itu, Astro Ceria meraikan Ramadan dengan menayangkan drama bersiri seperti 'Strawberi & Karipap'', 'Puasa Oh Puasa' dan antara lain nya ialah 'Ummi...Ceritalah Pada Kami'.

Saluran-saluran premium dalam Pakej Mustika seperti Astro Warna menyiarkan program komedi seperti 'Elak Elak' dan 'Dalang Prank'. Astro Citra pula menayangkan filem-filem terbaik seperti 'Saloma: Mencari Guruh',  'Saloma: Pandang Kasih', "Lagenda Budak Setan 3' dan 'Nasi Tangas' menerusi Blokbuster Ahad.

Slot Sinema Sahur pula menyajikan filem-filem terbaik lakonan artis seperti Zizan Razak, Farid Kamil, Intan Ladyana dan Yana Samsuddin pada setiap hari jam 4.30 pagi.

Indo Pek melaui saluran Bintang pula membawakan 'Pasahur', 'Hafizh Quran', 'Assalamualaikum Cantik', 'Bukan Empat Mata Ramadan' dan 'Sketsa Ramadan' manakala saluran Pelangi menayangkan rancangan seperti 'Renungan Sejenak Ramadan' dan 'Muslim Traveller'.

Selain rancangan menarik di tv dan radio, Astro turut turun padang dengan Bazar Kosong Kosong dengan menjelajah ke beberapa buah lokasi  terplilih. Bersesuaian dengan trend masa kini, Astro turut menganjurkan Santai Kosong Kosong dengan bekerjasama dengan peniaga 'food truck' untuk meraikan orang ramai berbuka puasa di hari minggu secara santai bersama keluarga.

Malah untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik, Astro melancarkan  Misi Kosong Kosong yang mana merupakan aktiviti CSR untuk mendekati golongan gelandangan, anak-anak yatim, orang kelainan upaya dan pesakit di wad pediatrik.

Info lanjut mengenai kempen Kosong Kosong boleh  layari laman sesawang.
kosongkosong.com.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan