Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CNY SO HAPPY' MEMBAWA MESEJ MEMBERI. BERI APA?



Tidak lama lagi kaum Tionghua akan menyambut kehadiran Tahun Baharu Cina pada awal Februari depan.

Anda tentu tahu kan bahawa zodiak Cina mempunyai kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan? 

Secara tradisi, zodiak Cina bermula dengan bintang tikus dan diakhiri dengan bintang khinzir. Pada tahun hadapan, kaum Cina seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baharu Cina yang juga merupakan tahun penamat kepada kitaran 12 tahun ini. 

Bagi edisi tahun 2019 ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menerusi saluran 8TV bergabung tenaga dengan rakan-rakan media seperti portal video tonton, CJ Wow Shop, Viralcham, Rojaklah serta TTN untuk menjayakan kempen dan juga album Tahun Baharu Cina 2019 iaitu CNY So Happy.

Dan baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis pelancaran kempen dan album 'CNY So Happy' di  Paradigm Mall Boulevard, Petaling Jaya yang dihadiri oleh barisan selebriti Cina seperti Henley Hii, Orange, Jordan, Emily, Haoren, Pauline Tan, Rickman dan Natalie selaku lapan orang “Buddies” yang terpilih untuk menjadi wajah kempen kali ini. 

Selebriti-selebriti lain seperti Gary Yap, Jan, Ley Teng, Desmond serta penyanyi Cina tempatan terkenal iaitu John Wee juga turun padang untuk memeriahkan lagi aktiviti sepanjang majlis.

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad:

Sudah menjadi sebuah tradisi untuk membawa buah tangan ketika melawat sanak-saudara dan rakan-rakan pada setiap musim perayaan. Tema kempen Tahun Baharu Cina akan datang iaitu CNY So Happy ini membawakan tema ‘memberi’, di mana kita ingin menyampaikan mesej agar sentiasa ingat untuk memberi sesuatu dengan hati yang ikhlas. Tidak kira murah atau mahal, harga sesuatu barangan yang ingin diberi bukanlah ukuran tahap keikhlasan seseorang. Apa yang penting adalah kita harus sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.’

"Seiring dengan itu, kami turut menerbitkan sebuah album lagu yang dinamakan bersempena dengan kempen ini iatu CNY So Happy, di mana ia memuatkan empat buah lagu dan satu video muzik bertemakan Tahun Baharu Cina yang pastinya akan menjadi siulan orang ramai. Tidak ketinggalan, dua maskot baharu, Da Ji & Da Li, turut diperkenalkan buat pertama kali bagi menyemarakkan lagi perayaan akan datang".

Single utama bagi album ini berjudul CNY So Happy dinyanyikan oleh lapan “Buddies” yang terdiri daripada Henley, Orange, Jordan, Emily, Haoren, Pauline Tan, Rickman dan Natalie. 

Komposer terkenal, Athena Beh pula bertanggungjawab dalam menggubah lagu ini yang menekankan adat memberi. 

Album lagu CNY So Happy ini turut membariskan beberapa selebriti, personaliti 8TV, dan penyanyi terkenal seperti berikut:

  • “Ticket To Home”   Gary, Jan, Lynn, Wind, Desmond, Chrystina, Wilson & Shoreline
  • “Good Times Together” – Bekas juara program Superstar John Wee, Henley Hii & Orange
  • “Singing in the Spring 2019” – lagu tema telemovie Singing in the Spring yang telah diberikan nafas baharu, dan dinyanyikan oleh Haoren, Orange, Rickman, Emily, Jordan, Sherlyn, Aye Keng, Jacky & Eric

Di samping itu, kesemua Buddies ini juga turut membintangi filem pendek istimewa Tahun Baharu Cina bertajuk CNY So Happy yang berkisarkan tema kempen tahun ini. 

Filem pendek yang diterajui oleh See Chee How sebagai penerbit eksekutif ini dapat disaksikan dahulu di portal video tonton pada awal bulan Januari 2019, kemudian disiarkan di saluran 8TV.

Kempen ini akan disemarakkan oleh Trak CNY So Happy yang akan menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula 5 Januari 2019, termasuk CNY Grand Bazaar yang akan diadakan di KL Sports City, Bukit Jalil bermula dari 13 Januari sehingga 31 Januari.

Bagi mereka yang ingin membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, Janna ketinggalan untuk berkunjung ke CNY Grand Bazaar yang menawarkan harga barangan yang hebat. 

Malah, para pengunjung akan dihiburkan dengan dengan aktiviti-aktiviti menarik termasuk konsert CNY So Happy. Trak CNY So Happy ini juga mengajak orang ramai untuk bermain #TikTokChallenge. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan