Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHIHALENS KINI ADA DI LIGHTBULB SOGO KL


Bagi pelanggan yang sering membeli-belah ke SOGO KL, apabila tiba di aras 3 sudah pasti tidak terlepas daripada pandangan ruang yang dimiliki produk berjenama di bawah urusniaga Lightbulb.

Apa itu lightbulb?

Ok lah bagi mereka yang masih belum mengenali Lightbulb, ia adalah  ruang jenama bagi jualan pelbagai produk  tech, gadget dan gaya hidup terletak di tingkat 3, pusat membeli-belah SOGO KL.

Kak Fas mula mengenali #lightbulbs.my ini ketika  diperkenalkan oleh pengasasnya, Andre Lim (pix atas, kiri) apabila beliau melancarkan pewangi jenama Josh Lee pada bulan Disember tahun lalu.

Dan pada bulan yang sama Disember ini genap setahun, Andre Lim tampil sekali lagi mengundang pihak media dan bloggers melalui Pegawai Eksekutif Komunikasi SOGO, Ikhsan Ismail (kiri) ke acara memperkenalkan pula produk milik penyanyi yang terkenal dengan panggilan Shiha Zikir, 31, atau nama sebenarnya Nurshiha binti Mohd Zikir iaitu #shihalens.

Ya… bekas pelajar program realiti AF3 dan Mentor5 di bawah bimbingan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini ini sudah pun memiliki produknya tersendiri di bawah label #shihalens iaitu kanta lekap.

Jika selama ini pengguna perlu mendapatkan #shilalens melalui pembelian dalam talian, kini dengan kerjasama yang diberikan oleh Andre, produk milik penyanyi tempat ke 3 D’Academy Asia 2015  ini sudah boleh dibeli melalui ruang Lightbulb di SOGO KL.

Seperti biasanya promosi jualan yang dilangsungkan dihiburkan dengan persembahan santai oleh Shiha dan artis di bawah labelnya Szentertainment iaitu bekas peserta AF9, Kay Khaidir (kiri) yang membawa lagu singlenya ‘Bukan Bahagiaku”. Juga ditampilkan kakak Shiha iaitu Ieda Majed aka iedazikir (kanan).

Bercakap lanjut mengenai produk kanta lekap kosmetik Shihalens, Shiha memberitahu ada 10 warna yang dikeluarkan bagi pilihan antara nya seperti 'fantasy green', 'dolly blue' atau nak nampak seksi boleh cuba  rona 'sexy mint' dengan harga RM39 dan RM55.

Jadi korang yang nak mata cantik bersinar-sinar bolehlah cuba kanta lekap kosmetik Shihalens ini ya.

Jika nak jadi ejen jualan pun boleh tau. Dapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian atau nak menjadi stokis  melalui watsapp talian +60162056091. atau layari laman sosial facebook @shihazikirlens serta IG  @shihalens.


#lightbulbs.my #shihalens #sogokl

Tiada ulasan: