Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOLEKSI 'ARIANIXGUARDIAN' TAMPILKAN SKAF EKSKLUSIF


Kak Fas memang penggemar tudung jenama 'Ariani".

It satu sebabnya yang Kak Fas usahakan juga untuk hadir pada majlis pelancaran edisi eksklusif lebaran 'ArianiXGuardian'  yang dianjurkan oleh peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan Guardian Malaysia baru-baru ini.

Ya.. ini buat julung kalinya Guardian Malaysia dan jenama fesyen tudung terkemuka, Ariani,  berkolaborasi untuk menampilkan koleksi tudung eksklusif ‘Edisi Lebaran’ sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dijual secara eksklusif untuk pelanggan Guardian Malaysia, ‘Edisi Lebaran’ dihasilkan daripada material berkualiti dengan empat rekaan anggun berilhamkan flora di Malaysia dan paduan warna-warna menarik untuk digayakan Lebaran nanti.

Berita baiknya bagi mereka yang suka mengumpul tudung Ariani ialah sepanjang tempoh promosi dua bulan (dari 1 Mei hingga 27 Jun), koleksi khas berkenaan boleh dibeli pada separuh harga iaitu antara RM29.90 hingga RM89.90, dimana 54 ke 57 peratus lebih rendah daripada harga pasaran yang disyorkan.

Kak Fas dah tengok... memang kualitinya tidak sedikit pun berubah sepertimana produk seumpama yang dijual di butik Ariani seluruh negara. Malah jika membelinya melalui Guardian, anda mendapat harga yang lebih mampu beli.

“Kami memperkenalkan koleksi rekaan istimewa ini, khas sebelum Ramadan, agar pelanggan boleh mendapatkan skarf dan selendang yang menawan dan berkualiti  ini untuk digayakan pada Hari Raya nanti,' ujar Anna Hull (dua dari kiri), Pengarah Barangan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd pada majlis pelancaran koleksi tersebut. 


Menurut Anna, cetakan eksklusif skarf berkenaan  hadir dalam empat corak segar dan elegan malah dihasilkan daripada material berkualiti yang ringan dan tahan lasak.

"Ia boleh disuaikan dengan pelbagai gaya, mudah serta selesa dipakai. Kami yakin dengan kualiti seperti ini, para pelanggan pasti tertarik untuk mendapatkannya untuk Hari Raya nanti,” tambah Anna.

Menjelaskan rasional untuk bekerjasama dengan ARIANI, Anna berkata: 

“Walaupun Guardian Malaysia merupakan sebuah jenama kesihatan dan kecantikan, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Dalam perancangan untuk Ramadan dan Hari Raya, kami percaya para pelanggan kami ingin memiliki tudung terbaik; dan yang lebih utama, pada harga yang memberi nilai kepada wang mereka!

Untuk mendapatkan tudung tersebut, tiada pembelian minimum diperlukan. Pelanggan hanya perlu membeli satu produk daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian, untuk layak membeli mana-mana skarf tersebut. 

Pendekata, jika anda tidak membeli untuk diri sendiri, ia juga boleh diberikan sebagai hadiah istimewa untuk ibu, isteri atau sahabat handai.

Sementara itu, Datin Farah Haryani (tiga dari kiri), Pengarah Pemasaran A turut hadir dalam ucapannya berkongsi pandangan tentang kolaborasi dan koleksi skarf rekaan eksklusif itu.



“Pengertian kecantikan dari dalam melalui penggunaan produk di stor Guardian kini dimantapkan lagi dengan pemakaian tudung ARIANI, yang mana semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung,” ujar beliau.

Sambungnya, ARIANI, sebuah anak syarikat Kumpulan JAKEL, telah menghasilkan koleksi skarf ‘Edisi Lebaran’ dengan perincian yang halus dan ia direka bagi memenuhi tiga elemen teras – keeksklusifan, kesopanan dan kontemporari.



Bertemakan konsep “MEKAR”, koleksi menampilkan empat rekaan anggun iaitu Essential Basic Shawl (kosong), Blush Printed Square (tudung empat segi), Blooming Printed Shawl (selendang), dan yang paling istimewa, Florescence Premium Shawl.

Majlis turut memperlihatkan beberapa gaya pemakaian tudung menggunakan empat desain berkenaan.

Istimewanya, untuk setiap pembelian dengan satu barangan jenama yang mengambil bahagian, pelanggan layak untuk membeli satu skarf untuk satu corak. 

Dalam erti kata lain, pelanggan layak untuk membeli sebanyak empat helai tudung, iaitu sehelai untuk setiap corak. Palnggan yang membeli dua produk daripada jenama yang mengambil bahagian pula, layak untuk membeli dua helai tudung untuk setiap corak.

Antara jenama utama yang mengambil bahagian adalah Dermo Expertise, Maybelline, Pantene, Safi, dan Thymos.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my.  

Memang cantik dan berbaloi u alls....!   




Tiada ulasan:

Catat Ulasan