Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG GALAXY S9 TEPATI KEHENDAK GENERASI Y


Produk: Samsung Galaxy S9
Terima kasih Brian & Dara dari Priority Communications Sdn Bhd

Kak Fas hadir semasa majlis pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang berlangsung penuh meriah disamping kehadiran pelakon popular Korea, Park Bo-Gum pada bulan Mac lalu.


Pendekata, setiap kali Samsung Electronics Malaysia membawa artis Korea bagi memperkenalkan telefon pintar keluaran terbaharunya pasti ribuan penonton yang hadir,

Sebelum ini, Samsung Malaysia membawa dua pelakon rancangan tv "Running Man" iaitu Lee Kwang Soo ke majlis pelancaran Galaxy S7 serta Song Ji Hyo ketika melancarkan Galaxy Note 8.

Sudah tentu setengah itu memang peminat setia peranti Samsung waima separuhnya pula peminat fanatik pelakon Korea yang dibawa. Apa pun yang pasti Samsung berjaya 'create awareness' yang glokal dan global setiap kali melancarkan telefon pintar baharunya.

Dan hanya pada bulan Mei ini Kak Fas dijemput oleh Brian untuk mencuba Samsung Galaxy S9 namun pada waktu yang singkat, cuma dua minggu.


Ingin Kak Fas syorkan agar pihak Samsung berilah masa yang lebih untuk memahami peranti yang diserahkan untuk prebiu waima dua minggu agak singkat. Sekurang-kurangnya sebulan baharulah boleh menikmati dengan puas pelbagai fungsinya.



Memandangkan masa singkat Kak Fas seperti biasa suka bermain dengan fungsi kamera. Bagi Kak Fas, tarikan hampir kesemua peranti Samsung terletak kepada sistem kameranya.

Kak Fas kan ke selalu pergi 'event' jadi peluang itu Kak Fas gunakan untuk mencuba mengambil gambar menggunakan S9.

Kelainannya S9 berbanding peranti sebelumnya, fungsi kamera dipertingkatkan dengan mengaplikasikan beberapa cara baharu sejajar dengan kehendak generasi baharu terkini yang gemar bermain dengan imej rakaman mereka.

Mereka paling suka mengekspresi diri secara visual untuk berinteraksi. Dan hakikat itu mencetuskan idea bagi Samsung untuk mencipta teknologi  bercirikan AR Emoji baharu sekaligus mempunyai fungsi Super Slow-mo dan Super Low Light.


Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa khususnya bagi mereka yang percaya akan sekeping gambar itu melambangkan seribu kata.

Hanya si penerima perlu tahu memahami erti komunikasi tersebut. 

Kameranya dibina dengan sensor Super Speed Dua Pixel serta kuasa pemprosesan dan memori khusus untuk merakam gambar dan video yang menakjubkan. 

Malah dalam keadaan pencahayaan yang rendah kamera Dual Aperture Samsung (F1,5./ F2.4), ia  menyelaraskan bukaan secara automatik mengikut keadaan pencahayaan, iaitu dengan bukaan lensa yang lebih besar (F1.5). 

Ini supaya membenarkan lebih banyak cahaya masuk dalam keadaan gelap, atau menukar kepada lensa dengan bukaan rendah (F2.4) dalam keadaan terang, demi memastikan foto yang diambil adalah terang dan jelas.















Di samping itu, ciri dwikamera yang popular juga didapati pada Galaxy S9+, yang membolehkan pengguna terus merakam gambar potret secara profesional dengan fungsi ‘Live Focus’.




Dan bagi mereka yang suka bergurau senda, fungsi mereka boleh menggunakan fungsi emoji yang menyerupai penampilan dan perawakan masing-masing, manakala fungsi Super Slow-mo (rakaman video sehingga 960 bingkai sesaat) membolehkan pengguna meningkatkan kreativiti mereka waima dengan adanya ciri Bixby, kita boleh menterjemahkan bahasa mahu pun mata wang asing dengan serta merta melalui imej, memberikan maklumat penting mengenai persekitaran anda dan banyak lagi, Jadi memang sesuailah dibawa ketika bercuti.




Kak Fas tidak sempat nak bercuti jauh jadi hanya sempat melawat Batu Pahat sahaja dan merakamkan beberapa keping gambar sekitar bandar waktu malam serta di tepian pantai waktu siang.

Bagi orang-orang muda, selain fungsi kamera sudah tentu mahu menikmati hiburan melalui kamera masing-masing, Untuk itu, Samsung menghasilkan peranti yang menawarkan pengalaman bunyi premium dengan pembesar suara stereo yang ditala oleh AKG. Audio Galaxy S9 dan S9+ juga menyokong Dolby Atmos, memberikan kesan bunyi sinematik 360 darjah yang hebat.

Paparan Infinity pada Galaxy S9 dan S9+ juga telah dipertingkatkan. Ia menampilkan paparan infiniti Super AMOLED yang terbaru, kuat, dan terang. 

Apabila memegang Samsung Galaxy S9 ini, Kak Fas tidak perlu risau dengan ketahanannya kerana ia kalis air dan habuk, jadi bawa ke pantai pun tak lah bimbang jatuh dan sebagainya apatah lagi ia dilindungi oleh Knox 3.1, platform keselamatan gred pertahanan Samsung yang terkini.

Sebagai pengguna yang aktif bergambar, Kak Fas perlukan ruang simpanan yang besar dan ini dapat diselenggarakan oleh S9 kerana ia menyokong memori yang boleh ditambah sehingga 400GB dengan Kad Mikro SD yang tinggi dan pemprosesan imej yang canggih.


Dengan ciri imbasan pintar  menyokong tiga pilihan pengesahan biometrik yang berbeza – iris, cap jari, dan pengecaman wajah, ia membolehkan pengguna memilih cara yang diingini untuk melindungi peranti dan aplikasi mereka.

Jika nak lebih selamat eloklah guna ciri imbasan pintar berkenaan, kalau telefon dicuri orang atau hilang pun dah sah mereka tidak boleh menggunakannya. Jadi kepada mereka yang jumpa mana-mana phone Samsung eloklah bantu mencari tuanempunya melalui mana-mana pusat telco atau meminta bantuan pihak Samsung kut kut boleh kesan siapa pemiliknya.



Skrin telefon pintar baru Samsung ini tampak menawan walaupun di bawah cahaya matahari. Jadi tidak hairanlah ia mampu memperoleh gred "Excellent A+' yang diberi oleh DisplayMate Technologies, sebual penilai skrin terkemuka di dunia.

Dalam pada itu, memang berhaklah produk ini menerima lebih dari 30 anugerah di Mobile World Congress 2018 baru-baru ini termasuklah dalam kategori 'Best New Connected Device' dan 'Best Mobile VR or AR'.

Ciri terakhir yang mendapat perhatian Kak Fas  terletak kepada keupayaan telefon pintar ini memberikan maklumat yang lebih banyak dan tepat mengenai status kesihatan pengguna melalui sensor 'Heart Load Factor'.

Melaluinya, kita beruapaya mengukur tahap keupayaan bagi beban yang dialami oleh jantung secara masa nyata.

Ditawarkan pada harga runcit dari RM3,299 hingga RM4,399, peranti hebat ini hadir dalam tiga warna - Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple dan korang boleh memilih samada mahu yang mempunyai memori 64GB pada S9 dan S9+ sahaja atau lebih dari itu iaitu  128 GB mahu pun  256GB pada Samsung Galaxy S9+ juga.


Model
Memori
Warna
RRP (RM)
Galaxy S9
64GB
·         Midnight Black
·         Coral Blue
·         Lilac Purple
RM3,299
Galaxy S9+

64GB
·         Midnight Black
·         Coral Blue
·         Lilac Purple
RM3,799
128GB
·         Midnight Black
·         Coral Blue
·         Lilac Purple
RM3,999
256GB
·         Midnight Black
RM4,399

Bagi sepesifikasi lebih jelas boleh klik 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan