Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERGAYA RAYA KOLEKSI 'OWLbyNORADANISH'

FOTO kredit FB, Instagram Nora Danish.

Hari Raya dah nak dekat…. tinggal kira-kira sebelas sah hari sahaja lagi.


Jadi Kak Fas rasa inilah masanya yang paling sesuai untuk mencari baju baharu bagi meraikan hari kebesaran tersebut sebelum nak pack barang dan balik kampung macam gambar Nora Danish di atas tu ya tak?

Bagi mereka yang menempah baju Raya sudah tentu menunggu ia siap dijahit dan sempat digayakan pada Hari Raya namun bagi yang masih belum ada baju baharu atau yang lebih suka beli siap macam Kak Fas ini sudah tentu mahu mencari-cari fesyen dan jenama apa yang sesuai dengan penampilan diri.

Sesungguhnya memakai baju baharu pada pagi Raya adalah sunat... jadi sebaiknya bergaya dan bersihkan diri, sucikan hati pada hari mulia berkenaan.

Untuk memudahkan kalian memilih atau cari baju-baju Raya apa kata lihat seketika koleksi 15 fesyen yang dibuat khas untuk Lebaran 2017 oleh pelakon yang mempunyai jutaan pengikut… ia tidak lain dan tidak bukan si comel Nora Danish dengan jenamanya ‘OWLbyNoraDanish”.

Memandangkan Kak Fas sempat hadir dan menonton pertunjukan ‘Gaya Raya KL Fashion Week’ yang berlangsung di Black Box, Publika baru-baru ini…. ingin Kak Fas kongsikan bersama ko orang koleksi menarik dan berkualiti daripada Nora ini.




















Busana Aidilfitri ‘OWLbyNoraDanish’ ini memperlihatkan 15 himpunan yang mewah dengan corak flora serta perincian ropol pada beberapa bahagian baju menampakkan gaya sensual pada si pemakai.

Apa tah lagi apabila ko orang melihat koleksi ini digayakan oleh Nora sendiri … memang cun melecun lah kan tetapi tidak bermakna ko orang pun tak cun...setiap wanita memiliki kecantikannya yang tersendiri bak kata mat salleh 'beauty is in the eyes of the beholder'. (google translate lah sendiri ya huhu).

Kredit dari Nora Danish-Intrend.

Khabarnya, penggambaran dilangsungkan nun jauh di Amerika you alls… wah jauh perjalanan luas pemandangan gitu…malah dengan latar yang indah menyerlahkan lagi koleksi vintage rekaan Nora. Antara lokasi pilihan Nora seperti di Las Vegas, Arizona dan California.

Jadi bila ko orang membeli dan menggayakan baju Nora tahun ini bayangkan juga seolah ko orang pun berada di luar Negara ya… walau pun sebenarnya di kampung halaman sendiri hahaha… barulah rasa eksklusif gitu.

Namun yang menariknya, walau pun penggambaran dilakukan di luar Negara yang sudah tentu menelan kos yang tinggi namun Nora tidak pula caj segala perbelanjaan ke atas koleksinya kepada bahu pelanggannya malah harga yang ditawarkan mampu milik lebih kurang RM279 dan jika ada tawaran boleh didapati serendah RM209.

Kak Fas yakin Nora memahami kehendak wanita sebayanya yang mahukan fesyen moden kurung yang bukan sahaja kasual dan nampak simple digayakan pada pagi lebaran tetapi tetap berkualiti dan bangga untuk berkata ‘saya memakai baju label ‘OwlbyNoraDanish’ tau…. haha”..

Sila layan gambar-gambar menarik gaya Nora Danish dengan labelnya "OWL" atau 'Burung Hantu' ini ya...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan