Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MACF PENCUCI KERTAS AJAIB PERTAMA DI MALAYSIA




SALAM RAMADAN!

Hari ini hari pertama kita semua umat Islam menyambut bulan puasa, bulan yang penuh rahmat, berkat dan keampunan, 

Dan pada kesempatan ini, ingin juga Kak Fas menyusun sepuluh jari jemari memohon kemaafan terlebih dahulu sekiranya terdapat kekasaran bahasa, keterlaluan bicara, keterlanjuran kata malah apa jua kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja yang berbekas di hati.

Sebagaimana dinyata kelebihan solat terawih pada malam pertama iaitu diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan maka eloklah pada bulan mulia ini juga kita menjaga lidah, mata malah seluruh anggota tubuh harus bersih daripada gejala yang kotor.

Bercakap mengenai kekotoran Kak Fas mahu juga mengingatkan betapa kita, khususnya kaum wanita perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk bersih. Sebelum bersolat perlulah membersihkan diri terutama sebelum wuduk eloklah pastikan solekan ditanggal habis-habisan.


Menyentuh soal ini, Kak Fas tertarik dengan satu produk yang berada dalam rangkaian jenama Magika iaitu M.A.C.F.

Jangan keliru ya... singkatan MACF tu yang bunyinya macam nama singkatan pertubuhan atau agensi Kerajaan itu bukan seperti yang anda fikirkan.




Di sini MACF bermaksud Magika Argan Cleansing Flakes iaitu kepingan pencuci muka kertas ajaib, Kenapa ajaib? Nanti di bawah Kak Fas akan cerita lanjut ya...

Sejujurnya, Kak Fas pun semasa mendapat undangan untuk hadir pada majlis pelancaran produk tersebut tertanya-tanya apa maksudnya waima pelakon Izreen Azminda yang dilanda kontroversi isu berkahwin suami orang pula adalah dutanya.

Malah terfikir juga kenapa produk tersebut memilih Izreen? Tak takut kah nanti produknya tak laku dan dipulau apatah lagi Izreen masih dikecam netizen gara-gara bernikah dengan suami orang malah menjadi punca kerosakan rumah tangga suaminya Ude Wahid dengan isteri pertama, Intan Liyana?

Tetapi ini jawab pengasas produk berkenaan, Puan Azura Baharudin, 36, kala diajukan persoalan tersebut. 


"Izreen tiada masalah disiplin kerja dan sangat mudah dibawa berbincang. Saya anggap segala kontroversi sebagai qada dan qadar serta berfikiran bukan kerja kita menghukum manusia. Malah saya ambil kira kontroversi itu juga antara faktor yang mampu melonjakkan nama Magika di mata orang ramai," jawab Azura.

Sambungnya, selain daripada ingin berkongsi rezeki, beliau memandang Izreen dari sudut positif yang lebih fokus kepada perniagaan dan pengaruh sosial media penyanyi itu.

Malah kerana itu juga tema 'Bangkit Bersama' menjadi pilihan di mana Magika mahu bangkit bersama Izreen untuk terus berjuang tanpa mengenal erti kekalahan.

Dan bagi Izreen kenapa beliau bersetuju untuk menjadi duta Magika MACF untuk selama enam bulan sebagai permulaan.. ini jawapannya:

(Lihat videonya ini.....)

Anda dah dengar kan?

Jadi sebagai duta yang merupakan rezeki pertama diterimanya sejak dilanda kontroversi, Izreen dijangka akan mengikuti beberapa aktiviti promosi yang bakal dianjurkan setiap bulan malah bakal menjalani penggambaran video untuk MACF.

Okey... anda mesti tak sabar kan nak tahu lanjut mengenai produk ini?

MACF adalah kepingan kertas mencuci muka ajaib pertama di Malaysia yang diinspirasikan oleh Azura daripada negara China.




Bagaimana ajaibnya?

Menggunakan teknologi terkini, kepingan kertas berkenaan apabila dititiskan air ia akan bertukar menjadi seperti buih sabun...haa.. tu dia ajaibnya.

Apabila dah jadi buih maka bolehlah disapukan pada kulit muka untuk membersihkannya. Memandangkan ia hadir dalam bentuk kompak jadi mudah disimpan di dalam tas tangan dan digunakan apabila perlu.

Malah kandungannya yang menggunakan bahan bersih seperti minyak argan, madu, aloe vera, lemon, rose essential, bunga armica dan witch hazel bukan sahaja mampu membersih dan memelihara kulit malah dijamin halal. 


Sebagai produk pertama di Malaysia, Azura mensasarkan jualan mampu mencapai 50,000 unit dengan bantuan pemasaran dan jualan daripada lebih 500 agen serta stokis yang turut disasarkan dalam tempoh akhir tahun ini.

Dan jika ada yang mahu menjadi ajen, bayarannya murah sahaja iaitu sekadar RM225.

Turut hadir pengedar utama daripada Singapura, Puan Rashidah Hashim yang khabarnya sejak menjadi pengedar produk-produk Magika beliau berjaya memperoleh pendapatan sehingga RM80,000 sebulan manakala pengedar Kuala Lumpur, Puan Haryani Haron mampu memperoleh RM30,000 sebulan.

Ditanya modal permulaan untuk menghasilkan MACF, tanpa berselindung Azura terus terang menjawab, "Untuk menghasilkan 5,000 unit saya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM60,000."

Setekat ini tambahnya, pengeluaran yang diperoleh daripada China  hanya boleh ditempah untuk  minimum 5,000 unit sahaja buat permulaan.

"Dan pesanan akan bertambah mengikut permintaan," ujarnya mengakhiri pertemuan.

Untuk mendapatkan produk secara dalam talian dan info lanjut boleh menghubungi talian  016 9400252 atau layari SINI malah boleh juga diperoleh daripada stokis dan agen terdekat anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan