Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SADDAM BERGELAR LELAKI PALING 'TOUGH' KALAHKAN LIMA PESERTA RANTAU ASIA

Selepas berbulan-bulan mencari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam… akhirnya juara pertandingan  R U Tough Enough SEA? terjawab pada pertandingan peringkat akhir yang  berlangsung di Sunway Pyramid baru-baru ini!

Siapa kah gerangannya?

Ya… Malaysia menjuarai pertandingan untuk mencari lelaki paling gagah dan tahan lasak dengan kemenangan berpihak kepada pegawai tentera, Mohd Saddam b Mohd Pittli, 27, sekali gus membawa pulang wang tunai US$15,000 dan diisytiharkan sebagai juara ‘R U Tough Enough Asia Tenggara’.

Barangkali kerjaya sebagai seorang pegawai tentera yang sudah tentu berjiwa kental membantu Saddam untuk bergelar lelaki paling gagah Asia Tenggara mengalahkan saingannya, Fahri  dari Indonesia.

Ya lah jika dibandingkan kedua kerjaya mereka ini sudah tentu Saddam sebagai seorang pegawai tentera lebih cekal dan kuat berbanding Fahri yang merupakan seorang jurulatih tarian ‘breakdance’…

Namun mengulas kemenangannya Saddam sempat berkata:

“Sebenarnya, kesemua 22 orang finalis hebat-hebat belaka cuma stretegi masing-masing jadi penentu kemenangan dan alhamdullilah saya berjaya mengatasi Fahri dengan perbezaan empat saat sahaja,” ujar Saddam ketika ditemui.

Dalam pertandingan tersebut, Saddam menitikberatkan soal penalti waima dari segi kelajuan katanya semua peserta hebat belaka jadi untuk mengutip mata beliau perlu elak daripada terkena penalti.

Selain Saddam empat  peserta akhir dari pelbagai latar belakang dipilih secara khusus untuk mewakili Malaysia, iaitu: Vincent Mallang, 25 - Jurulatih kecergasan dan pemenang R U Tough Enough 2017;  Priya Naidu, 30 - pelatih kecergasan, Syarif Nurhidayat bin Muzhaimey, 20,  pemain jurulatih dan pemain ragbi peribadi; Teh Wai Kit, 21 yang merupakan seorang Chef. Wah chef sado gitu…!

Namun  di antara mereka itu, rezeki berpihak kepada Saddam  di mana beliau berjaya sebagai dua finalis terbaik untuk bersaing dengan Fahri dari Indonesia pada peringkat akhir.

Selepas ini ke mana hala tuju Saddam dengan wang kemenangan?

Menjawab persoalan itu, katanya, “Saya bercadang mengadakan boot camp untuk warga obesiti yang mahu menurunkan berat badan. Untuk itu saya akan menambahkan lagi pembelian peralatan sukan dengan wang kemenangan."

Jadi korang yang sedang nak turunkan berat badan tu nantikan berita baik dari Saddam ya….!

Menurut Saddam, setiap kali memenangi sebarang pertandingan beliau akan menggunakan wang kemenangan untuk membeli peralatan.

"Kali ini, saya akan membeli sebuah threadmill untuk ditempatkan di rumah agar kami sekeluarga boleh membuat latihan kecergasan diri,” tambah Saddam yang sentiasa mendapat sokongan isteri tercinta, Nurzamah Mat Husin yang juga berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Di samping itu Saddam berharap dengan gelaran dan kemenangan yang diperoleh serta usahanya selama ini mendapat perhatian  Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar  diberi peluang untuk menjalani latihan secara professional melalui Majlis Sukan Negara.

Sebelum ini Saddam telah banyak kali menyertai pertandingan Spartan mahu pun larian mewakili Malaysia ke serata dunia dan memenangi beberapa anugerah.

“Selepas ini saya akan memberi tumpuan untuk menyertai Spartan Race di Singapura tahun hadapan,” tambah ayah kepada Mohd Shahid, 2,  mengakhiri perbualan bersama Kak Fas.

#RU Tough Enough? Southeast Asia  yang mula diperkenalkan pada tahun 2014, dianjurkan oleh Fisherman's Friend dan KIX HD dengan sokongan daripada Sunway Pyramid, Celebrity Fitness, Dorsett Grand Subang dan Astro selaku penyiar rasmi.



Tiada ulasan: