Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TERIMA KASIH ASTRO, RAYA HD PERCUMA MULAI 24 JUN


Alhamdullilah! 

Inilah dimanakan #rezeki dan ada #hikmah disebalik setiap kejadian yang menimpa kita...

Sebenarnya Kak Fas rasa terharu dengan 'kejutan' yang diterima dan keprihatian Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Dato Rohana Rozan sendiri yang meluangkan masa untuk membaca tulisan Kak Fas dalam blog yang kerdil ini.

Maklumlah... blog Kak Fas ini hanya kecil jika dibandingkan dengan blogger-blogger yang sudah mencipta nama dan mempunyai ribuan pembaca setia.

Kerjaya Kak Fas adalah seorang wartawan dan bidang kewartawanan dan penulisan sudah sebati dan menjadi darah daging dalam diri. Tangan ni 'gatal' sahaja hendak terus menulis supaya dapat menyumbangkan artikel atau cerita yang boleh dijadikan panduan untuk pembaca sekali gus membantu pihak yang menganjur.



Tetapi apabila mendapat perhatian CEO Astro ... Kak Fas rasa terharulah juga.. nak tahu cerita apa... sila klik...  INILAH  yang dibaca Dato Rohana.......

Ekoran daripada cerita itu.. Kak Fas mendapat panggilan telefon daripada Erlina dari Astro yang menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan dan pengeluaran berita yang pantas katanya.

"Sama-sama Erlina... Kak Fas sentiasa sokong Astro," jawab Kak Fas.

Perbualan seterusnya disambung apabila Erlina memberitahu CEO Astro membaca story Kak Fas...

Ketika itu... risau gak ... 'eh ada fakta salah ke', bisik hati...

Namun Erlina terus bertanya 'Rumah Kak Fas dimasuki pencuri ya...Kak Fas kehilangan barang-barang elektrik dan decoder Astro sekali ke? seperti mana luahan hati Kak Fas dalam 'story' tersebut.




Sebenarnya pada majlis Astro yang Kak Fas hadir tu ada Kak Fas menyebut hasrat untuk menyambung perkhidmatan Astro malah dah 'sign' pun borang kemasukan semula Astro.



Mendengar hasrat itu, Erlina terus memberitahu... CEO bercadang untuk memberikan perkhidmatan Astro secara percuma untuk enam bulan, sekali dengan dekoder PVR Astro.

Wah... memang terkejut Kak Fas mendengarnya...ingat tadi ada fakta salah yang Kak Fas tulis dalam story.. (lega rasanya pastu).

Menjawab pertanyaan Erlina... Kak Fas memberitahu memang temujanji pun sudah dibuat untuk pemasangan kembali Astro di rumah di Kuala Lumpur namun pada hari berkenaan Kak Fas berada di Taiping, jadi terpaksa menangguhkan dahulu sehari.

Dan kebetulan pada hari yang sama pula Erlina menelefon menyampaikan 'hadiah' daripada Astro berkenaan.

Habuan yang hadir memang tepat pada waktunya... 'in the nick of time' kata orang putih haha... 

Kak Fas syukur atas rezeki yang diterima pada bulan mulia ini... terima kasih Dato Rohana... terima kasih Astro dan semua yang terlibat membantu Kak Fas dengan pemasangan ini...


 



















Jadi musim Raya ni bolehlah Kak Fas 'enjoy' kembali program-program Hari Raya di saluran 122 (RayaHD) yang disiarkan secara percuma selama sebulan bermula pada malam raya 24 Jun 2017.




Ada beberapa filem menarik yang Kak Fas terlepas menonton di pawagam yang akan disiarkan pada bulan Syawal... sila layan kalendar jadual ini:












Tiada ulasan:

Catat Ulasan