Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LANAFIRA SYOR LAMAN WEB TIPS KESIHATAN TERBAIK. YANG MANA TU?


Dalam tempoh seluruh dunia kini menghadapi perang wabak Coronovirus atau pun COVID-19, Kak Fas percaya kita semua perlu mengutamakan soal kesihatan.

Selain mengikuti SOP yang disyorkan Kementerian Kesihatan bagi mengelak dari terkena jangkitan virus berbahaya itu, Kak Fas juga tidak ketinggalan melayari internet bagi mencari pelbagai tips kesihatan.

Dalam usaha itu Kak Fas terbuka satu laman web bernama 'Lanafira'. 

Menariknya bila dibaca fakta yang ditulis 'Lanafira' adalah kedai online yang menjual baju kurung, pakaian muslimh, kanak-kanak dan baju lelaki pada harga murah malah dikatakan sebagai sebagai laman personal shopper untuk barangan dari Vietnam, Indonesia, Bangkok dan China.

Namun begitu, posting terbaharunya merujuk kepada penulisan bertajuk 'Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan'.

Jom Kak Fas kongsikan sedikit entrinya yang dicatatkan begini:
  
"Salam semua, saya nak perkenalkan sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan saya iaitu Tips Kesihatan. Dekat sini anda boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best sekali mestilah sebab ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.

Apa yang saya suka berkenaan web ini adalah kerana penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas.

Selain itu saya juga boleh print setiap artikel yang ada kat sana kalau nak tunjukkan dekat mak ayah atau pelajar saya, cuma perlu tekan ikon print dekat hujung artikel tu. Format printing dia memang cantik dan tak serabut.

Kalau anda nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya."

Selepas membaca Kak Fas pun layari laman web yang di nyatakan. Memang menarik kerana di situ banyak tips dan soal kesihatan yang dibangkitkan warganet. 

Terima kasih Lanafira atas perkongsian berkenaan. Kak Fas pun akan jadikan ia laman utama sebagai rujukan untuk mendapatkan info kesihatan.

Jika korang nak bersama layari laman tips kesihatan tersebut KLIK DISINI.

Kak Fas: Nak baca entri bertajuk '10 Mitos Berkenaan COVID-19 Dirungkai' dalam laman web tersebut maklumlah sekarang ini itulah  isu terpenting pada tahun 2020 ini.


#DudukRumah #StaySafe #COVID-19 #TipsKesihatan #Lanafira

17 ulasan:

yaya_flanella berkata...

Yaya pun suka dengan laman web yang banyak berkongsi info dan tips kesihatan. Secara tak langsung ianya juga boleh menambahkan pengetahuan kita dari semasa ke semasa

Farhana Jafri berkata...

bagus bila ada web kesihatan ni sebab kita boleh buat rujukan tambah pula bila sekarang kita tengah dilanda wabak berbahaya. Boleh selalu singgah ke website kak fas bagitahu ni. Thank youuu

Rawlins GLAM berkata...

Time WFH tempoh hari, menjelajah laman web kesihatan jua adalah kegemaran Rawlins. Nie dah kak faz rekomen, boleh la kita jengah sambil tambah ilmu kan. Tq kak Faz

Sis Lin berkata...

Amat senang dah kalau ada laman web khas tentang info kesihatan ni, senang nak bertanya dan utarakan pendapat dan komen..kalau tak kita tak tau mana nak tanya dan laman web apa yang betul-betulnya mengenai kesihatan..

Coretan Masa berkata...

Bagus jugak website sebegini sbb kita boleh dapatkan info info kesihatan. Stp orang perlu jaga kesihatan masing-masing.

Sunah Sakura berkata...

laman web yang berkaitan dengan kesihatan sangat banyak manfaatnya..orang pun akan sentiasa cari di internet sebagai rujukan kalau ada apa2 masalah dengan tubuh badan...

Yasmin Razali berkata...

penting untuk kita cari gali ilmu ikot sumber yang shahih. laman web kesihatan banyak benda kita boleh tahu dan belajar.

Balqis Athirah berkata...

Qiss selalu juga usha Lanafira ni. Memang cantik pakaian kat sana. Sekarang dah bagus bila ada tips pasal kesihatan. Sekarang baru rasa nak jaga diri baik-baik sebab nak sentiasa sihat.

Nadia Johari berkata...

Bagus sgt website macam ni. Kalau bab kesihatan kene banyak baca. Yela kita nak tu sakit apa2 kan.. Tq sharing berkenaan website macam ni

Fiza Rahman berkata...

Terima kasih atas perkongsian. Baru tahu pasal laman Web lanafira ni. Memang laman Web kesihatan ni banyak menjadi rujukan termasuk lah saya 😊

Atul Hamid berkata...

thanks for sharing. Bagus sangat ada website update tentang info kesihatan ni, mudah nak buat rujukan. Agar kita lebih berjaga² dan sentiasa pentingkan kesihatan

Ika.S berkata...

website kesihatan yang bagus untuk kita jadikan rujukan. info di website tersebut sgt mudah kita fahami

SalinaJohari berkata...

Kesihatan ni penting. Tak kira la mana kita berada, bagus website yang ada info gini. Nanti nak jengah sebab ada beberapa kemusykilan berkenaan kesihatan

Nina Mirza berkata...

Bagusnya website dia. Kita suka baca bab kesihatan
Leka dok baca sana.. Thanks sharing

airah syahirah berkata...

Membantu sangat kalau ada laman web yang bagi info betul. Nanti nak baca banyak lagi la sebab suka baca kesihatan ni

halimah muhiden berkata...


Bagus jugak ada website tentang kesihatan utk rujukan kita semua,kalu tak asyiktgk web shoppig jer haaa

Marsya berkata...

Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.biz...^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856