Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DDK KEMBANGKAN SAYAP MENYEBERANGI SINGAPURA

PENGASAS dan peneraju DDK - (Dari kiri) - Nurshuhada, Azrainuddin dan Nur Ezdiani di Singapura baru-baru ini.

GAGAL – Lima abjad yang Kak Fas percaya semua orang takut mendengar perkataan itu. Ya lah siapa mahu GAGAL dalam hidup, Gagal peperiksaan, Gagal bercinta dan banyak lagilah kegagalan yang melanda manusia.

Namun bagi pasangan muda ini,  Dato  Azrainuddin Zainal atau lebih dikenali dengan panggilan Dato Arai Ezzra (tengah)  dan isteri Datin Nur Ezdiani Baharoddin (kanan) perkataaan GAGAL tidak wujud dalam kamus kehidupan mereka.

Dalam mengharungi dunia perniagaan pasangan ini tidak mahu kegagalan melemahkan semangat mereka bahkan mahu menjadikan ‘Kegagalan itu pintu Kejayaan’.

Barangkali itulah resipi kejayaan ibu dan ayah kepada empat orang cahaya mata ini  apabila mereka tidak menjadikan kegagalan itu sebagai racun berbisa tetapi melihatnya sebagai senjata atau perisai untuk melawan segala bentuk  halangan.

Bagi netizen yang mengenali Arai dan Yanie sudah tentu maklum mengenai kecekalan semangat keduanya dalam menerokai sebuah bidang yang sukar dipercayai masyarakat khususnya dalam  teknologi blockchain dan mata wang digital.

Tidak penat disoal siasat malah ditahan beberapa kali sekali pun, pasangan suami isteri ini tak mengenal erti putus asa untuk terus membuka mata masyarakat khususnya generasi Y yang kini bijak IT serta tekonologi canggih mengenai masa hadapan wang digital.

“Macam juga internet, dulu orang tak berapa nak percaya tetapi hari ini internet sudah menjadi sebahagian daripada kamus hidup seharian kita,” teringat kata-kata Dato Arai suatu ketika dahulu.

Cuma nak mengajar mereka yang terpelajar itulah yang menjadi masalah waima menyakinkan ramai yang rambut sama hitam tetapi hati dan citarasa berlainan pun menyukarkan.

Kak Fas pernah menulis mengenai harapan dan cabaran yang dilalui mereka sebelum ini. 

Apa kata anda ‘flashback’ seketika dan klik HALAMAN ini. Jadi tidak perlu lah Kak Fas nak ulang semula bagaimana mereka berdua  mengasaskan teknologi blockchain di Malaysia melalui syarikat BCMY Pte. Ltd (BCMY).

Kak Fas juga ingat  kata-kata harapan Arai dan isterinya untuk mengemukakan cadangan  mewujudkan teknologi blockchain dan  sistem ‘cashless society’ kepada tampuk kepimpinan Negara di bawah nama Malaysia Baharu.

Apa kesudahannya?



“Usaha itu masih dalam perbincangan dan harapan itu cerah cuma memakan sedikit masa yang lama untuk pihak Kerajaan menelitinya,” jawab Arai sewaktu ditemui di majlis SImposium “DDK Trusted Delegates 2018' yang berlangsung di Marina Square, Singapura baru-baru ini.

Seramai kira-kira 500 delegasi dari lebih 10 buah Negara meliputi antaranya Filipina, Indonesia, Jepun, Vietnam, Thailand, Cambodia, Myanmar, USA, Ukraine, Singapura, Pakistan  dan tentu sekali Malaysia menghadirinya.
Inilah yang dikatakan, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’  berbekalkan misi utama untuk memperkenal dengan lebih lanjut  teknologi DDK dan projek-projek yang bakal dilaksanakan.

“DDK is ready to conquer the world,” itu tagline dan harapan yang diluahkan kepada hadirin oleh Datin Ezdiani atau lebih mesra disapa Yanie pada ucapan  aluannya yang menerima sorakan serta tepukan gemuruh ramai. Turut hadir CEO DDK, Nurshuhada Zainal.

Walau pun sudah lebih dua tahun usaha tersebut dijalankan dan Negara tumpah darahnya sendiri masih belum diyakini sepenuhnya, Arai dan Yanie harap dengan penerimaan dan sambutan dari negara-negara luar ia mampu menyakinkan netizen bahawa sistem blockchain dan wang digital adalah peneraju  masa depan Negara maju.

Untuk pengetahuan anda yang baru mengenali apa itu DDK?

DDK merupakan mata wang kripto (cryptocurrency) yang dibangunkan untuk lebih berdaya saing de­ngan mata wang digital lain.

Berbeza dengan Bitcoin, pasaran DDK terhad untuk negara sekitar Asia sahaja dengan harga lantai dibuka pada kadar USD190 per unit.

Sejujurnya Kak Fas yang suatu ketika dahulu tidak pernah mengenali apa itu bitcoin, blockchain dan segala istilah wang digital ini sudah memahaminya sedikit sebanyak dan faham tujuan kenapa sistem ini bermanfaat dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja ‘decentralized’ dan telus  malah boleh dicapai di hujung jari tanpa melalui prosedur perbankan bahkan satu dunia boleh mengakseskannya tanpa sempadan.

Mungkin selepas ini Dato dan Datin kena anjurkan bengkel untuk media mengenali secara dekat bagaimana nak menguruskan perihal mata wang digital ini dengan menyediakan satu koin pada setiap seorang sebagai langkah awal…ya tak? Haha …. Baharulah senang bercerita lanjut!

Apa pun melalui simposium yang berlangsung sehari suntuk selama lebih kurang 8 jam, para delegasi dan sub delegasi yang dipercayai, diperkenalkan kepada sistem blockchains.my dan team pemaju DDK dengan tujuan memberikan pendidikan serta mewujudkan kesedaran mengenai bahagian teknikal BCMY dan DDK.

Ia juga sebagai langkah memberi pemahaman dan pengetahuan lebih mendalam mengenai pembangunan teknikal dan kemajuan projek DDK sekali gus mengemaskini perancangan perniagaan strategik BCMY.
Team dari Indonesia dan di bawah dari Jepun.

Agak menarik mendengar lontaran daripada delegasi 5 buah Negara yang menyertai sesi bisnes ‘pitching’ di mana dalam masa singkat mereka mampu melontarkan cadangan menarik  yang di luar kotak pemikiran kita malah tidak mustahil di laksanakan.

Delegasi yang terlibat dalam sesi ‘pitchng’ berkenaan terdiri daripada kumpulan dari Malaysia, Jepun, Indonesia, Filipina dan  Singapura.
KUMPULAN dari Malaysia (atas) dan Vietnam melontarkan cadangan masing-masing.


Dalam pada itu, kemuncak simposium menyaksikan majlis menandatangani MoU oleh DDK bersama sebuah syarikat penukar global terbesar  di Singapura yang bekerjasama sebagai platform pencairan ke bank2 berdaftar di dunia.

Pendekata, dengan memeterainya perjanjian yang ditandatangani oleh Nurshuhada bersama syarikat berkenaan, ia mengorak langkah pertama untuk DDK Platform menjadi satu2nya ‘crypto currency’ ciptaan anak Malaysia yang mampu menempatkan diri di mata dunia crypto.

“Apabila platform matawang kripto  ini (DDK) berada di dalam genggaman firm penukar global itu, ia bermakna matawang ini telah menempatkan diri di bursa kripto pasaran dunia dan harapan kami ia tersenarai dalam 20 yang terbaik,” ujar Arai.




Iya lah kadangkala manusia ini perlu diberikan contoh terlebih dahulu bak kata pepatah ‘ 'gajah di hadapan mata tak nampak tetapi kuman di seberang lautan nampak’.

Semoga hasrat murni  Arai dan Yanie beroleh kejayaan dan dipermudahkan tanpa ada lagi halangan berbangkit daripada golongan hasad dengki serta pak chik atau mak chik bawang yang menyifatkan platform wang digital ini sekadar skim cepat kaya atau ‘scam’ semata-mata dan tidak boleh dipercayai.

Apa pun ‘tepuk dada tanya selera” dan jangan pula ‘putih mata’ apabila melihat kejayaan sistem ini suatu hari nanti apatah lagi dengan kewujudan Yayasan DDK yang kini sedang giat dilaksanakan.



GAMBAR Kenangan bersama piha media dan bloggers yang hadir ke Simposium DDK di Singapura baru-baru ini.

Tiada ulasan: