Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PKNS TAWAR 20% DISKAUN & INSENTIF MENARIK TANPA MENGIRA KAUM


Kita sudah pun menghampiri hujung bulan pertama dalam kalender baharu 2019. 

Apakah azam anda untuk memiliki sebuah rumah sendiri yang diimpikan sekian lama belum mampu dicapai disebabkan kekangan kewangan atau belum ada rumah mampu milik yang benar-benar mampu dimiliki.

Jika itu antara kerisauan di hati, barangkali apa yang Kak Fas akan 'story' di bawah ini boleh melegakan dan memberi nafas baharu kepada kehidupan anda buat tahun baharu ini.

Malah sempena Tahun Baharu Cina tahun ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai 'hadiah' yang sudah tentu tidak mahu dilepaskan khusus bagi mereka yang sedang mencari hartanah kediaman.

Baik bumiputera atau bukan Bumiputera, kesemua yang bergelar rakyat Malaysia ditawarkan diskaun sehingga 20% apabila membeli hartanah daripada PKNS.

Kak Fas rasa bila sebut PKNS, sudah tentu semua pun tahu agensi pembangunan peringkat negeri yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 ini bertujuan memacu pertumbuhan sos-ekonomi Selangor melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Tetapi yang utama melekat di dalam pemikiran ramai bila menyebut PKNS tentulah bab pembangunan perumahannya. 

"ini projek rumah PKNS." begitu kata-kata yang sering didengar dan diucapkan pemilik hartanah PKNS.

Terbaharu, sejajar dengan harapan Pakatan Rakyat mahukan kesamarataan kaum, nampak gayanya PKNS mengambil langkah awal dalam memberikan hak kesaksamaan itu apabila menawarkan diskaun 20% kepada bukan sahaja kaum Bumiputera tetapi turut dinikmati bukan Bumiputera.

Wow! Ini sudah tentu satu hadiah 'ang pau' bagi golongan Tionghua yang mahu meyambut tahun baharu kali ini apabila PKNS menawarkan kempen yang bergelar 'PKNS Mega Bonanza'.

Khabarnya, sebanyak 2,537 unit rumah disasarkan uituk penjualan bagi tahun 2019 di beberapa lokasi antaranya seperti sekitar Kota Puteri, Bernam Jaya, Bangi dan Selangor Cyber Valley.

"Promosi PKNS Mega Bonanza ini telah bermula 1 Januari lalu dan akan tamat tempoh sehingga 28 Februari ini," ujar Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek pada sidang media yang diadakan baru-baru ini di Kompleks PKNS Shah Alam.

Tu dia! Anda bolehlah segera buat permohonan untuk berpindah di rumah baharu kerana rumah yang tersedia sudah siap dan boleh didiami sebaik segala urusan pembelian jual beli dimetterai. Jadi jika nak sambut raya tahun baharu Cina di rumah baru bolehlah berkunjung dan tinjau yang mana satu pilihan hati daripada pengurusan PKNS ini semarang jua ya kebab tempoh promosi akan tamat 28 Februari depan.

Kenapa harus membeli sebelum tamat tempoh?

Pada persoalan itu... ini dia sebabnya....

Selain diskaun 20% yang ditawarkan untuk  pembelian kediaan terpilih bagi projek Daffinaa 3, Daffina 2 serta Elaisha di Kota Puteri dan projek Azhara di Antara Gapi mahu pun Menara U & U2 di Shah Alam, pelbagai lagi insentif diberikan kepada pembeli.

“PKNS memberikan rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta bagi projek Hijauan Enklaf dan projek Anggun Kirana di Alam Nusantara, Setia Alam serta 10 Residensi di Seksyen l7. Shah Alam," ujar Norita.

Turut hadir bersama beliau, Encik Azmi Adnan, Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Tengah PKNS dan Hajah Siti Zubaidah Hj Abdul Jabar selaku Ketua Pegawai Korporat PKNS (kiri).



Tambah Norita, lebih menarik pembeli berpeluang menikmati Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati dan 10 Residensi.

Bukan setekat itu sahaja tau... ada lagi tau... di mana pembeli bakal menerima baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 bagi pembelian kedianan  Hijauan Enklaf, Opal Residensi dan Rasa Avenue.

OPAL Residenci & Hijauan Enklaf (bawah).


Manakala pembelian kediaman Anggun Kirana serte Vega Residensi, PKNS turut memberikan Smart Home Voucher bemilai sehingga RM15,000.

“PKNS juga turut menawarkan baucar hiasan dalaman bernilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih di Taman Bayu Malawati. Pembeli bakal menikmati sifar bayaran pendahuluan, manakala kos Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Pertukaran (MOT) akan ditanggung oleh PKNS bagi projek terpilih," tambah Norita kepada media selanjutnya.
RASA Avenue.
Selain itu, beliau memakluiumkan, Skim Smart Ownership yang sudah tamat tempoh pada 31 Disember tahun lalu diteruskan dengan pemberian Insentif “First Ownership” iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hartanah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan bukan Bumiputera).

"Manakala Insentif “Loyalty Scheme” iaitu pemberian diskaun 12 peratus diberikan kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman / komersial atau industri (Bumiputera dan Bukan Bumiputera)," sambungnya.

Menarik kan? Kak Fas pun teruja mendengarnya, dan dan tu rasa nak sign surat pembelian rumah haha.

Kak Fas pun rasa anda pasti juga teruja dan tertarik membaca tawaran-tawaran menarik dari PKNS ini.

Oopss... kenapa pula berkerut dahi tu? Ada kerisauan di hati jika sukar mendapatkan pinjaman bank?

Jangan bimbang sebab segala masalah ada penyelesaiannya. PKNS boleh membantu anda bab pinjam meminjam ini. Apa yang perlu lanjutkan segala pertanyaan kepada pihak pengurusan.

"Kami sedia membantu. Harapan PKNS dengan wujuqdnya pelbagai talarna menarik ini, ia dapat merancakkan lagi jualan projek hartanah PKNS," jawan Norita.

Menurutnya, ajukan sebarang pertanyaan lanjut kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap projek-projek perumahan yang diminati itu.

Jika anda berminat dengan projek di Wilayah Tengah boleh hubungi Encik Lee Chee Seng (016-2510113) atau Puan Sarimah (019-3034342), manakala unduk  projek di Wilayah Utara hubungi Puan Nor Afisah (012-6595515) serta Puan Norlini (013-2504380).

Dan yang berminat untuk memiliki rumah di kawasan Wilayah Selatan boleh menghubungi Puan Vimala (018-2051713) dan Encik Halim (017-3634821).
PROJEK Estera.

Pendekata, bagi menyimpulkan apa yang Kak Fas nyatakan di atas tadi biarlah Kak Fas catatkan dengan lebih ringkas apa insentif-insentif ditawarkan PKNS di bawah ini:
  • Rumah siap dibina dan sedia diduduki. 
  • Diskaun sehingga 20 peratus bagi projek terpilih (Daffina 3, Dafina 2, Elaisha, Azhara, Menara U & U2). 
  • Rebat tunai bagi projek terpilih (rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta) (Marbella, Hijauan Enklaf, Anggun Kirana, 10 Residensi). 
  • Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati, l0 Residensi). 
  • Baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Rasa Avenue). 
  • Smart Home Voucher bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih (Anggun Kirana & Vega Residensi 2). 
  • Diskaun Pembeli terawal bagi projek (Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya). 
  • Baucar hiasan dalaman bemilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih (Taman Bayu Malawati). 
  • Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Penukaran (MOT) ditanggung bagi projek yang terpilih. 
  • Skim Smart Ownership PKNS: i) Insentif “First Ownership” iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hananah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan Bukan Bumiputera). ii) Insentif “Loyalty Scheme” iaitu pemberian diskaun 12 peratus kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman / komersial atau industri (Bumiputera dan bukan Bumiputera).
TAMAN Bayu Malawati.
Jadi, apa lagi? Rasanya sudah cukup membuatkan mata anda terbuka  untuk meninjau projek-projek sedia ada yang boleh dibeli dengan harca serendah RM42,000 hingga RM250,000. 

Tepuk dada, tanya isteri atan suami yang mana satu pilihan kalbu! 

Apa pun sekali lagi boleh memperoleh maklumat lanjut dengan melayari laman web PKNS di https://www.pkns-property.com/ atau menjenguk laman sosial media facebooknya di https://www.facebook.com/pknspropertyofficial/

Dan boleh juga menghubungi pegawai-pegawai di bawah ini :-

Projek di Wilayah Tengah
Encik Lee Chee Seng (016-2510113)
Puan Sarimah (019-3034342) 

Wilayah Utara 
Puan Nor Afisah (012-6595515) 
Puan Norlini (013-2504380).

Wilayah Selatan 
Puan Vimala (018-2051713) 
Encik Halim (017-3634821)

BERGAMBAR Kenangan bersama media dan bloggers pada sidang media PKNS di Shah Alam baru2 ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan