Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HITRIK ROSHAN HANGATKAN SUASANA IIFA2015




Bintang-bintang dari Bollywood kini mula membanjiri Kuala Lumpur dengan bermulanya IIFA2015 (Festival Anugerah Antarabangsa Filem India) selama tiga hari sehingga 7 Jun ini di mana kemuncak festival adalah malam penyampaian anugerah yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil ahad ini.

Kehadiran mereka membuatkan hotel yang menjadi penginapan dipenuhi bukan sahaja oleh para media tempatan dan luar negara malah peminat yang mahu melihat wajah kesayangan artis mereka dari dekat.



Dan suasana dihangatkan dengan penampilan artis lelaki tampan yang cukup dikenali ramai iaitu Hitrik Roshan yang tiba di perkarangan kompleks membeli-belah Pavilion.

Kehadiran beliau dikawal ketat oleh pengawal menuju pentas terbuka yang sudah dipenuhi kelilingnya seawal tengah hari walau pun jadual kedatangan Hitrik Roshan adalah pada jam 2.30 petang.

Sebaik sahaja muncul Hitrik terus naik ke pentas dengan menari beberapa langkah disusuli sorak dan jeritan daripada para peminatnya yang rata-rata bersedia dengan kamera telefon bimbit masing-masing dengan harapan mampu 'selfie' atau pun sekadar mengambil gambar acara singkat tersebut.

Sudah tentu mereka yang berada di barisan paling hadapan berdekatan pentas mempunyai ruang yang selesa untuk mengambil gambar malah ada di antara peminat bertuah yang diajak ke pentas.

Seorang gadis dari Taiwan yang turut membawa 'placard' yang bertulis 'Taiwan dan Bolly' bertuah kerana dapat naik ke pentas malah kesempatan itu diambil dengan terus memeluk aktor kesayangannya itu tanpa rasa segan atau silu.

Selain itu, peminat yang bertuah juga diberikan tiket untuk menyaksikan upacara kemuncak IIFA iaitu penyampaian anugerah pada ahad ini yang akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Setengah jam yang diperuntukkan ternyata agak singkat untuk peminat menyaksikan Hitrik yang dikawal ketat sehingga perjalanannya kembali ke hotel.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan