Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ZAHIRAH MACWILSON TERUJA SWAFOTO GUNA OPPO R17 PRO

Kak Fas rasa baharu je pada bulan September lalu, OPPO melancarkan edisi OPPO F9 'Starry Purple' bersama bintang popular, Ayda Jebat yang berlangsung dalam satu majlis glam di KL Live.

Kini, dalam tempoh singkat hadir pula edisi OPPO R17 Pro yang tidak kurang hebat majlis pelancarannya dilangsungkan pada sebelah malam, namun kali ini diadakan dibahagian 'roof top -wet deck' sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dan menariknya suasana disirami cahaya gemerlapan daripada menara berkembar Petronas yang tersergam indah sebagai 'backdrop', Sudah tentulah keadaan begini tidak dilepaskan oleh sesiapa termasuk Kak Fas untuk merakamkan gambar kenangan... haha...

Tetapi foto yang paling cantik tentulah gambar rakaman pelakon terkenal, Zahirah MacWilson yang merupakan salah seorang daripada squad selebriti pada majlis pelancaran OPPO R17 Pro ini. Dua yang lain terdiri daripada penyanyi Minchen serta gadis IT Chryseis Tan.

Jadi, apabila berada di majlis begini, sudah tentu Zahirah menjadi tumpuan media dan blogger dengan pelbagai pertanyaan khususnya berkaitan OPPO R17 Pro.

“Saya sentiasa percaya bahawa sebenarnya peminatlah yang mencipta bintang-bintang dan untuk menjadi salah seorang bintang sememangnya satu pengalaman yang hebat dan saya sangat bersyukur. Saya tidak pernah mengecewakan mereka untuk berswafoto bersama apatah lagi dengan OPPO R17 yang berupaya mengambil  foto dalam cahaya rendah menjadikan ia satu pengalaman penggambaran yang sempurna. Terima kasih kepada bukaan pintar f1.5/f2.4 dan penfokusan pada peggambaran mod ultra night. Saya boleh mengambil gambar-gambar yang baik tanpa perlu risau tentang betapa gelap keadaaan sekeliling," ujar Zahirah.

Membawakan elemen bintang ternama beliau dalam pelancaran kali ini, Minchen pula melahirkan keterujaan tentang reka bentuk canggih dan teknolgi terkini OPPO R17 Pro, terutamanya dengan pengecasan laju SuperVOOC yang  akan memasuki pasaran.

“Kerjaya saya memerlukan saya untuk sentiasa bergerak terutamanya untuk membuat persembahan dan menghadiri majis-majlis malah  pada masa yang sama juga saya perlu sentiasa berhubung dengan pasukan, peminat-peminat dan keluarga,  Kadang-kadang agak mengecewakan bila saya tidak mempunyai masa untuk menunggu telefon dicas sepenuhnya tetapi dengan pengecasan laju OPPO SuperVOOC, pengecasan dari 0-40% cuma mengambil masa 10 minit. Ini memang hebat kerana sekarang saya sentiasa dihubungkan dan tidak perlu risau tentang kehabisan bateri!”
Dengan kemunculan gabungan bintang-bintang dan personaliti-personaliti elit berkenaan, William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia mempunyai alasan kenapa OPPO memilih mereka. Katanya:

“OPPO sangat teruja untuk bekerja dengan seleriti-selebriti ini kerana mereka mewakili falsafah jenama kami. Mereka dikagumi oleh jutaan rakyat Malaysia dan disebalik kesibukan mereka, kita masih dapat melihat keceriaan mereka berinteraksi bersama para peminat. Ini yang membuatkan kami tertarik kepada mereka, dalam usaha berterusan kami menjadikan para pelanggan keutamaan kami. Setiap dari rekaan kami mempunyai keunikan tersendiri yang didatangkan dengan revolusi teknologi ekslusif untuk peminat-peminat, OPPO R17 Pro adalah telefon pintar yang menggabungkan nilai estetik tinggi dan seni pertukangan terkini.”

OPPO R17 Pro sudah sedia ditempah bermula dari 23 November 2018 lalu. samada di Kedai-kedai Konsep Rasmi OPPO atau dari kedai-kedai pengedar sah ataupun melalui laman web e-dagang Lazada, 11Street dan Shopee.

Para pengguna juga boleh terus ke Celcom Blue Cube, Senheng dan senQ sebagai pilihan. Bagi setiap tempahan, para pelanggan menerima seutas Olike Neo Sportband bernilai RM389 secara percuma. Bagaimana pun, harga jualannya adalah RM2,699!

Maklumat lanjut:

OPPO Official Website
https://www.oppo.com/my/smartphone-r17-pro/
OPPO Official Facebook Page
https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
Senheng Pre-order link
http://bit.ly/2qQD8qA
senQ Pre-order link
http://bit.ly/2KcLUYI









Tiada ulasan: