Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SENTUHAN MAGIS SERIKAN KRISMAS DI SURIA KLCC



Foto: Megatz

Sejak tahun 2015, pusat membeli-belah ternama, Suria KLCC masih kekal memegang rekod untuk ‘ The Tallest Christmas Tree in Malaysia” atau dalam bahasa Melayunya ‘Pokok Krismas Paling Tinggi di Malaysia’ di mana ia berdiri tegak setinggi 100 kaki terletak di kawasan luar esplanadenya.

























Setiap tahun menjelang sambutan Xmas, Suria KLCC tidak pernah ketinggalan melakukan upacara tradisinya iaitu menyalakan mentol  yang mengelilingi pokok Krismas berkenaan agar cahayanya bergemerlapan di sekitar.


Jadi sekali lagi, baru-baru ini Kak Fas berpeluang menyaksikan buat kali ketiga nyalaan lampu pada pokok Krismas berkenaan sebaik sahaja majlis pelancaran bertemakan ‘Magical Whimsical Christmas Wonderland’ disempurnakan di ruang Center Courtnya.



Majlis pelancaran diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Encik Andrew Brien  bersama para tamunya yang terdiri daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Kementerian Pelancongan Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Ketua Sekretariat Pusat Membeli-belah Sekretariat Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Norliza Md Zain.

Dekorasi Krismas kali ini menyaksikan Suria KLCC  berubah menjadi lokasi keajaiban Christmas yang mengagumkan berupa  sebuah pekan flora poinsettia, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni berserta perhiasan kristal dan pokok krismas bersalji.
Malah keseluruhan ‘wonderland’ berkenaan dijaga rapi oleh tentera Nutcracker berwarna-warni.

“Krismas merupakan salah  satu musim yang paling dinanti-nantikan Suria KLCC  kerana kami ingin membawa keajaiban. Tahun ini, pekan Krismas kami yang ajaib dijaga oleh tentera Nutcracker sekali gus  memberi kebahagiaan pada anak-anak muda dan mengembalikan kenangan sambutan Krismas semasa zaman kanak-kanak kita dahulu,” ujar Andrew Brien.

Di samping itu seperti kebiasaannya, Suria KLCC tidak lupa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di mana kali ini tambah Brien, pihaknya berkerjasama dengan Hospis Malaysia melalui kempen yang dinamakan ‘Speak Up – There’s an Elephant in the Room’.

Melalui kempen itu, pengunjung boleh menyokong dengan menyumbang RM15 di mana sebagai balasan mereka akan menerima token appresiasi daripada Suria KLCC. Jika tidak, mereka juga boleh menyumbang pada kadar yang sama melalui aktiviti lukisan  muka dan tangan yang boleh disertai kanak-kanak.


Selain itu bagi para pembeli pula, Suria KLCC telah bekerjasama dengan Citibank untuk memberi  ganjaran eksklusif keatas setiap pembelian di mana 30 orang pertama pemegang kad VISA Citibank yang menghabiskan minimum RM 1,000 dalam satu resit setiap hari akan menerima hadiah misteri dan flat rate tiket parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10.

Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3,500 dan ke atas dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima set hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan ganjarannya terhad kepada 60 pembeli pada hari Jumaat dan 40 hari pada hujung minggu.

Pelanggan bukan Citibank juga tidak ketinggalan untuk menerima hadiah misteri apabila mereka membelanjakan RM 1,000 ke atas dalam satu resit tunggal. Sementara itu 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke atas dalam satu resit pada hujung minggu juga akan diberikan set hadiah L’Occitane.



Bagi menjadikan perbelanjaan membeli-belah lebih menarik di Suria KLCC, Lima pemenang bertuah yang berbelanja RM3,500 ke atas pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad berpeluang memenangi barang kemas dari De Beers.

Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan pelanggan bukan Citibank. Dalam masa yang sama kemunculan Secret Santa  akan memberikan hadiah misteri kepada pembeli bertuah. Oleh itu, jika nak membeli hadiah Krismas elok sangat  berbelanja di Suria KLCC. Mana tahu tuah menyebelahi anda kan?.

Kempen yang bermula pada 23 Novermber lalu akan berakhir pada 25 Disember 2018. Sepanjang tempoh itu, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan  termasuk berhibur dengan beberapa persembahan seperti tarian ballet, marching band dan Christmas Carol selain bertemu Santa Claus.

Keterangan lanjut berhubung waktu aktiviti boleh layari www.suriaklcc.com.my . Selain Suria KLCC, kempen Krismas turut dijalankan di Alamanda dan Mesra Mall di Kertih dengan pelbagai aktiviti masing-masing.




Tiada ulasan: