Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARYAWAN BUKAN MELAYU BOLOT ANUGERAH FFM27



KARYAWAN di sebalik filem "Lelaki Harapan Dunia'.

Barangkali, dalam sejarah Festival Filem Malaysia, ini boleh dikatakan pertama kali anugerah-anugerah utama dirangkul oleh karyawan bukan Melayu apabila filem 'Lelaki Harapan Dunia' meraih empat anugerah pada malam Anugerah Perdana FFM27 yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC malam Sabtu lalu.

Selain filem arahan Siew Seng Tat itu diangkat sebagai Filem Terbaik,ia turut meraih trofi Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik manakala pelakon cilik Rayqal Iskandar memenangi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Sebelum itu, pada malam perasmian FFM 27 yang berlangsung pada Selasa lalu, 'Lelaki Harapan Dunia'  turut merangkul anugerah  Penataan Seni Terbaik yang dimenangi Tunku Mohd Taufek/Tunku Tommy Mansur.  Jadi keseluruhannya, filem ini menggondol lima anugerah sekali gus dalam FFM27.

Kemenangan tersebut sekali gus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Terbaik Dari Langit yang hanya membolot  dua anugerah pada kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik buat Amirul Affendi serta Nadiya Nisaa.


LEE Sai Peng & Fazura. foto Kredit Mstar

Sementara itu, sebuah lagi filem arahan bukan Melayu, 'The Journey' berjaya merangkul empat anugerah iaitu Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu, Pelakon Lelaki Terbaik (Lee Sai Peng, pix atas), Sinematorgrafi Terbaik (Eric Yong) dan Filem Box Office.

Cuma kategori Pelakon Wanita Terbaik  dimenangi oleh Nur Fazura menerusi lakonannya dalam filem 'Manisnya Cinta Di Cappadocia' (pix atas).

Kesemua pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) yang menggantikan wang tunai berbanding sebelum ini.

Selain itu, anugerah Karyawan Sepanjang Zaman diserahkan kepada pengarah Othman Hafsham yang terkenal dengan filem 'Mekanik'.

FFM 27 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad  disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria manakala persembahan pentas diserikan dengan nyanyian oleh Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Amir Jahari, Joe Flizzow & Sonaone dan Amy (Search).

Turut hadir, Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Terdahulu 10 anugerah telah disampaikan pada malam perasmian di Symphony Lake Suite, KLCC, malam Selasa lalu. Sebanyak 20 anugerah disampaikan pada malam kemuncak FFM 27 kali ini.

Berikut senarai 20 pemenang utama  malam kemuncak FFM 27:




1. Filem Terbaik : Lelaki Harapan Dunia

2. Pengarah Terbaik : Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia.

3. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu : The Journey

4. Pelakon Lelaki Terbaik : Lee Sai Peng - The Journey

5. Pelakon Wanita Terbaik : Nur Fazura - Manisnya Cinta Di Cappadocia

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Amirul Affendi -Terbaik Dari Langit

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa - Terbaik Dari Langit

8.  Pelakon Harapan Lelaki : Kodi Rasheed - Ophilia

9. Pelakon Harapan Wanita : Dawn Cheong - Cuak

10. Pengarah Harapan : Raja Mukhriz - Ophelia

11. Lakon Layar Terbaik : Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

12. Cerita Asal Terbaik :  Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

13. Pelakon Kanak Kanak Terbaik :  Rayqal Iskandar - Lelaki Harapan Dunia

14. Sinemortografi Terbaik : Eric Yeong - The Journey

15. Penyunting Terbaik : Adilan Azemi - Dollah Superstar

16. Filem Box Office : The Journey

17. Karyawan Sepanjang Zaman : Othman Hafsham

18. Anugerah Khas Juri 1 : The Great Lion

19. Anugerah Khas Juri 2 : Amir & Loqman Pergi Ke Laut

20. Anugerah Khas Juri 3 : Terbaik Dari Langit


Senarai Anugerah FFM27 pada malam perasmian:

1.  Kesan Khas Terbaik - Seventh (Mirage Works)

2.  Pereka Kostum/Busana Terbaik - Hungry Ghost Ritual (Elaine Ng & Wing Shum)

3.  Lagu Tema Asal Terbaik - Lagenda Budak Setan 3  (Yuna/Lautan)

4.  Penataan Bunyi Terbaik - Hungry Ghost Ritual (Winson Poon)

5.  Penataan Seni Terbaik - Lelaki Harapan Dunia (Tunku Mohd Taufek &
                                                                                 Tunku Tommy Mansur)

6.  Filem Pendek Terbaik - Salvaj (Cho We Jun)

7.  Filem Animasi Cereka Terbaik - Ribbit (KRU International Sdn Bhd)

8.  Filem Animasi Bersiri Terbaik - Rimba Racer (Glue Studios Sdn Bhd)

9.  Skor Muzik Asal Terbaik - Manisnya Cinta Di Cappadocia (Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi

10. Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim.