Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HARUMAN SYAHIRAH MYSTIQUE SELEMBUT BAYU

Siapa yang tidak suka pewangi? Rasanya sebilangan besar daripada kita sukakan wangian apatah lagi jika berada di iklim yang panas dan berpeluh, semburan pewangi mampu menyegarkan kembali keyakinan diri. 

Malah haruman memukau mampu melonjakkan rasa ceria dan menggamit ingatan indah, inilah intipati 'Vitalis Mystique Eau De Cologne ,’ wangian terbaru daripada Syahirah.

Memandangkan Kak Fas memang suka menyimpan dan memiliki pewangi, undangan untuk hadir menyaksikan pelancaran eau de cologne terbaharu daripada Syahirah tidak dilepaskan.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruang majlis yang berlangsung di Worq, Glo Damansara yang harum bauannya, Kak Fas turut terleka dan terpegun dengan dekorasi sekeliling, 

Cukup indah dan eksklusif sekali diterangi cahaya lampu dari celah-celah pepohon flora waima suasana yang mengikut elemen mistik yang ingin ditampilkan terserlah pada topeng muka berkilauan yang diberi pada setiap tetamu termasuk dua selebriti yang merupakan bekas pelajar AF 2016, Fiza Thomas serta Jasper Supayah.yang diundang sebagai jurucakap Syahirah Mystique.
FIZA dan Jasper,.. jurucakap Syahirah Vitalis Mistique. Pix Megatz,
Ironinya topeng itu adalah cerminan Syahirah Vitalis Mystique yang mahu ditonjolkan oleh varian itu.



















Seunik namanya, Vitalis Mystique mengambil ciri istimewa Pulau Hawaii yang sangat terkenal dengan keindahan dan keunikan budayanya yang secara tidak lansung merakam senario kehangatan pulau di lautan Pasifik itu, yang pastinya mengukir memori indah untuk sesiapa saja yang berada di situ.

Membaca ciri tersebut terus membawa ingatan Kak Fas ketika berada di Hawai beberapa tahun dahulu. Sudah tentulah ketika itu belum ada Syahirah Mystique kan haha tetapi rona biru yang ditampilkan pada botol menyamai keindahan lautan biru Pulau Hawaii.

Melalui semburan selembut bayi, Syahirah Vitalis Mystique dirumus istimewa untuk figura muslimah moden, ranggi, bijak dan mempesona serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua aktiviti yang dilakukan namun tetap anggun dalam penampilan walau pun mengembara jauh ke pulau peranginan untuk menyahut aktiviti lautan,


Sesungguhnya, pelancaran haruman Syahirah Vitalis Mystique menepati masanya di mana kini ketika musim persekolahan tentu sekali ramai yang bercuti ke luar negara.

Cetusan inspirasi kehangatan ibu kota penuh ceria, berani dan luar biasa seperti Honolulu, Hawaii di Amerika Syarikat yang bermaksud 'tempat yang terlindung' menepati intipati Mystique yang mahukan pemakainya menikmati setiap aktiviti menarik di Pulau Oahu, Pantai Wakiki atau pun di Taman Botani Lyon Arboretum dengan rasa segar sepanjang waktu.

Sambil berjalan menghayati karya seni kreatif di Honolulu Museum of Art atau pun pelajari ciri kebudayaan dan peninggalan sejarahnya di Museum Bishop Hawaii, haruman Syahirah Vitalis Mystique yang tahan lama mampu mengekalkan ketrampilan peribadi anda.

Apatah lagi jika berjalan lama untuk membeli-belah di Moana Shopping Centre, pusat membeli belah berkonsep terbuka yang terbesar di dunia bersedia mencipta penalaman baru untuk anda rasai.

Malah dengan haruman yang masih kekal, anda juga boleh terus menikmati keindahan Daimond Head, spot kawah volkanik yang tercantik di Oahu,

Barangkali ini mencetuskan idea kenapa wangian Syahirah Vitalis Mystique ini berada dalam balang kaca biru gelap merah ala kristal bagi meraikan misteri alam  yang indah.

Jika korang nak tahu, Vitalis Mystique EDC diilhamkan dengan tiga komposisi nota utama iaitu daripada kemanisan buah rasberi, keharuman bungaan peony dan kehangatan aroma musky yang menyuntik tenaga berbeza sebaik sahaja semburan pertama dikenakan. 


Merupakan varian  terbaharu di dalam rangkaian haruman Syahirah Vitalis yang mana sebelum ini didatangkan dalam enam (6) jenis haruman yang berbeza aroma dan gabungan warna binkisan yang bersesuaian dengan setiap diri feminin wanita, antaranya:

Haute Couture: Dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanila, mencetuskan aroma manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah sepanjang masa.

Femme Chic: Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual diri anda. Rumusan buah beri dan bungaan sensual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari.

Celebrite: Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Florientl Fruity seperti jasmin dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria, berani dan positif.

Manifique: Dibaluti denan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lily dan vanila, ia membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang cukup feminin dan manis.

Empress: Adunan beberapa haruman mewah, menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk anda terus bersemangat melalui hari yan positif.

Dazzling: Serlahkan kegembiraan anda dengan mencipta memori manis menerusi semburan haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanila dance darwood agar haruman melekat mesra untuk bau yang kekal lama.

Kak Fas dah bau kesemua enam haruman yang tersedia dan boleh dikatakan Kak Fas jatuh hati dengan haruman kesemuanya. Kalau boleh nak bergilir cuba satu-satu setiap hari dan tengok respon atau reaksi kawan-kawan yang tegur mana satu haruman yang paling disukai mereka.

Jika anda mahu menghidu mana satu varian yang melambangkan peribadi anda boleh sahaja memperolehnya dengan harga runcit RM19.90 di semua  rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar terpilih.

Tetapi kenalah cepat sebab produk ini merupakan edisi terhad dan mula dijual dari November sehingga Disember 2018 sempena sambutan Tahun Baru yang bakal menjelang tiba.

Untuk maklumat Ianjut, sila layari laman web rasmi www.syahirah.com.my.
FB: Syahirah Malaysia
IG: @syahirahmalaysia




#SyahirahVitalis #SyahirahEauDeCologne

Tiada ulasan:

Catat Ulasan