Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ZIARAH UMRAH BERSAMA TELEFON NEFFOS X9

GAMBAR Baitulmal "Kaabah" pada waktu malam  dirakam menggunakan NEFFOS X9 di Mekah baru-baru ini.

Mukadimah:
Salam semua pembaca setia Kak Fas. Anda mesti tertanya-tanya kan kenapa lama bebenor Kak Fas tidak update dalam blog ini. Sebenarnya Kak Fas ingin memohon jutaan maaf sebab kebelakangan ini Kak Fas tidak sempat untuk menurunkan sebarang cerita untuk dikongsikan. Bukan apa sejak  sekembalinya Kak Fas dari luar negara banyak pula urusan yang perlu dikendalikan. Kerana itu, banyak undangan yang Kak Fas terpaksa lepaskan. Kak Fas berterima kasih kerana anda masih sudi membuka blog Kak Fas ini dan Kak Fas janji akan terus menitipkan coretan yang menarik untuk tatapan mata anda ya. 
Buat permulaan, ingin Kak Fas kongsikan pengalaman ketika melangsungkan Ziarah Umrah baru-baru ini di mana Kak Fas membawa telefon pintar Neffos X9 untuk merakamkan segala detik manis terutamanya sepanjang perjalanan dari kota London ke Paris dan seterusnya ke Medinah dan Mekah. Terima kasih atas kesabaran anda!
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ziarah Umrah bersama Andalusia Travel & Tours (6 Okt-23 Okt)
KL-London-Paris-Medinah-Mekah-Jeddah-KL (transit Abu Dhabi).
Terima kasih Ain dari Neffos Malaysia.

Pada awal bulan Oktober lalu, Kak Fas rasa amat bertuah kerana dipilih Allah untuk menjadi tetamunya di bumi Masjidil Haram yang menjadi rebutan setiap umat Islam untuk melaksanakan amal ibadah khususnya umrah dan Haji.

Seperti insan lain yang mengembara ke luar Negara sudah tentu merakamkan gambar menjadi kemestian dan untuk itu sudah tentu juga telefon pintar wajib berada di sisi.

Sejujurnya Kak Fas mempunyai dua telefon pintar yang bersedia berkhidmat ketika memerlukan namun kali ini disebabkan mendapat jemputan untuk membuat rebiu telefon pintar jenama Neffos X9 yang terbaharu, maka Kak Fas sudi menerimaya dengan syarat ia dipinjamkan sepanjang tempoh perjalanan Kak Fas berkenaan.

Setelah dipersetujui  oleh Ain dari Neffos Malaysia yang menghubungi Kak Fas,  Neffos X9 dihantar ke tangan Kak Fas beberapa hari sebelum berangkat.

Pendekata, Kak Fas membawa tiga telefon bimbit sekali gus memandangkan Kak Fas akan merantau ke tiga negara berasingan iaitu ke London, Paris dan bumi Arab. Pendekata,  jika satu telefon kong adalah penggantinya huhu…Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan ya tak?

Pun begitu, Kak Fas banyak menumpukan rakaman gambar pada telefon pintar Neffos X9 memandangkan Kak Fas perlu rebiunya sekali gus.

Di sini Kak Fas tidak mahu bercerita panjang mengenai spesifikasi Neffos X9 ini kerana sejak dilancarkan tentu sudah ramai yang telah membacanya malah Kak Fas sendiri pun pernah menulis mengenainya. Nak baca kembali bole selak ke ruangan Product dan scroll ke artikle berkenaan atau lebih sempurna KLIK SINI.


Selalunya bagi Kak Fas yang utama dilihat pada sesebuah telefon bimbit adalah pada kemudahan mengendalikannya serta kemampuan ciri kameranya.

Memandangkan Neffos X9 dilengkapi sensor jari, ia agak mudah kerana mampu dinyah kunci berpandukan cap jari. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi teknologi AI untuk fungsi kekunci telefon menggunakan wajah waima mampu mengimbas lebih 100 wajah berbeza.

Di sini,, Kak Fas memilih cara cap jari yang lebih praktikal dan cepat. Lagi pun Kak Fas memang suka menggunakan telefon yang mempunyai skrin lebar  seperti Neffos X9 yang berukuran 5.99 inci.


Dengan resolusi HD+1440x720 dengan nisbah 18:9, skrin sentuhnya dilengkapi dengan 2.5 Gorilla Glass dengan salutan AF (Anti Fingerprint). Model ini turut hadir dengan mod Night Display bagi memudahkan pengguna melihat paparan pada waktu malam.

Jadi bagi ‘explore’ ciri-ciri tersebut Kak Fas banyak merakamkan gambar pada waktu siang dan malam menggunakan Neffos X9 dan hasilnya tidak mengecewakan.


Sejujurnya Kak Fas bukanlah seorang jurugambar professional namun melalui foto dan video yang Kak Fas rakam dengan Neffos X9, Kak Fas rasa puas dengan hasilnya terutama ketika merakamkan gambar pada waktu malam di bawah cahaya rendah.

Dengan ciri dwi kamera, 13MP + 5MP f/2.0 pada kamera utama dengan double flashing light serta sistem pemfokusan Phase Detect Autofocus (PDAF) yang dimiliki mampu menghasilkan foto yang agak lebih tajam.

Walaupun terdapat beberapa mod pilihan seperti Pro, kesan bokeh, mod untuk gambar makanan dan tetapan secara manual, mod slow motion dan time lapse namun Kak Fas seringkali terlupa nak cuba kerana sudah terbiasa dengan mod auto haha…


Apapun kualiti rakaman video sehingga 1080p tidak mengecewakan. Banyak juga video yang Kak Fas rakamkan dan lebih menarik lagi apabila Kak Fas tidak perlu risau mengenai kehabisan bateri.

Ini kerana model Neffos X9 ini memperoleh sokongan bateri bersaiz 3060mAH dengan sambungan USB 2.0 MICRO-B 5 PIN serta pengecasan 5V2A. Storannya juga besar dimana model ini hadir dalam 2 varian iaitu 32GB/RAM 3GB dan 64GB/RAM 4GB malah kedua-dua peranti ini boleh dilanjutkan sehingga 128GB menggunakan kad microSD.

Jadi Kak Fas tak risau mengenai kehabisan storan selama lebih dua minggu asyik merakamkan gambar haha… dan Kak Fas banyak menggunakan mode selfie.

















Peranti di bawah naungan TP-Link ini yang terkenal dengan menghasilkan telefon bimbit berkualiti tetapi mampu milik seperti Neffos X9 yang cuma berharga RM599 (bagi memori 3GB/storan  32GB) dan RM799 untuk storan 64GB bagi memori 4GB ini sesungguhnya amat berbaloi dimiliki.

Keupayaan yang diberikan setanding jenama telefon pintar yang sealirannya atau pun dalam keluarga flagship ternama sekali pun.
 











Jadi, sekiranya anda sedang mencari-cari telefon pintar untuk anak remaja umpamanya bolehlah mencuba Neffos X9 ini  waima dengan harga mampu milik serta ciri yang setanding jenama saingannya ia pembelian yang tidak merugikan.

Neffos X9 dikuasakan dengan CPU empat teras MediaTek MTK6750 dan dilengkapkan dengan GPU dua teras Mali-T860. Sistem operasi Neffos X9 menggunakan Android 8.1 Oreo dengan antara muka NFUI 8.0 yang mampu mengoptima 78% lebih pantas daripada antara muka NFUI 2.0.


Kesimpulannya, Neffos X9 sebuah telefon yang mampu milik dan mudah dibawa ketika melancong cuma Kak Fas nak ingkatkan jangan lupa tutup mode sync jika tidak mahu ke semua gambar dari telefon lain dengan mudahnya berpindah ke Neffos X9 huhu nanti penuh pulak storan.



Jom layan lagi gambar-gambar yang Kak Fas ambil sepanjang perjalanan termasuk gambar keliling kota Paris yang menampakkan Menara Eiffel Tower yang diambil dari Menara Montparnasse setinggi 210 meter di bumbung yang terletak pada tingkat  56  di mana pelancong boleh menikmati pemandangan pada 360 darjah.

#trivia
  • Grup kecil kami seramai 22 orang hampir ketinggalan keretapi laju (Eurostar) ke Paris gara-gara kesesakan lalu lintas di London waima hotel penginapan St Giles terletak jauh di Heathrow. Barangkali Andalusia perlu mempertimbangkan agar mencari hotel di kota London agar mudah bergerak dan sampai ke destinasi cepat.
  • Jangan percaya jika restoren di Paris dilabel halal sebab ada juga yang menyediakan masakan nasi goreng dicampur sosej tidak halal. Hampir-hampir nak dimakan oleh setengah daripada kami. Di sini juga pihak Andalusia perlu 'survey' terlebih dahulu sebelum menyerahkan bulat-bulat kepada ejen pelancongan tempatan.
  • Sebaiknya apabila tiba di London seawal jam 7.30 pagi, disyorkan agar membuat lawatan separuh hari terlebih dahulu dan daftar masuk jam 3 petang sebelum meneruskan lawatan. Apa yang kami alami sebaik tiba di lapangan terbang Heathrow dan tunggu bas agak lama kami terus dibawa melawat sekitar kota London dan hanya masuk hotel penginapan lewat malam. Itu pun 'miscommunication' dengan pihak hotel di mana terpaksa menunggu lama untuk 'check-in' memandangkan ada kumpulan lain yang tiba pada waktu sama. Sepatutnya kunci sudah disediakan awal... lewat malam kut masuk. Rasanya jika perlu naikkan harga pakej sedikit pun tidak mengapa asalkan hotel dekat dan dapat rehat setelah berjam-jam di udara sebelum lawatan sehari suntuk.
Barangkali dengan komen kecil ini, mutawwif kami, Ustaz Faizal dapat menyampaikannya kepada pihak atasan Andalusia Travel & Tours agar pakej ziarah umrah London-Paris-Mekah lebih teratur dan menarik.


Apa pun terima kasih Ustaz Faizal (pix tengah) yang melayan kami dengan sempurna waima memberi tips-tips keagamaan berguna sepanjang perjalanan! . 




Semoga bertemu lagi dan diberikan kesihatan yang baik agar dapat kembali bersama ke Masjidil Haram. InshaAllah! Jazzakallahu Khairan!

Tiada ulasan: