Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG GALAXY A8 ZAHIRKAN FOTO MENAWAN


Produk: Samsung Galaxy A8
Terima kasih Bryan Chow dari Samsung Malaysia Electronics (Sdn Bhd).


Kak Fas bukanlah bijak sangat dalam bab gadget... terutamanya teknologi telefon pintar. 

Kerana itu, Kak Fas jarang membuat prebiu atau 'unboxing' sebarang telefon daripada jenama apa sekali pun yang melancarkan produk terbaharu mereka kecuali menghadirkan diri memeriahkan  majlis.

Pendekata, walau pun sering mengikuti beberapa majlis pelancaran telefon pintar daripada pelbagai jenama, Kak Fas tidak pernah memohon untuk membuat review, sekali pun melihat ramai di antara rakan-rakan yang 'meminjam' telefon bagi tujuan tersebut..

Namun baru-baru ini, Kak Fas menerima emel dari Bryan Chow, pegawai perhubungan awam yang cukup ramah dan mesra dari Samsung Malaysia untuk mencuba sebuah telefon pintar jenis Samsung Galaxy A8 yang telah  empat bulan berada di pasaran sejak ia dilancarkan.


Kenapa lambat sangat? Soalan cepu emas haha!

Well.... mungkin ramai yang pakar tech di kalangan bloggers yang mahu mencuba ia terlebih dahulu jadi 'first come first serve' lah. 

Eloklah diberi terlebih dahulu kepada mereka yang arif dan pakar mengenainya ya tak... janji lambat atau cepat.. dapat jugalah merasa mengguna Samsung Galaxy A8 ini.

Telefon bimbit itu dikirim melalui courier terus ke rumah. Kak Fas. Malangnya Kak Fas tiada di rumah untuk menerimanya... ahli keluarga yang ambil bagi pihak.

Takpe lah kan... janji tidak hilang..

Sebaik sahaja membuka bungkusan, Kak Fas tertarik dengan rupa bentuk Samsung Galaxy A8 ini. Ia nipis, ringan dan rekaannya pun cantik dengan skrin bersaiz 5.6 Super AMOLED, mempunyai 4GB RAM dan bateri 3000 mAh.

Malah peranti ini mempunyai kapasiti storan dalaman sebanyak 32GB serta slot kad mikro SD bagi menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 256GB.

Bab ni memang Kak Fas suka sebab Kak Fas ni rajin pergi event dan tentulah mahu menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar.

Kebetulan pula ketika Samsung Galaxy A8 ini berada dalam genggaman, sempat pula dipinjam seketika oleh anak untuk dibawa ke Gold Coast, Australia bagi merakamkan foto mereka semasa berbulan madu.

"Cantik gambar-gambarnya dan mudah dibawa," kata anak.

Selepas itu pula ketika Kak Fas bercuti ke Yogjakarta, Indonesia, peranti ini turut digunakan untuk merakamkan gambar kenangan di bumi bapak Jokowi itu, Dan hasilnya memang Kak Fas puas hati.

Apatah lagi, Samsung Galaxy A8 ini dilengkapi ciri tahan air dan debu IP68 jadi tak lah risau sangat apabila terkena air atau debu kala melancong sekitar Yogjakarta yang terkenal dengan beberapa destinasi pelancongan yang sesuai bagi mereka yang meminati aktiviti ekstrim mahu pun lasak.

Beberapa tempat yang Kak Fas melawat perlu berjalan kaki jauh malah pedalamannya yang berbukit bukau memperlihatkan panorama indah untuk dirakamkan. Lihat beberapa kepingan foto yang dirakam menggunakan Samsung Galaxy A8 :



















Jadi apabila peranti ini dilengkapi dengan dwi kamera pada bahagian hadapan 16 megapixel f/1.9 + 8 megapixel f.1.9 dan kamera belakang 16 megapixel dengan bukaan f/1.7, ia menghasilkan imej yang berkualiti dan terang..

Walau pun seperti video di bawah ini ia mampu mengekalkan kualiti gambar terbaik meskipun berswafoto dalam air namun Kak Fas tidak berani mencuba kerana tak pandai berenang huhu...



Malah apabila dirakamkan pada pencahayaan  lebih rendah ia tetap mampu memberikan visual yang tajam apatah lagi ia mempunyai fungsi 'live fokus'.

Fungsi live fokus membolehkan korang melihat dan mengawal kekuatan bokeh pada view finder secara masa nyata sekali gus menghasilkan gambar selfie yang cantik dengan kesan blur.



















Paling menarik juga antara ciri yang Kak Fas suka adalah pada kebolehan peranti ini beroperasi dengan pantas apabila memuat naik aplikasi daripada AppStore.

Pendekata, hanya anda yang menggunakannya tahu kelebihan dan keistimewaan peranti yang dijual pada harga berpatutan ini iaitu RM!,799 berbanding Samsung Galaxy A8+ yang sudah tentu lebih canggih pada harga RM2,499 (ini termasuk cukai barangan dan perkhidmatan GST tau.. sekarang kalau dah tak ada GST mungkin murah kut huhu).

Nak tahu lebih lanjut boleh juga ke ruangan PRODUK dalam blog Kak Fas ni. KLIK DI SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan