Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUAR ZAIN USAHA SERUM KECANTIKAN #ALLEVIER

Hari ini 31hb Disember 2018. Hanya tinggal sehari sahaja lagi kita kan menyingkap ke tahun baharu 2019.

Apakah azam anda sudah termakbul atau masih belum terlaksana waima mahu menyambung azam yang sama seperti tahun 2018.

Segala apa pun azam anda, Kak Fas percaya sudah tentu berazam untuk perkara yang baik-baik sahaja ya tak...murah rezeki .. panjang usia....diberi kesihatan yang baik semoga segalanya dipermudahkan.

Bagi Kak Fas berakhir bulan Disember tahun 2018 ini, siapa sangka dapat 'hadiah kejutan' dan bertemu sekali lagi dengan penyanyi yang Kak Fas tidak pernah jemu mendengar lagu-lagu dan suaranya -  siapa lagi jika bukan Anuar Zain!

Pertemuan dengan 'Lelaki Ini'  tidak disangka sebenarnya. Seperti biasa jika nak bersua Anuar Zain pun semasa majlis sidang media melibatkan dirinya dan jika tak silap Kak Fas kali terakhir bertemu ialah ketika Konsert Anuar Zain, BCL dan Yuka di Dewan Plenari, KLCC bulan April lalu.

Tetapi pada majlis anjuran Hubmethod yang Kak Fas dan beberapa teman media terpilih hadir  untuk membuat liputan dikejutkan dengan kehadiran Anuar Zain selepas diumumkan oleh pengacara akan tibanya seorang penyanyi popular.

Semua yang hadir tidak dapat meneka siapa gerangan dimaksudkan....


Sebaik sahaja kereta Mercedes menyusur masuk ke pekarangan The Space Seven Shah Alam, rata-rata yang hadir baharu nampak teruja apabila artis jemputan yang tidak disebut namanya sebelum itu adalah Anuar Zain!

Semua macam terkejut sambil hati tertanya-tanya 'Wah Anuar Zain rupanya artis tersebut waima ketibaannya  ke dalam ruang majlis disambut tepukan gemuruh ahli-ahli Hubmethod.

Untuk pengetahuan korang, Hubmethod adalah platform bagi sistem jualan produk secara dropship yang mampu menghasilkan pendapatan mencecah sehingga 4-5 angka kepada pengusahanya.

Kak Fas akan ceritakan lebih lanjut mengenai tujuan dan perancangan Hubmethod dalam halaman lain nanti ya.

Tetapi kenapa Anuar Zain dijemput Hubmethod? Untuk menghiburkan ahli-ahlinya ke, fikir hati.

Tup Tup... dengar pengumuman yang Anuar Zain membawa produknya sendiri untuk diserahkan kepada Hubmethod bagi menguruskan penjualannya. 

Produk yang dimaksudkan itu adalah #Allevier - By Anuar Zain' - serum kecantikan  yang kaya dengan bahan-bahan anti-oksiden- berasaskan tumbuh-tumbuhan  berfungsi meningkatkan proses regenerasi kulit, mencegah dan melambatkan proses penuaan sekali gus membantu kulit wajah menjadi lebih anjal waima mencerahkan tona kulit secara sekata.

Wow! Siapa sangka lelaki seperti Anuar Zain pun mahu  mengeluarkan produk kecantikan kan?

"Penampilan pertama sangat penting sebab itu kita harus menjaga kulit wajah dan saya pun tak sangka rupa-rupanya selama ini ramai juga lelaki yang guna serum. Jadi apabila idea untuk menghasilkan serum ini dibincangkan secara santai dengan kawan-kawan terdetik minat untuk menjadi rakan kongsi," cerita Anuar Zain yang mempunyai tiga rakan kongsi bersamanya.

Dua daripadanya yang hadir ketika itu, Hakim dan Amzry (kanan) sementara seorang lagi berada di luar negara.

Bercerita lebih lanjut, Anuar memberitahu nama #Allevier diinspirasikan daripada perkataan inggeris yang bermaksud 'alleviate' atau dalam bahasa mudahnya 'menaikkan'.

Sudah tentu Anuar bermaksud dengan serum ini ia mampu  menegang serta menganjalkan kulit wajah agar tampak berseri, putih dan awet muda.kan?

"Tujuan utama saya menghasilkan serum ini semata mahu berkongsi dengan peminat dan masyarakat luar supaya mereka kekal cantik," ujar Anuar.

Kerana itu dengan tagline 'Something to Share" (Sesuatu untuk Dikongsikan) Anuar Zain hanya meletakkan harga mampu milik RM100 (30ml),  walau pun diakui formula  dihasilkan melalui teknologi  berasal dari Nikkol, Jepun berkualiti tinggi.


Bahan-bahan premium yang terkandung hasil ekstrak beberapa ramuan terbaik antaranya seperti willowherb, lemon dan mentimun serta beberapa lagi intipati  yang mengandungi vitamin A, C, D, E dan B6.

Dengan  kandungan dan pakej setanding jenama antarabangsa, Anuar Zain berpendapat beliau tidak meletakkan harga tinggi dengan alasan mahu semua lapisan masyarakat memiliki dan mencubanya.

"Inilah produk yang saya mahu kongsikan bersama peminat dan orang ramai," tambah Anuar sambil memberitahu kulit wajahnya semakin cerah sejak mula menggunakan #Allevier lebih sebulan lalu.

Khabarnya. serum #Allevier ini telah dilancarkan di pasaran secara belian dalam talian pada 12 Disember lalu dan kehadiran Anuar Zain pada majlis Hubmethod sudah tentu mahu meletakkan #Allevier di bawah pengurusan platform jualan secara dropship itu.
ANUAR dan CEO Hubmethod, Encik Khairi Ariff.

Sebagai perancangan dan azam baru bagi tahun 2019, Anuar Zain memberitahu mahu memberi fokus pada penjualan produk #Allevier yang dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada suku pertama tahun hadapan.

Buat masa ini segala jualan dilakukan secara dalam talian. Info lanjut boleh layari www.allevier.my laman fb dan IG @alleviermy atau hubungi talian +60182555373 mahu pun melalui usahawan Hubmethod.

"Saya juga bercadang untuk mengadakan konsert dan menghasilkan lagu baharu apabila sudah menemui material yang terbaik," jelasnya.

Kak Fas: Tidak sangka dapat hadiah 'year end' terbaik dari Anuar Zain. Terima kasih daun keladi!

SELAMAT TAHUN BAHARU 2019!!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan