Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

"PETTA" FILEM TERAKHIR RAJINIKANTH? TERBAIK!


Kak Fas bukanlah peminat tegar filem Tamil berbanding filem Hindi. Namun apabila filem Tamil berkenaan dibintangi oleh superstar Rajinikanth, Kak Fas teruja pula mahu menontonnya.

Terakhir Kak Fas tonton lakonan Rajinikanth melalui filem “Kabali”. Itu pun disebabkan filem itu turut dilakonkan oleh pelakon kita, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim waima sebahagian besar lokasi penggambarannya dilangsungkan di Malaysia.

Pada waktu itu, nak tengok bagaimana lakonan kedua-dua hero Malaya kita itu. Namun dalam masa sama amat tertarik dengan lakonan mantap pelakon utamanya, Rajinikanth.

Jadi, sejak itulah mulanya Kak Fas mula meminati lakonan Rajinikanth. Patutlah setiap kali kelibat superstar ini muncul di layar perak riuh rendah pawagam dibuatnya dengan siulan dan tepukan penonton huhu. Apatah lagi bila Rajinikanth menyapu remos rambutnya haha..

Malah pada masa tu promosi filem  pun hebat.. jadi Kak Fas terpanggil untuk menontonnya di pawagam di Taiping ketika Kak Fas pulang ke kampung.

Selalunya bila balik kampung lah ada masa sedikit untuk merehatkan minda dengan melayan filem-filem tempatan di pawagam. 

Di Kuala Lumpur,jarang Kak Fas ke panggung disebabkan waktu terhad dan sentiasa sebuk.


Sejujurnya bila pertama kali menonton lakonan Rajinikanth ini memang Kak Fas ‘jatuh cinta’. Bukan jatuh cinta dengan Rajinikanth tau… haha.. tetapi jatuh cinta dengan kemantapan lakonannya walau pun sudah berusia.

Bayangkan lelaki yang boleh dianggap sebagai golongan warga emas ini masih mampu beraksi pantas malah gayanya tidak ubah seperti lelaki muda yang bertenaga.

Terbaharu, anda akan dapat menyaksikan kehebatan lakonan Rajinikanth sekali lagi dalam filem terbaharunya, “Petta” yang kini telah ditayangkan serentak seluruh dunia bermula 10 Januari lalu.

Apabila mendapat pertanyaan daripada rakan blogger yang dah lama Kak Fas tak jumpa, iaitu Misz Ella yang bertanya samada Kak Fas berminat atau tidak menonton ‘Petta”… Kak Fas terus bersetuju tanpa berfikir panjang.

Ya lah… nak tengok lagi lakonan Rajinikanth sejak terakhir menontonnya dalam ‘Kabali’ pada 2017.

Dan selama lebih tiga jam duduk di panggung tidak terasa detik waktu berjalan pantas iaitu sepantas gerak aksi yang ditonjolkan Rajinikanth melalui wataknya, Kaali aka Petta Velan.

Sambil menonton aksinya yang kadangkala mendebarkan dan pantas, begitu pantas dan laju juga ‘pop corn’ di tangan Kak Fas masuk ke mulut…. Haha..

Kak Fas percaya emosi penonton seperti Kak Fas juga  ada turun naiknya. Turun apabila wujudnya adegan yang terselit elemen cinta serta airmata dan meningkat pabila adegan tumbuk menumbuk sehingga bunuh membunuh dipaparkan, tidak terbilang kejutan-kejutan yang membuat jiwa Kak Fas turut melompat huhu..

Walaupun ada sedikit keliru apabila kesinambungan cerita tiba-tiba diterapkan adegan ‘flashback’ dan ‘flashforward’ tanpa amaran namun ia tidaklah membuat penonton terus pening.

Maklumlah, penonton bukan Tamil contohnya perlu membaca alih bahasa yang begitu cepat hilangnya, mana nak tengok babak lakonan, nak baca subtile lagi dan sebagainya tentulah konsentrasi pun agak kacau.

Kak Fas rasa perlu menonton sekali lagi untuk benar-benar dapat menghadam mesej di sebalik filem “Petta” ini.

Sungguh pun dendam kesumat menjadi pokok cerita dan sesuatu yang tidak dibenarkan  oleh umat Islam  namun biarlah Kak Fas memberikan korang sendiri untuk memberikan ‘judgement’nya ya!

Tidak dapat dibayangkan jika berada di situasi dimana seluruh keluarga anda terkorban akibat kejahatan kaum keluarga sendiri apa tindakan waras yang perlu diambil?

Teringat pula Kak Fas kepada watak ‘Robin Hood” yang mencuri untuk memberi kepada fakir miskin.

Kak Fas boleh samakan watak ‘Petta’ dengan ‘Robin Hood’ haha.

Kak Fas rasa semua akui bahawa setiap manusia yang waras ada tersimpan perasaan dendam. Cuma dendam bagaimana yang menjadi persoalannya.

Mampukah kita memaafkan orang yang kita dendamkan itu kerana memaafkan adalah satu daripada sifat mulia yang dituntut Islam.

Apa pun rasionalnya, tindakan yang diambil oleh Rajikanth sebagai “Petta” ada motif dan jawapannya tersendiri.

Jadi Kak Fas syorkan anda ke pawagam secepat mungkin bagi menyaksikan apa kesudahan dendam yang membara di dalam hati ‘Petta”? 

Mampu kah dia membelakangi undang-undang dan mengambil tindakan sendiri?

Segalanya akan terjawab jika anda menonton “Petta” yang kini sedang ditayangkan di 135 buah pawagam seluruh Malaysia dengan tayangan serentak bermula 10 Januari lalu di seluruh dunia melibatkan lebih 22 buah Negara.

Khabarnya, filem ini telah mengutip jualan USD550,000 dalam tempoh 3 hari tayangan di Amerika Syarikat.

“Kami sasarkan lebih kurang RM30 juta berjaya di peroleh melalui tayangan di Malaysia sahaja,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dashthigeer.

Kak Fas percaya sasaran itu mampu dicapai apatah lagi khabarnya ini filem terakhir bintang lagenda Tamil ini.


Majlis tayangan khas untuk VVIP yang berlangsung di GSC My Town, Cheras turut dihadiri barisan artis tempatan antaranya, Norman Hakim (yang pernah membintangi filem “Kabali), Datuk Jalaluddin Hassan, Jasmin Hamid,  Zizi Kirana, Syamel serta dua orang penyanyi baharu, Azwan dan Mu’adz, yang bertanggungjawab menyanyikan lagu cover daripada filem Petta berjudul ‘Ulala”.
AZWAN dan Mu'adz ketika melancarkan lagu cover "Ulala" baru-baru ini. Turut hadir Fazura.
“Petta” edaran Malik Streams Corporation yang ditulis dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj, hasil keluaran Sun Pictures turut dibintangi Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui,  Bobby Simha. J Mahendran dan Guru Somasundaram.




Kak Fas – Turut terpesona dengan sinematografi filem ini yang cantik dan sejuk saujana mata memandang. Akan tonton sekali lagi…! Korang jangan terlepas ya… sebab memang terbaik!


Tiada ulasan: