Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

INGAT KISMIS, INGAT CALIFORNIA RAISINS TAU!


Jika dihitung kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan dan tinggal kira-kira 20 hari lagi akan hadirnya bulan Syawal... bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam satu dunia.

Cepat sungguh masa berlalu kan... dan pada waktu-waktu inilah juga kita sebagai surirumah dan ibu sudah mula berfikir mengenai hidangan Raya termasuklah membakar kuih raya.

Kak Fas masih ingat bila tiba masa nak fikirkan kuih atau kek apa lah yang nak dibuat,,, fikiran Kak Fas tidak lari daripada salah satu bahan utama yang menjadi pilihan iaitu kismis.

Kak Fas memang penggemar kismis. Buah-buahan kecil yang kering ini menjadi keutamaan Kak Fas apabila nak memasak nasi minyak atau pun bakar kek dan biskut menggunakan kismis.

Dan apabila sebut kismis tentulah jenama California Raisins menjadi pilihan. Jadi disebabkan itu juga Kak Fas sanggup ketepikan waktu untuk hadir bersama di majlis yang dinamakan 'Puas Puas Puasa' bersama California Raisins yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Bertepatan pula dengan sambutan Hari Ibu pada bulan Mei, majlis 'Puas Puas Puasa' menyaksikan pihak penganjur, Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau RAC, Amerika Syarikat hadir untuk menyuarakan khasiat kebaikan dan keserbagunaan kismis California pada seluruh umat Islam yang berpuasa dan sasarannya tentulah kepada ibu-ibu atau suri rumah yang mahukan makanan khasiat bagi keluarga masing-masing.

Seperti kata Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara, Encik Richard Lieu:

"Kismis California sangat sesuai dijadikan snek yang sihat dan berkhasiat oleh kanak-kanak sekali pun memandangkan ia manis secara semula jadi  berbanding makanan snek lain. Ia juga boleh disajikan dalam masakan, minuman dan juga dalam sajian pencuci mulut."

Selain itu, menurut Richard, Kismis California sangat sesuai ketika bersahur atau berbuka puasa kerana ia bukan sahaja sedia dimakan begitu sahaja malah senang dibawa ke mana-mana memadangkan ia dipek dalam kotak kecil, jadi mudah disimpan dalam beg tangan sebagai bekalan makanan apabila terasa lapar.

Kak Fas pun setuju  yang Kismis California bukan sekadar membuka selera tetapi juga merupakan sumber pemakanan yang sesuai untuk digunakan dalam sajian makanan memandangkan isu kesihatan yang semakin meningkat seperti diabetes. 


Sebab itulah, Kak Fas pasti akan taburkan kismis apabila memasak nasi minyak atau masakan yang sesuai diletakkan kismis terutamanya kek buah atau pun biskut buah kismas seperti 'rock bun'.


Korang tahu tak semasa bersekolah di London, Kak Fas diajar membuat biskut 'Rock Bun' menggunakan kismis. Aduh! Mengembalikan nostalgialah pulak hihi...

Ok... kembali pada tajuk cerita huhu.... 

Yang menariknya sebelum majlis memperkenalkan California Raisins berlangsung, semua media dan blogger dijemput untuk memaparkan kreativiti masing-masing dalam peraduan Menghias Cup Cake atau Cookies menggunakan kismis dan bahan-bahan hiasan lain yang disediakan.

Walau pun Kak Fas bukannya kreatif tetapi tetap bekerjasama memeriahkan majlis dan hasilnya tentulah tidak secantik tiga pemenang yang diumumkan kemudian.

HASIL Pemenang Utama, Rachel
Kak Fas punya haha...












Apa pun, pada majlis tersebut Kak Fas dapat mempelajari tiga jenis resepi yang ditunjuk ajar oleh hos tv 9, Nur Affizza Azmi iaitu  'California Raisin Tomyum Chicken Angel Hair Pasta', California Raisin Sweet & Sour Doughnuts dan minuman 'California Raisin Puas Smoothies'

Nur Affizza diundang khas oleh California Raisins untuk mengadakan demonstrasi masakan tiga jenis resepi yang mudah, cepat dan berkhasiat yang boleh dicontohi ibu-ibu berkerjaya.











"Juadah ini memang mudah dibuat apabila pulang dari kerja dan pasti kanak-kanak pun suka menikmatinya untuk juadah berbuka puasa," ujar Affizza.


Dan sudah pasti setiap resepinya mengandungi bahan kismis dari California Raisins. Kak Fas tengok memang mudah malah kesemua masakannya dilakukan dalam masa setengah jam sahaja.

Selain demonstrasi masakan, majlis turut memperkenalkan pakar diet bertauliah daripada Hospital Pakar KPJ Damansara, Adibah Rushda Ismail yang bercakap mengenai beberapa cara menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, pemakanan kismis dapat menambah tenaga, membekalkan pelbagai nutrien bagi kecergasan badan sepanjang berpuasa selama 14 jam. 

Kata Adibah, kismis merupakan buah kering yang manis semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan. Ia juga tidk mengandungi lemak dan kolesterol malah rendah natrium (garam) secara semula jadi.

Ia adalah sumber saraf dan kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kadiovaskular dan sistem saraf bahkan diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi. 

Wah! Kan berkhasiat tu. Rupa je kecil berkerutu tetapi memberi khasiat yang baik untuk badan tau! Malah bila dikunyah banyak terasa puasnya huhu...

Jadi lepas ini bila teringat kismis, ingat California Raisins tau.... yang diperbuat dari California, Amerika Syarikat gitu.. sejajar dengan nama produk!

Apa pun jika nak tahu lanjut boleh layari laman web  DI SINI  atau KLIK INI.


ANTARA Bloggers wanita yang hadir.


.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan