Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RESEPI MUDAH HIDANGAN SAHUR DAN RAYA GUNA PRODUK KIMBALL


Pejam celik, pejam cilik ... kita sudah pun berpuasa 10 hari....

Pada bulan ini para ibulah yang paling sebuk membahagikan masa antara tugas dan tanggungjawab di rumah. JIka suri rumah sepeuh masa lain lah semua tugasan seharian berlaku di rumah sahaja tetapi penatnya.. empunya diri sahaja yang tahu.

Bagi wanita bekerja Kak Fas boleh bayangkan mana nak siap tugasan lagi,,, mana nak masak lagi, kemas rumah lagi, Pendekata, kadang kala tu tak terkejar masa dibuat nya.
Malah pada waktu sahur lagilah mencabar... perlu bangun se awal  4 pagi untuk memasak sebelum imsak dan subuh.

Kadang kala tu pening juga nak memikirkan menu sahur ni... apa tah lagi jika pada waktu berbuka di luar ... bila pulang ke rumah kena lah fikir bab sahur pula...

Jangan risau bab sahur ni janji makan apa sahaja asalkan perut berisi tetapi Kak Fas faham ada juga suami-suami yang cerewet nak nasi waktu sahur. Kita orang perempuan ni apa sahaja yang ringan pun ok sahaja hahah..

Namun yang ada anak-anak yang masih bersekolah sudah tentu ibu harus menyediakan sahur yang berkhasiat dan mampu memberi tenaga secukupnya kepada mereka sepanjang hari. 

Jika anda tergolong dalam ketegori ibu-ibu yang punya anak-anak meningkat usia apa kata Kak Fas cadangkan resepi mudah menggunakan produk kulinari rakyat Malaysia iaitu Kimball.

Dengan warisan melebihi 40 tahun, Kimball memberikan penyelesaian untuk hidangan sahur yang mudah dan lazat supaya ibu-ibu mempunyai lebih masa untuk menemani keluarga.

Kerana itu, Kimball yang mempunyai rangkaian luas sos, sos pasta dan pasta kering telah bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani untuk menghasilkan lima resepi sahur yang mudah dan lazat serta  boleh dijamu oleh 5 ahli keluarga dengan bajet sekitar RM15 sahaja. 

Murah kan?

Sebagai seorang ibu juga, Chef Rohani memahami keperluan untuk tampil dengan resepi mudah yang boleh disediakan ketika sahur atau pada malam sebelumnya. 

Resepi-resepi ini dicipta khas menggunakan produk Kimball terdiri daripada makanan yang berasaskan kepada nasi, pasta dan roti. Roti Berinti Kimball yang menjadi kegemaran ramai, Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball yang sangat mudah, Sos Ayam Cendawan Dengan Angel Hair Kimball yang sedap dan senang, hidangan tradisional Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball serta Bun Ayam BBQ Kimball yang bersaiz gigitan dan enak. 

Semua hidangan ini juga berkhasiat untuk seisi keluarga  menjalani puasa dengan selesa. Sebagai contoh, ia menggunakan pasta Angel Hair Kimball berbanding mee kerana ia lebih sihat, berkhasiat dan mengenyangkan. 

“Saya menghasilkan resepi-resepi ini agar ia mudah dan boleh disediakan pada malam sebelumnya. Rasanya juga tetap selazat apabila dipanaskan ketika Sahur,” kata Chef Rohani di sebuah majlis baru-baru ini.

“Keluarga saya sangat menggemari Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball dan Bun Ayam BBQ Kimball. Sos-sos Kimball yang digunakan juga memang menambah perisa dan memendek masa penyediaan makanan,” tambahnya. 


Turut bersama Chef Rohani, Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee pula berkata, "Kimball memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, terutama ketika hendak menyediakan hidangan sahur sepanjang Ramadan. Maka, Kimball telah menghasilkan resepi-resepi yang mudah, berkhasiat dan lazat untuk memberikan ibu-ibu lebih banyak masa bersama dengan keluarga, dengan memendekkan masa yang diluangkan di dapur. 

“Sebagai contoh, Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball boleh disediakan dengan pantas. Ia merupakan satu hidangan yang berkhasiat kerana mengandungi sumber karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Apa yang lebih bagus lagi, semua hidangan sahur Kimball yang kami hasilkan boleh dinikmati oleh lima orang sekeluarga dengan kos cuma RM15 atau kurang,” kata Cik Tania. 

Apa pun di sini untuk ibu-ibu semua.. Kak Fas coretkan dua  resepi menggunakan roti sebab budak-budak suka roti .....yang boleh dijadikan panduan untuk bersahur nanti ya...




ROTI BERINTI KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan
Untuk inti:
2 sudu besar minyak
1 biji bawang, dicincang halus
3 sudu besar serbuk kari
300 g daging cincang
2 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball
2 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 ½ cawan sayur campur sejuk beku
Garam, secukup rasa
2 biji telur, dipukul

Untuk roti:
3-4 sudu besar minyak
1 bantal roti sandwic
4 biji telur
1 sudu besar susu pekat
½ sudu teh garam
1 cawan air
½ cawan Sos Cili Kimball
Cara memasak:
1.       Panaskan minyak, tumis bawang sehingga lembut atas api sederhana selama 5 minit. Tambah serbuk kari dan daging cencang. Masak selama 10 minit atau sehingga daging berwarna perang. Tambah Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan sayur campur. Masak lagi 10 minit. Perasa dengan garam. Tuang ke dalam pinggan hidang. Bila sejuk, campur dengan telur.
2.       Sapu inti di atas sekeping roti dan lapis dengan sekeping roti lain seperti sandwic. Pukul telur, susu, garam dan air. Kemudian, celup roti sehingga serata.
3.       Panaskan minyak dalam kuali leper atas api sederhana dan goreng sandwic secara bergilir. Jarakkan roti anggaran 2 sm. Bila sudah berwarna perang keemasan, terbalikkan. Angkat dan hidang semasa panas dengan Sos Cili Kimball.



BUN AYAM BBQ KIMBALL
Masa Penyediaan: 1 jam 20 minit
Masa Memasak: 40 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan
Untuk doh:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
150 ml air
400 g tepung
1 sudu teh garam
1 teh yis segera
50 g mentega lembut

Untuk inti:
3 sudu besar minyak
1 biji bawang, dicincang halus
1 biji lobak merah, dicincang halus
300 g ayam kisar
¼ cawan Sos BBQ Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar Mayonis Kimball
2 tangkai daun bawang, dihiris halus


Cara memasak:
1.      Untuk membuat doh: Pukul telur, susu pekat dan air, ketepikan. Campur tepung, garam, yis berserta mentega dalam mangkuk besar dan uli sebati. Masukkan pula telur adunan dan uli lagi selama 5 -10 minit sehingga doh lembut dan elastik. Kemudian, tutup mangkuk doh dengan plastic dan ketepikan dalam suhu rumah selama 1 jam (sehingga doh naik berganda).
2.      Sementara menunggu doh naik, buat inti: Panaskan minyak di dalam pan atas api sederhana. Tumis bawang dan lobak merah sehingga lembut. Masukkan ayam dan kacau sehingga empuk. Tambah Sos BBQ Kimball dan Sos Tiram Kimball. Masak lagi selama 10 minit. Akhir sekali masukkan Mayonis Kimball dan daun bawang. Tutup api dan tuang ke dalam pinggan untuk disejukkan.
3.      Apabila doh dah naik, uli perlahan-lahan untuk keluarkan angina di dalam doh. Bentukkan doh seperti balak dan potong 12 dalam saiz yang sama. Setiap keping dibentuk seperti bola. Kemudian leperkan ia dan letak 2 sudu besar inti. Lipat kepada separuh dan tekan kemas pada bahagian tepinya.
4.      Bun yang telah diisi inti disusun atas dulang pembakar bergris. Tutup dengan tuala bersih dan lembap selama 30 minit atau sehingga doh menjadi anjal bila disentuh. Kemudian sapu bun dengan susu dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan (180‘C) selama 20 minit atau sehingga ban kembang dan berwarna perang keemasan.


Selamat mencuba!



Sementara itu, dalam satu majlis berasingan, Kimball juga bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani untuk mencipta menu ‘Sajian Bijak Raya Kimball’, bagi memperkenalkan cara bijak untuk mengadakan jamuan Hari Raya tanpa menggunakan bajet  tinggi tetapi cuma RM100 sahaja.

Tak percaya? 

Ya hanya dengan  bajet RM100, anda boleh menyediakan  lima hidangan Raya Kimball terdiri daripada dua pembuka selera; dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera lapan orang.



Demonstrasi masakan ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ yang memaparkan hidangan yang bertaraf restoran dengan hanya RM100, telah dianjurkan bersama pengacara televisyen popular, Raja Azura (Kak Engku) dan Chef Rohani baru-baru ini.

“Kebiasaannya hidangan yang akan disediakan ialah ketupat, lemang dan rendang. Jadi saya telah menghasilkan menu ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ bersama Kimball yang bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga boleh disajikan sebagai pilihan yang lazat untuk jamuan Rumah Terbuka Hari Raya,” ujar Rohani.

Bagi mendapatkan lebih banyak kemas kini serta maklumat mengenai produk-produk Kimball, selain panduan bagaimana mahu memaksimakan keenakan masakan menggunakan ramuan-ramuan ringkas yang boleh diperolehi di rumah dengan harga yang berpatutan, sila lawati laman web mereka di www.kimball.com.my atau layari laman sosial facebook mereke di  www.facebook.com/KimballMalaysia.




KEK Velvet Hitam dan Ayam Masala Kimball ( kiri).

Tiada ulasan: