Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AF2015 PERKENAL 16 CALON PELAJAR, EDRY ABDUL HALIM PENGETUA


Seramai 16 bakal pelajar AF2015 diperkenalkan secara rasmi pada sidang media pertama pengumuman barisan tenaga  pengajar sekali gus Pengetua AF terbaharu iaitu komposer terkenal, Edry Abdul Halim petang tadi.

Bersama Edry, barisan tenaga pengajar yang terpilih merupakan wajah-wajah lama seperti pasangan suami isteri, Que Haidar (Guru Pementasan) dan Linda Jasmin  (GuruTarian dan Koreografi); Fauziah Nawi (Guru Seni Persembahan); Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi & Bahasa Inggeris) Acis (Pengarah Muzik Konsert) dan Shahrol sebagai Guru Vokal.



Sementara 16 pelajar bertuah yang layak bersaing bagi merebut kedudukan tetap dalam senarai pelajar AF2015 terdiri daripada lapan pelajar lelaki dan lapan perempuan. Mereka terdiri daripada Shahrul (Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan; Iqwan (Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak); Syamel (Syameel Aqmal Mohd Fadzly, 22, Kuala Lumpur); Openg (Anthonasius Jadil, 23, Sabah); Faroq (Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka); Sufi ( Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura); Syahid (Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka) dan Wili (Suili George, 28, Sabah).

Lapan pelajar perempuan pula terdiri daripada Bila (Nurmajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur); Ziqa (Nurhusnina  Haziqah Naharuddin, 19, Johor); Arisa (Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor); Aziah (Azizah Awang, 21, Sabah);  Ifa (Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah); Lisa (Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak); Rachel (Ang Hui San,23, Pahang) dan Dalila (Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura.

Rangkaian program AF2015 akan mula bersiaran  secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) di mana program pengenalan Tirai AF2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 hingga 2 Ogos 2015 jam 9 malam

Selain itu rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF2015 yang dikendalikan oleh bintang AF musim pertama, Nana Mahazan, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam bermula pada 3 Ogos.

Dan kemuncaknya, iaitu Konsert Mingguan AF2015 akan dikendalikan oleh pasangan Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pengacara bersama di mana siaran langsung akan bermula pada 9 Ogos, setiap hari Ahad jam 9 malam dari Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sejak mula diterbitkan pada tahun 2003,  penerbitan musim ini bakal membuat kejutan sewaktu Konsert Penentuan di minggu yang pertama kelak. Kesemua 16 pelajar akan membuat persembahan secara langsung buat julung kalinya di khalayak ramai. 100% keputusan dan kuasa penjurian adalah berdasarkan pemilihan oleh Pengetua dan barisan tenaga pengajar AF2015. Jumlah pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam AF2015 hanya akan terjawan pada malam Konsert Penentuan itu nanti.

Selain itu, buat pertama kalinya juga AF2015 akan memperkenalkan format pemarkahan yang diadili berdasarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI dan undian penonton menerusi laman web rasmi di www.af.com.my. Talian untuk menghantarkan undian akan mula dibuka sejurus tamat Konsert Mingguan AF2015 di minggu yang pertama, iaitu pada 9 Ogos jam 11.30 malam.




Dan seperti musim-musim sebelumnya, AF2015 akan turut membawa masuk khdmat dua selebriti popular tanah air selaku Juri Juara yang akan memberi markah dan komen untuk setiap persembahan para pelajar. menerusi laman web rasmi tersebut.




Khidmat Juri Juara adalah berbeza dengan penilaian juri tetap kerana mereka menlai melalui perspektif seorang penghibur tanah air.Namun penilaian mereka tidak akan mempengaruhi jumlah pemarkahan para peserta. Dua selebriti yang dilantik sebagai Juri Juara ialah Joe Flizzow dan Stacy.

Juara AF2015 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain. Naib Juara bakal memenangi wang tunai RM30,000 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga, keempat dan kelima berpeluang memenangi wang tunai RM20,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah sampingan.

Antara penaja terbabit pula terdiri daripada Nouvelles Visage selaku penaja platinum di mana Puan Rita Dato Sosilawati turut hadir, dengan kerjasama Hotlink dan Vivo Smartphone sebagai penaja biasa.

Bersama dalam sidang media tersebut adalah Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza  Azmi dan Ketua Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.