Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI JAMUAN BERBUKA PUASA SELERA MALAYSIA DI BEST WESTERN PJ


Apabila sebut rangkaian hotel Best Western...ingatan Kak Fas melayang kala menjelajah negara yang bergelar 'The Big Apple"... Amerika Syarikat.

Kenapa Amerika Syarikat? Sebab di sana begitu banyak Hotel Best Western yang juga telah menjadi antara destinasi hotel pilihan Kak Fas di beberapa buah negerinya seperti di Los Angeles.

Kini rangkaian Hotel Best Western sudah berada di tanah air sendiri - Malaysia - sebuah di i-City Shah Alam dan satu lagi terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya berdekatan Plaza 33, 

Sejujurnya, Kak Fas sering kali juga lalu lalang di Jalan 13/1 di mana terletaknya Hotel Best Western Petaling Jaya cuma tak pula perasan ada hotel di situ maklumlah bila memandu mana nak toleh kiri kanan kan.... silap haribulan 'tercum'  buntut kereta lain lak nanti... kan naya hahaa...



Apa pun apa yang mahu Kak Fas ceritakan hari ini merupakan pengalaman pertama berada di Hotel Best Western PJ .....tetapi bukan untuk menginap tau....itu lain hari huhu... tetapi untuk menikmati Bufet Ramadan yang disediakan di restoren yang dinamakan 'Kembali Kitchen" atau jika nak dialih bahasakan ke Bahasa Inggeris tentulah bermaksud "Come Back Kitchen"... Kitchen tu dapur lah hihi...

Rupanya hotel bisnes cum 'leisure' tiga bintang  ini telah beroperasi sejak November 2014... Kak Fas je yang tak sedar... huhu....

Apa pun pemergian Kak Fas ke 'Kembali Kitchen' bertujuan menerima jemputan daripada 
Hamizwati Abd Hamid, Pengurus Jualan & Pemasaran  MarCom.yang mengenali Kak Fas melalui laman sosial 'facebook' sahaja.

Tidak disangka walau pun pertama kali bertemu terasa macam sudah lama mengenali Hamizwati yang lebih mesra disapa Watie.

Ketibaan Kak Fas bersama suami ke restoren yang terletak di tingkat 6, Komplek Centrestage disambut Watie sendiri yang kebetulan sudah berada di Kembali Kitchen yang nampak luas mampu memuatkan kira-kira 140 orang pelanggan sekali gus.

Lapang pemandangan Kak Fas sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran yang kebetulan tidak ramai pelanggan seperti kebiasaannya... maklumla hujung minggu dan cuti sekolah jadi ramai yang pulang ke kampung agaknya atau pun lebih selesa berbuka di rumah.



Kak Fas pun jenis suka buka di rumah tetapi kerana Watie beriya-iya menjemput dan kerana mahu bertemu dengannya Kak Fas gagahkan masa untuk hadir merasai selera Malaysia yang menjadi menu keutamaan disediakan oleh 'Kembali Kitchen".


Sehingga 22 Jun 2017 ini, Hotel Best Western Petaling Jaya memperkenalkan hidangan Bufet Makan Malam bertemakan Selera Malaysia kegemaran pelbagai kaum dengan sajian seperti Ayam Percik, Kambing Masak Kurma, Udang Masak Masam Manis, Sotong Sambal Petai mahu pun Nenas Ikan Masin Masak Lemak yang enak dimakan bersama Nasi Hujan Panas. Nasi Kuning  mahupun Nasi Putih.

Melengkapkan lagi hidangan Selera Malaysia, turut dihidangkan Satay Ayam dan Daging, Roti Canai dan Murtabak bersama Dhall dan Kari Ayam, serta kambing panggang mahu pun  ikan bersama pilihan sos lada hitam, mastad dan air asam.

Tidak ketinggalan kaunter favourite Kak Fas iaitu pencuci mulut seperti ais kacang, pilihan pelbagai kuih tradisional, ais krim, buah-buahan tempatan, pastri, bubur harian dan jeruk buah-buahan.

Lebih kurang 100 hidangan yang boleh dipilih untuk memenuhi perut yang kosong selepas berbuka dan seperti biasanya tentulah air dan kurma diutamakan. D sini ada lima jenis kurma - kering, basah semua ada sampai Kak Fas tak tahu nak pilih mana yang sedap, Begitu juga ada lima perisa air antaranya epal, bandung yang menjadi pilihan Kak Fas selain laici dan jus limau.





Pencuci mulut pilihan Kak Fas.




















Bila bab pencuci mulut ini....paling sedap yang Kak Fas suka ialah Onde-ondenya. Selalunya bila Kak Fas rasa onde-onde gulanya sedikit sahaja tetapi di sini gula nya memang bila gigit boleh memancut gitu.. Malah tepungnya pun lembut dan tak tebal... pendekata kuih muih tradisional di sini sesedap rasa...

Teringat zaman kanak-kanak apabila membantu emak di dapur.. Kak Fas memang suka membuat onde-onde dan seronok bila makan gulanya memancut keluar huhu...

Bukan Kak Fas sahaja puji tau... terbukti kata-kata Kak Fas ini betul sebab rakan blogger Miera pun cakap sama.

"Saya suka onde-onde nya banyak gula...." kata Miera...

Dan selepas merasai beberapa lagi kuih tradisional kegemaran seperti seri muka, tepong talam dan lompang serta pelbagai jeli berwarna warni... Kak Fas mula ke ruang makanan utama.




Harus rasa serba sedikit Kak Fas memilih nasi kuning/nasi putih, 'aromatic grilled lamb', 'lala tumis belacan', 'ikan masak stim halia;, 'udang harimau berlado', ' ayam masak rendang kering' dan tentu sekali tempoyak.

Maklumlah orang Perak mana boleh tinggal tempoyak .. pembuka selera tu haha...

Kak Fas turut memilih kerabu kacang botol daripada lima kerabu yang dihidangkan seperti kerabu udang, kerabu daging Thai, kerabu sotong dan kerabu kacang panjang.

Seperti kata pepatah... sedikit sedikit menjadi bukit.. nah penuh sudah pinggan Kak Fas tetapi demi nak 'review' kenalah rasa semua kan...

Baharu separuh penuh, Kak Fas 'terpaksa' bangun lagi untuk mencuba yang lain Dan kali ini pinggan kecil Kak Fas dipenuhi dengan hidangan pada ruang kedua di sebalah kanak restoran.

Kak Fas memilih  sekeping kambing bakar, 'stir fried beef with ginger and spring onion', 'udang', 'sotong' dan 'lala' diikuti kuah  laksa johor dengan mee kuning, Waduh perut dah mula sesak... 



Bole lagi ke nak masuk?

Selepas berbual santai dan berehat seketika,,, Kak Fas sambung dengan satu scoop ais krim... Kak Fas tengok ada juga ais krim potong tetapi memang dah tak mampu nak masuk huhu...harus akhiri dengan nescafe tarik gitu....

Keseluruhannya komen Kak Fas.. bagi sebuah hotel tiga bintang yang menyediakan lebih kurang 100 hidangan dengan harga bermula dari RM78 memang berbaloi.... 

Tepuk dada tanya selera... pastinya ada antara hidangan ini yang anda suka.


Khabarnya, bermula 5 Jun hingga 18 Jun, harga akan meningkat kepada RM88 nett (dewasa), RM44 nett kanak-kanak manakala selepas itu dari 19hb Jun hingga 22 Jun harga kembali pada asal iaitu RM78 (dewasa) dan RM39 nett bagi kanak-kanak.

Istemewanya di sini, bagi warga emas tawaran  diskaun sebanyak 50% pada hari tertentu iaitu dari 29 Mei hingga 4 Jun dan 19 Jun hingga 22 Jun 2017. diberikan 

Manakala, bagi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun pula, turut ditawarkan diskaun 50% sepanjang tempoh Bufet Makan Malam Selera Malaysia berlangsung.

Jadi apa lagi jika ada ibu bapa warga emas dan kanak-kanak bolehlah menjamu mereka berbuka di 'Kembali Kitchen"..



Nama pun  'Kembali Kitchen".. dan pasti Kak Fas akan kembali buat kali kedua selepas Ramadan in shaa Allah.

Terima kasih kepada Watie aka Watie Stylo atas hospitaliti yang diberikan dan layanan mesra daripadanya. 




Jika ko orang nak merasai jamuan bufet ini.. inilah masanya kerana bufet seperti itu hanya disediakan pada bulan Ramadan sahaja waima selepas itu hanya hidangan ala carte sahaja yang ditawarkan di Kembali Kitchen, kata Watie.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman sensawang  BEST WESTERN  untuk tempahan dan sebagainya. Jamun Makan Malam Bufet Selera Malaysia ini dibuka dari jam 6.30 petang hingga 10,30 malam.

Juga boleh berhubung dengan Penolong Pengarah Jualan, Cik Prem di 019 – 777 5119 atau Eksekutif  Jualan, Encik Tajul di 019 – 777 4140 atau email ke sales@bestwesternpj.com.my



TERIMA KASIH... In shaa Allah kita akan Kembali lagi ya....














Tiada ulasan:

Catat Ulasan