Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HUBMETHOD SASAR 10,000 AHLI AKTIF, JUALAN RM5J

ANUAR ZAIN bersama Khairi Ariff dari Hubmethod.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2019!


Salam semua,

Sempena kalendar baharu ini Kak Fas pasti korang semua menyimpan azam baharu atau pun menyambung azam tahun lalu yang masih belum tercapai.

Bagi yang sudah tercapai tu Alhamdullillah! Kita harus bersyukur kepada Allah yang telah memperkenankan azam lalu.

Jadi, bagaimana pula untuk sepanjang tahun 2019 ini? Adakah anda mahu terus maju dan berjaya? Rasanya untuk jawapan itu sudah pasti semua akan menganggukkan kepala tanda 'Ya' betul tak?

Hanya yang tidak waras sahaja yang akan kata "Tidak". 

Sempena tahun baharu ini sekiranya anda mahu mengubah haluan atau pun menambah pendapatan mungkin Kak Fas boleh memberikan jalannya. 

Sebagai bekas wartawan Utusan yang sekarang ini sudah beralih kepada penulusan dalam blog, Kak Fas hanya dapat berkongsikan kepada anda semua berita dan cerita yang berlaku sekeliling.

Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Hari ini Kak Fas nak berkongsi cerita kepada mereka yang  minat berniaga. Mungkin ada di antara anda yang sedang tercari-cari apa jenis perniagaan yang sesuai atau pun produk dah ada tetapi bagaimana mahu memasarkannya?

Sebenarnya banyak juga kalangan cerdik pandai yang berkecimpung dalam platform e-dagang. Cuma nak mencari yang terbaik itu sahaja menjadi persoalannya.

Kak Fas pun bukanlah bijak mana untuk memberikan panduan namun baru-baru ini Kak Fas diperkenalkan kepada sebuah team yang menggelarkan sistem perniagaan mereka sebagai 'Hubmethod'.

Mula-mula Kak Fas pun agak blur juga apa sebenarnya 'Hubmethod' ini almaklum Kak Fas bukan orang berniaga.

Jadi sebaiknya sebelum Kak Fas bercerita lanjut elok juga Kak Fas 'story' sikit secara ringkas apa itu 'Hubmethod' buat pencerahan kalian yang mungkin sama bingung seperti Kak Fas, kecualilah yang dah berjinak-jinak dan tahu akan kewujudan 'Hubmethod' ini.

'Hubmethod" adalah sistem pemasaran produk secara dropship dinamik dan efektik waima mampu menghasilkan pendapatan lumayan kepada pengusahanya.

Ditubuhkan pada bulan Mei 2017, Hubmethod bertujuan membantu orang ramai menjana pendapatan dengan cara mengajar mereka  menjalankan bisnes secara dalam talian mahu pun 'offline'.



"Dengan 1,000 ahli berdaftar kini, Hubmethod mensasarkan untuk memperoleh kira-kira 10,000 ejen aktif pada tahun ini dengan jumlah penjualan RM5 juta sebulan," ujar Encik Mohd Azman Omar, 28, rakan kongsi HubMethod yang bekerja keras di samping Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Khairi Ariff.

Buat masa ini, Hubmethod mempunyai 11 produk di dalam platformnya meliputi produk kecantikan dan kesihatan antaranya Green Cofftea, B-Jaga dan juga produk mengurangkan sakit lutut seperti Jus Tigas.

Terbaharu, ada produk kejutan milik seorang artis!
Siapa artis tu? 

Rata-rata usahawan yang diraikan pada majlis appresiasi Hotmethod yang diadakan baru-baru ini di Shah Alam pun tidak diberitahu siapa gerangan artis yang akan hadir dan apa pula yang akan dibawanya?

Ia rahsia yang disimpan sehinggalah muncul pelantun lagu "Lelaki Ini"... siapa lagi jika bukan Anuar Zain.

Apa? Anuar Zain datang nak menghiburkan ahli-ahli semua ke? 

Barangkali itu pertanyaan hadirin tetapi ternyata sangkaan itu melesit apabila kehadiran Anuar membawa bersamanya produk pertama keluarannya, iaitu serum kecantikan yang dinamakan #Allevier.


ANUAR Zain dan produknya #allevier.

Siapa sangka Anuar Zain kini pengusaha produk kecantikan ya tak? 


Tetapi itulah hakikatnya dan dengan produknya itu, Anuar memberikan kepercayaan kepada Hubmethod untuk memasarkannya.

"Allevier hanya dijual secara dalam talian," ujar Anuar seraya mendapat tepukan gemuruh ahli-ahli Hubmethod.  Sila BACA INI  untuk info lanjut mengenai #Allevier by Anuar Zain' ini.

Menurut Azman, selain produk #Allevier, tahun 2019 akan menyaksikan lebih ramai artis tampil untuk bekerjasama dengan Hubmethod dalam memasarkan produk mereka. 

"Tunggu sahaja lah," tambahnya.

Dan bagi para usahawan baharu yang sudah ada produk tetapi tidak tahu selok belok berniaga secara dalam talian bolehlah dapatkah khidmat Hubmethod.

Dengan hanya yuran RM100, ahli-ahli  akan diajar dari A hingga Z seperti membuat 'zero kos marketing' mahu pun cara iklan berbayar melalui facebook ads.

Malah kata, Azman, ahli-ahli yang dikenali sebagai 'share partner' atau ejen akan diberikan latihan bagaimana membuat pesanan,menjejak pesanan,laporan bonus, jualan dan beberapa lagi aspek yang dapat memberi kemudahan dalam sistem jualan e-dagang.

"Kami adakan  kelas setiap minggu kepada ahli-ahli dengan tujuan untuk memantapkan pengetahuan mereka sekal gus mendapatkan pandangan serta cadangan bagi menjadikan Hubmethod semakin berjaya dan lestari," harapan Azman.

Dalam pada itu, korang mesti tertanya-tanya juga kan bagaimana 'share partner' atau ejen boleh memperoleh pendapatan 5 angka melalui Hubmethod?

Jelas Azman, ia diperoleh melalui komisyen sehingga lebih 50%, bonus rekret ejen serta bonus 'overriding' setinggi 25% termasuk bonus pencapaian dan banyak lagi.

Mendengar penjelasan yang dinyatakan banyak sebenarnya manfaat diperoleh ahli-ahli Hubmethod dan buktinya tentulah pemberian 'bonus' yang diterima usahawan-usahawan yang hadir pada majlis petang itu.

Bayangkan banyak mana duit 'extra' yang dapat anda peroleh tanpa perlu berhenti kerja? 

Jadi jika berminat sertai Hubmethod  atau mendapatkan info lanjut elok lah layari  laman facebook #hubmethod  #berjuanglah terlebih dahulu.

Mana tahu tahun 2019 akan membawa rezeki berganda kepada semua yang tidak gentar dengan cabaran dan mahu menjadi usahawan berjaya!



Tags #hubmethod #allevier #alleviermy @hubmethod_official @anuarzain70.












Tiada ulasan: