BCMY KUMPUL 2,500 PENGGUNA BLOCKCHAIN SELURUH DUNIA
Apabila Kak Fas sebut sistem blockchain... agak-agak korang faham tak?
Barangkali anak-anak muda sekarang atau pun yang bijak IT dan sering melakukan transaksi melalui talian sudah mengerti apa itu blockchain.
Baru-baru ini Kak Fas ada menerima jemputan untuk hadir pada satu persidangan yang mengumpulkan kira-kira 2,500 pengguna blockchain dari lebih 10 negara seluruh dunia yang berkumpul di bawah program 'Meet Up Summit 2018" berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid anjuran BCMY Pte. Ltd (BCMY).
Antara negara terbabit ialah Indonesia, Thailand, Brunei, Cambodia, Bangladesh, Singapura dan Kanada.
Ini kali kedua sebenarnya Kak Fas hadir untuk mendengar perihal 'blockchain'. Sungguh pun Kak Fas ni 'old school' tetapi sedikit sebanyak faham juga lah bagaimana sistem ini dikendalikan walau pun masih blur cara pelaksanaan dan kepenggunaannya.
Jadi ketika berpeluang hadir pada persidangan berkenaan dapatlah Kak Fas memahami lebih lanjut bagaimana 'blockchain' mampu menjadi platform bagi pengguna khususnya usahawan digital.
Masih blur?
Biar Kak Fas mulakan dengan penjelasan apa itu 'Blockchain' ya?
Blockchain ialah lejar dalam talian yang diedarkan untuk merekodkan setiap urusniaga dengan mata wang digital.
Ia satu inovasi yang membantu menyelesaikan masalah pengeluaran wang berganda kerana setiap transaksi yang direkodkan dirahsiakan dengan kriptografi dan datanya telah terbukti tidak dapat dipadam.
Salah satu (1) kelebihan yang lain daripada teknologi ini ialah ia merekodkan semua data dalam cara yang selamat dan telus. BCMY ialah E-wallet utama untuk Dinar Coin (DNC), aset kripto yang berdasarkan kepada nilai emas masa. Ini memberi peluang kepada pengguna BCMY untuk menyimpan nilai emas sebenar dalam dompet mereka.
Sebagai permulaan, BCMY merupakan Teknologi Kewangan (yang dirujuk sebagai 'Fintech' masa akan datang) merupakan penyelesaian mudah alih yang menawarkan ciri-ciri pembayaran pedagang dan mata wang digital.
Penyelesaian mudah alih ialah E-wallet yang dilengkapi dengan kad pintar Near FIELD Communication (NFC) untuk memudahkan pembayaran E-mudah, selamat dan cepat. E-Wallet dilengkapi dengan teknologi Blockchain, memberikan pengguna keupayaan untuk menyimpan dan memindahkan aset serta-merta di seluruh dunia.
Apa yang membuatkan E-Wallet BCMY amat unik ialah kerana E-Wallet terulung ini menggunakan NFC yang boleh menyimpan pelbagai aset termasuk DNC offline sehingga menjadikannya lebih selamat untuk pengguna.
BCMY bertujuan memperluaskan rangkaian perkhidmatannya dengan mewujudkan satu landasan untuk pedagang yang mana pengguna hanya perlu menggunakan kad NFC untuk membeli barangan dan perkhidmatan.
Pada sidang akhbar yang berlangsung, pengasas BCMY Pte Ltd , Dato Azraimuddin Zainal memberitahu, tujuan beliau menganjurkan persidangan kali ke-3 ini adalah lanjutan daripada sambutan yang diberikan sejak pertama kalinya mengendalikan program sama tiga tahun lalu.
"Kami bermula persidangan dengan hanya 500 peserta sahaja di Kuala Lumpur di mana seterusnya mendapat sambutan kira-kira 1,500 orang pada summit ke dua yang berlangsund di Kota Kinabalu Sabah," ujar Dato Azraimuddin.
Kini dengan hadirnya kira-kira 2,500 orang pengguna BCMY, beliau yakin sistem dan teknologi blockchain kini mendapat perhatian khalayak dengan begitu pantas sekali.
"Sidang kemuncak ini mengumpulkan delegasi dari seluruh dunia dan mewujudkan satu (1) landasan untuk menyebarkan pengetahuan yang lebih mengenai teknologi blockchain dan matawang digital," ujar Dato Azraimuddin yang turut dibantu isterinya, Datin Nur Ezdiani Baharoddin sebagai Pengasas bersama.
Turut hadir Encik Nizam Ismail, rakan kongsi RHT Law Taylorwessing Singapura dari Singapura; Dr. Rahayu, Pensyarah Kanan & Perunding, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universitl Teknologi Malaysia dari Malaysia; Cik Pandu W. Sastrowardoyo, Pengerusi Lembaga Pengarah, Zoo Blockhain dari Indonesia.
Kesemua mereka yang pakar dalam bidang masing-masing juga merupakan panel perbincangan topik berjudul ’Keuntungan Dari Cryptocurrencies & Teknologi Blockchain Dalam Ekosistem Kita’ yang kemudiannya dibentangkan ketika majlis jamuan makan malam.
Mungkin anda tertanya-tanya apa kredential BCMY dalam pengendalian sistem blockchain ini?
"BCMY telah mencipta nama dengan menerima beberapa anugerah seperti 'The Challenge Innovation Swiss' dan kami diletakkan di landasan antarabangsa dan tempat ketiga di dalam trek inovasi," jawab Azrainuddin.
Malah beliau telah diberi peluang untuk menjadi penceramah dalam pelbagai acara seperti Sidang Kemuncak Blockchain Dunia di Dubai serta World Blockchain Forum di London.
Melalui kejayaannya dalam produk yang mereka gunakan di seluruh dunia itulah Dato 'Azrainuddin terus mengendalikan 'BCMY MEET UP SUMMIT 2018' untuk meraikan pertumbuhannya serta menyediakan landasan bagi pengguna dan peminat matawang digital untuk bertemu, mendengar, belajar dan mendidik, seperti nama sidang kemuncak berkenaan.
BCMY turut mendapat kerjasama daripada beberapa universiti awam seperti UTM dan UUM serta ahli akademik terkemuka untuk meningkatkan kesedaran mengenai blockchain supaya lebih ramai dapat terlibat dalam membentuk masa hadapan.
"Pihak BCMY mengharapkan kerjasama yang lebih akan berlaku dengan universiti-universiti seperti ini untuk membangunkan modul pendidikan khusus mengenai teknologi blockchain," harapan bapa muda kepada empat orang cahaya mata ini.
Benar kata pepatah, 'kejayaan seorang suami didukung oleh isteri di belakang' dan inilah yang dapat dilihat di mana bukan sahaja Datin Nur yang hadir malah ke semua anak-anaknya di bawa ke majlis. Malah kesemua mereka berpakaian rona putih petanda satu hati, satu jiwa!
Akhir kata apa harapan BCMY?
Menurut Dato Azrainuddin, dengan tentatif yang telah dijanjikan, persidangan ini dharap dapat membawa impak, memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi blockchain dengan berkesan apatah lagi pertukaran pemikiran intelektual dan perspektif yang menyegarkan daripada ahli panel diyakini membantu pengguna memperoleh manfaat sebaik mungkin.
Dalam pada itu, majlis yang berlangsung meriah diserikan dengan persembahan hiburan oleh penyanyi lama, Fredo, vokalis utama kumpulan Flybaits berasal Singapura.
Sudah lama sebenarnya tidak mendengar Fredo yang terkenal dengan lagu 'Kenangan Lalu' ini. Sudah lagu nyanyiannya menggamit nostalgia pada diri Kak Fas haha..
Turut menghiburkan, pelawak terkenal seantero dunia, Harith Iskandar yang tidak kurang membuat hadirin tidak kering gusi mendengar lawaknya.
Nak dengar sedikit daripada penerangan Dato Azrainuddin dan teamnya sila klik video di bawah ini ya.... atau info lanjut layari SINI.
Nak dengar sedikit daripada penerangan Dato Azrainuddin dan teamnya sila klik video di bawah ini ya.... atau info lanjut layari SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan