Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELBAGAI FESYEN MENARIK DI PRIMAVALET WANGSA 118


Walau pun kita baharu nak masuk seminggu berpuasa dan Raya pun jauh lagi tetapi waktu awal=awal inilah juga kita harus membuat persiapan Raya, betul tak?
Maklumlah, nanti tup tup dah dekat dan banyak pula lagi persiapan yang belum lengkap. 

Jadi Kak Fas syorkan anda check list dan mana yang boleh didahulukan dibuat terlebih dahulu....senang nanti kan?


Apa yang Kak Fas nak cadangkan korang buat persiapan membeli-belah baju Raya awal-awal melainkan yang lebih suka tempah... dah tentulah baju mereka sedang dijahit ya tak?
Namun bagi yang suka beli siap macam Kak Fas ini tentu mahu mencari yang berkenan di hati dan sekiranya buntu malah tiada masa untuk jalan lama-lama mencari fesyen sesuai apa kata singgah sahaja digedung PrimaValet.
Hub fesyen terbesar di tanah air, PrimaValet ini baru sahaja mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah, barisan ”Stars of PrimaValet” seperti Alif Satar, Jannah Nick, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak mereka, Aqeef Anaqi serta Nabil Ahmad sebagai pengacara.


Berpusu-pusu nampak gayanya pengunjung yang hadir pada majlis perasmian PrimaValet Wangsa 118 itu malah sanggup beratur awal semata-mata mahu mendapatkan kupon baju kurta percuma yang diberikan untuk 500 orang yang pertama.

Malah ada juga yang hadir hanya untuk mendapatkan promosi jualan murah sempena pembukaan serta peluang untuk bertemu dengan selebriti kegemaran mereka.
Pembukaan cawangan terbaharu ini membuktikan komitmen PrimaValet untuk menjadi pengasas pakaian siap tanah air walaupun baru setahun  bertapak di negara ini.




Berkeluasan 10,000 kaki persegi, PrimaValet Wangsa 118 terletak di bangunan yang merupakan tanda terbaru di Wangsa Maju, behadapan dengan pasaraya Aeon Big. 

Pembukaan cawangan Wangsa 118 juga akan memudahkan warga Kuala Lumpur untuk mendapatkan koleksi pakaian siap untuk Hari Raya tanpa perlu pergi jauh ke Bangi yang merupakan store pertama PimaValet. 






Antara jenama yang berjaya disusun oleh PrimaValet (PV) adalah  Arjuna di mana dutanya tidak lain ialah hero Malaya Zul Ariffin, Meylana, Shasya Habib, Zoud, Nur Aishah, UAI, Youme&Hunny, Buranku.Co, Kuku Besi, Syus Couture serta jenama  eksklusif Ezuwan lsmail. 

Setiap pemilik jenama menghasilkan produk sendiri dengan memenuhi keperluan dan citarasa pengguna. Tidak Iupa juga, PrimaValet telah menghasilkan produk sendiri di bawah jenama PV Man, PV Woman dan PV Kids.
Kain berkualiti tinggi, warna dan reka bentuk yang sesuai dan butiran adalah tiga eiemen utama yang diperketengahkan dalam setiap koleksi. Ini adalah objektif utama PrimaValet iaitu untuk mewujudkan rasa kebangkitan semula untuk wanita dan ciri-ciri maskulin untuk lelaki.

Tambahnya, PV akan menjadi pusat pakaian siap terbesar di Malaysia. Dengan kata Iain, PV adalah hab fesyen yang dapat memberikan kepuasan pada seluruh keluarga untuk mendapatkan pakaian siap bagi mememenuhi keperluan semua peringkat umur.

Turut berkongsi berita gembira ini adalah pemilik utama PrimaValet Wangsa 118, Encik Nik
Muhd Amin Nik Mahamed (kanan), yang berharap pembukaan PrimaValet Wangsa 118 ini dapat membuka mata warga Kuala Lumpur untuk membeli-beiah di ruang yang selesa dan tidak perlu bersesak seperti biasa.



“Saya percaya, cawangan baru PrimaValet Wangsa 118 ini akan mendapat sambutan yang baik dari pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, kerana mudah untuk diakses iaitu menerusi lebuhraya DUKE, MRR2 atau AKLEH, serta mempunyai kawasan tempat letak kereta yang agak luas,” katanya ketika merasmikan PrimaValet Wangsa 118.

Menurutnya lagi, pihaknya memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membuka gedung berkenaan.

Mengenai PrimaValet 
Sebuah pusat “one stop centre”, PrimaValet (PV) ditubuhkan pada April 2017 dan terus meIebarkan sayapnya dengan membuka cawangan pertama di Ostia Bangi, Selangor. Ia adalah hab fesyen yang menawarkan pelbagai pakaian dan produk yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik untuk lelaki dan wanita.
PrimaValet (PV) mengambii inisiatif untuk memasarkan semua produk pakaian di bawah satu (1) bumbung dengan menghimpunkan pelbagai jenama dari pereka muda dan tempatan. Penubuhan pusat fesyen ini adalah salah satu (1) cara untuk membolehkan para pembeli melihat dan memiliki rekaan koleksi kegemaran mereka yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui media sosial serta laman web.

Kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Koleksi PV Raya 2018 sememangnya direka dan dihasilkan untuk anda semua secara eksklusif. Kami mengutamakan kualiti kain, rekaan yang terkini dan elegan untuk memenuhi keperluan dan cita rasa pelanggan dari pelbagai kategori.

Apa kita dengar pesanan daripada Dr. Arshad ni ya...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan