Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KONSERT 3 SUARA' JELAJAH KE IPOH 6 APRIL DEPAN


Dari dahulu, sekarang dan selamanya, Kak Fas memang suka mendengar lagu-lagu nyanyian Dato Jamal Abdillah. 

Dia antara penyanyi bersuara emas yang merdu  halwa telinga mendengar malah  tiada tandingannya sekali pun ada yang cuba menirunya. Suara Jamal ada keistimewaannya yang tersendiri.

Antara lagu-lagu kegemaran Kak Fas sehingga sekarang malah tidak jemu mendengarnya meliputi ‘Derita Cinta”, “Takdir Penentu Segalanya”, “Penghujung Rindu” dan beberapa lagi lagu khususnya ciptaan komposer terkenal, Ahmad Nawab.

Atas hakikat itu, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wartawan, setiap kali mendapat undangan ke majlis yang melibatkan kehadiran Jamal Abdillah, Kak Fas akan pastikan tidak melepaskannya.

Kali terakhir Kak Fas bekesempatan bertemu dan mewawancara Jamal ketika bercakap mengenai Konsert Duo Lagenda pada bulan lalu yang berlangsung di Istana Budaya berganding dengan rakan seperjuangannya, Datuk M.Nasir serta penyanyi undangan, Cassidy La Creme.



Peristiwa itu berlaku lebih kurang sebulan lalu,  terbaharu Jamal kembali sekali lagi dengan buah tangan sama seperti yang dipersembahkan di pentas Istana Budaya dua tahun lalu iaitu ‘Konsert 3 Suara  - Jamal, Ameng Spring & Zamani Slam’.

Jika ada yang tidak berpeluang menyaksikannya dua tahun lalu, ini peluang yang ditunggu-tunggukan kerana konsert seumpama akan dipentaskan sekali lagi namun kali ini dilangsungkan di negeri tumpahna darah Jamal sendiri, Perak.

Memilih Stadium Indera Mulia di Ipoh, Konsert 3 Suara dijadualkan berlangsung satu malam sahaja pada 6 April 2019 bermula jam 8.30 malam hingga 11 malam.

Konsert merupakan kemuncak karnival Festival Seni Perak 2019 di mana sepanjang sehari suntuk bernula seawal pukul 8 pagi hingga 8 malam, pengunjung boleh melayan beberapa aktiviti atau pun menjamu mata dan selera pada beberapa gerai yang disediakan.

Antara aktivitinya termasuk Zumba, Street Futsal, Sukan Rakyat, Pertandingan Karaoke lagu Datuk Jamal Abdillah, Zamani dan Ameng, pertandingan motor Vespa, klasik dan Harley Davidson serta Buskers.

Turut disediakan di tapak gerai jualan adalah Food Truck, Car Boot Sales, Pameran Lamborghini, Jualan Pra Raya Aidil Fitri dan tidak ketinggalan booth ‘Awareness” dari PENGASIH Amanjaya, Gopeng, Perak.

Mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perak, Konsert 3 Suara untuk kali ini memberikan kebebasan setiap penyanyi memilih lagu pilihan sendiri berbanding yang ditetapkan di konsert di Istana Budaya dua tahun lalu.

“Kebanyakan lagu-lagu yang akan kami bawakan sudah tentu lagu-lagu popular kerana itulah yang mahu didengar peminat,” ujar Jamal selaku Pengarah Urusan  Binjmal Event Sdn Bhd ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert 3 Suara di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan cek sebanyak RM20,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH) hasil daripada Konsert Duo Lagenda baru-baru ini.

Selain persembahan tiga penyanyi otai ini, Jamal turut mengundang anaknya, Osama Yamani dan kumpulan Radiowave yang dianggotai oleh dua orang anak saudaranya, iaitu anak kepada Jamilul Hayat.
OSAMA (dua dari kanan) berama kumpulan Radiowave. Foto: Wan Khairun Najmi.
Betul lah, jika bukan ayah yang membantu kerjaya anak, siapa lagi kan apatah lagi Osama memang berbakat seperti Jamal malah  beliau peminat nombor satu Jamal. Vokal nyanyiannya pun seakan Jamal.

Miungkin kah anak keduanya, Ahmad Zaki akan mengikuti jejak langkah yang sama dalam bidang seni?

“Saya teringin melihat Ahmad Zaki membesar sebagai seorang Mufti, seorang yang mulia dan tertinggi darjatnya di kalangan masyarakat,” harapan Jamal.

Kerana itu khabarnya Jamal telah memindahkan Ahmad Zaki daripada sekolah antarabangsa ke sebuah sekolah islamik bagi mendalamai ilmu keagamaan,.

Pun begitu, Jamal akur tidak mahu terlalu mendesak anak keduanya itu agar mengikut acuannya kerana segalanya bergantung jika dia berminat tanpa paksaan.

“Tetapi itulah harapan saya semoga ada yang mengikut jejak ayah yang berilmu dalam keagamaan,” harapan Jamal.
Kak Fas, Najmi (kanan) dan Nabil berama Zamani.
Corat-coret:

  • Jamal dijangka berkolabrasi dengan artis baharu, Wany Hasrita bagi sebuah album duet yang lagunya dicipta penyanyi dan komposer muda, Hael Husaini.

  • Zamani mengakui belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang tahun ini disebabkan komitmen kerjaya seninya ketat apatah lagi kesihatannya terutama sakit tulang belakang belum pulih sepenuhnya.Tangguh dulu, katanya.
  • Tanpa berselindung Jamal akui berjumpa doktor pakar perbidanan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat untuk memperoleh cahaya mata bersama isteri tercinta. Zai Izzati Khiruddin yang dinikahinya pada 2017 lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan