Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PASARAYA LULU TAWAR POTONGAN HARGA 50% HINGGA 1 JAN 2019


Tinggal kira-kira tiga hari lagi kita akan menyingkap ke Tahun Baru!

Apakah azam korang bagi tahun 2019 nanti? 

Sekiranya ingin mendiami rumah yang baharu dibeli sudah tentu memerlukan perbelanjaan banyak untuk memberli perabot dan barangan dapur kata orang kan. Jadi sudah tentu korang perlu berjimat dalam perbelanjaan walau pun tidak dapat memenuhi dengan lengkapnya kesemua hajat di hati.

Pun begitu, Kak Fas yakin korang pasti melayari laman web bagi mencari jualan murah, apa tah lagi pada hujung-hujung tahun ini yang tentu sekali banyak pusat jualan membuat 'sale'.

Jika ini tujuannya Kak Fas nak syorkan korang berbelanja di pasaraya Lulu atau lebih dikenali sebagai LuLu Hypermarket & Department Store yang berlokasi  di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.  Ala! dekat dengan kedai Jakel tu di Capsquare... haa.. dah nampak kan di mana?

PIX Kredt: Mahamahu.
Sejujurnya Kak Fas tidak pernah tahu wujudnya pasaraya LULU ini di sini al maklum Kak Fas jarang benar membeli-belah di kawasan tersebut kecuali di kawasan berdekatan rumah iaitu di Bangsar.

Dan apabila dijemput baru-baru ini untuk hadir meninjau promosi 'Jumbo Sale yang diaturkan oleh LULU.... alamak! terkejut pula rasanya ada sebuah pasaraya di tengah-tengah kota yang segalanya berada di bawah satu bumbung,

Lebih menarik lagi 'Jumbo Sale' yang berlangsung ketika itu hanya akan berjalan selama lima hari sahaja.

Ya ...hanya 5 hari sahaja bermula dari semalam (28hb) dan akan berakhir pada 1 Januari tahun hadapan. Bukan buka setahun tau hihi walau pun ia menyingkap ke kalendar baharu... 

Melalui jualan besar-besaran yang buat pertama kalinya dilakukan pihak pengurusan LULU, pelanggan berpeluang menikmati barangan yang diidakan selama ini pada harga tersangat runtuh.. Memang giler giler punya sale you alls.... Rugi kalau tak merebut peluang keemasan ini tau... ibarat putih mata lah tengok orang beli tv pintar UHD 43 inci, jenama LG dengan harga cuma RM1,449 daripada harga asalnya RM2,899. 





Tak berbaloi namanya huhu. Itu belum lagi barang elektrik lainnya. Malah apabila mata Kak Fas terpandang pada iklan tawaran potongan harga sebuah microwave jenama Sharp berharga RM164 mulalah sakit hati jadinya.

Betapa tidak Kak Fas baharu sahaja membeli microwave jenama sama pada harga potongan RM209 daripada harga asalnya RM329. Walau pun pada masa membelinya harga RM209 itu yang terbaik ketika itu tetapi di LULU harganya lebih rendah.

Emm.... tak apa lah nasi dah menjadi bubur haha...nak tenangkan jiwa hati sempat berbisik 'tak apa rugi RM45 aje' hihi...

Apa pun apabila ke pasaraya yang mempunyai pelbagai barangan di bawah satu bumbung seperti LULU ini Kak Fas akan tinjau terlebih dahulu pada lantai yang memuatkan produk elektrik serta kelengkapan rumah.

Sebab Kak Fas ini memang suka tengok dan bezakan harga produk-produk IT dan gadget serta kelengkapan dapur.

Bagi sesiapa yang sedang mencari telefon bimbit jenama terkenal seperti Apple contohnya bolehlah segera ke LULU sebab harga potongannya memang menarik.


Kak Fas sempat membeli set periuk 'non stick - 7 piece' yang memang murah giler. Tak percaya pergilah lah ke LULU, Kak Fas jamin korang pun akan rambang mata seperti Kak Fas.

Tahun Baru CIna pun tak lama lagi kan... bolehlah kaum Tionghua membeli-belah awal di sini dan simpankan nya untuk menghias rumah bagi menyambut perayaan yang akan berlangsung pada awal Februari tahun depan ya tak.

Selama lima hari ini LULU menawarkan  dua promosi  di mana selain JUMBO SALE dengan potongan 50% ada juga jualan pada diskaun rata 50%  yang hanya sah terpakai pada semua barangan fesyen khas untuk wanita, lelaki & kanak-kanak serta bayi yang dikeluarkan oleh LULU antaranya seperti Tag Basic, Tag Rider, Eten, John Louis, Arezzo, Cortigiani dan banyak lagi lah. 

Bagi kaum wanita belum lagi tengok harga bag tangan, kasut, baju dan aksesori. Memang terpegunlah... Kaum bapa sila bersabar ya.. bila isteri lambat pulang.
KAK Fas dah banyak sangat bag kalau tak mesti beli ini.
Tetapi Kak Fas percaya jika suami pun ikut sama membeli-belah mereka juga akan berkeliaran lama pada bahagian lelaki. Kasut-kasut murah cantik belaka...rugi tau jika biar isteri sahaja shopping huhu....

Tetapi yang penting bawa duit banyak-banyak atau kad kredit ke debit ke...sebab Kak Fas percaya korang tidak akan pulang kosong punya.


Pada bahagian 'supermarket' yang terletak di lantai utama pun sudah tentu tidak mahu ketinggalan. Kak Fas turut membeli barangan dapur di situ....

Ambil punya ambil tak perasan pun dah melebihi bajet tetapi tak apa lah memang berbaloi. Sudah tentu sebelum berakhirnya jualan JUMBO SALE ini pada 1 Januari 2019 Kak Fas akan datang lagi... "LULU Aku Datang" hihi... macam tajuk filem itu "Istanbul Aku Datang" kan haha!




Pendekan cerita Kak Fas layar kan beberapa keping gambar untuk korang teruja nak shopping kat LULU Hypermarket & Department Store yang hanya satu-satunya pasaraya milik Lulu Group International ini di Kuala Lumpur. Biar gambar ini yang bercerita dengan sendirinya ya....

 

Pasaraya LULU diasaskan oleh usahawan dari India, M.A. Yusuff Ali pada tahun 2000 dengan ibu pejabatnya terletak di Abu Dhabi dan kini mempunyai 157 buah pasaraya seluruh dunia terutamanya di negara Timur Tengah.

Nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah LULU bolehlah KLIK DI SINI.

Apa pun bab promosi jualan harga Jumbo ini boleh layari:



Nah sedikit #snippets video untuk anda menonton apa produk yang dijual di LULU ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan