Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANITA BIKERS TERUSKAN MISI JELAJAH IMARAH MASJID, PAHLAWAN KE SANDAKAN, SABAH


WALAU pun berdepan dengan kesihatan yang telah menyebabkan  sahabat Kak Fas, Anita Yusof terpaksa dikejarkan ke hospital namun semangatnya yang kental membawa  pengasas Kelab Anita Bikers itu meneruskan misi jelajahnya ke Sandakan, Sabah selepas kejayaan 'Kempen Imarah Masjid dan Jajak Warisan Pahlawan' berakhir di Perak baru-baru ini.


Fasa ke-2 jejalah yang disambung ke Sandakan bermula 11 Disember hingga 12 Disember lalu turut berlangsung dengan jayanya melibatkan kerjasama bersama Haifi Trading Sdn Bhd dan Badara Bikers.




Bercerita mengenai program, Anita memberitahu, jelajah bermula dengan program imarah masjid di mana anggota bikers menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan Masjid Sim Sim yang sangat sangat memerlukan sumbangan orang ramai bagi membaik pulih bahagian-bahagian masjid yang bocor.


“Jika ada yang sudi menyumbang mereka boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Haifi Trading yang diterajui Pengarah Urusannya, Encik Raden,” ujar Anita yang turut ditemani rakan artis seperjuangannya, pelakon Khaty Azian yang turut bergotong-royong  bersama kumpulan bikers dan jemaah masjid  membersihkan pekarangan masjid walau pun dalam cuaca redup dan hujan. 


Sehubungan itu juga Anita mengucapkan penghargaan kepada Haifi Trading yang memberikan sokongan menjayakan program jelajah berkenaan apa tah lagi Raden merupakan veteran ATM yang berjaya mengusahakan perniagaan baik pulih dan pembinaan bot di Sandakan.


“Usaha beliau patut dicontohi bekas-bekas pesara ATM lainnya kerana mampu meneruskan kesinambungan kehidupannya,” tambah Anita malah Haifi Trading turut menyalurkan bantuan sumbangan barangan kepada enam penerima terpilih.


Malam terakhir menyaksikan kesemua rombongan  diraikan dengan majlis makan tengah hari di Sandakan Seafood  dan minum petang di Green Tea Cafe sambil menikmati pemandangan indah di atas bukit, sesuai dengan pendekatan misi pelancongan ‘Jom Ke Sandakan, Sabah’ sebelum diraikan pula pada majlis makan malam yang dihiburkan oleh Aris Ariwatan bersama kumpulan D'Atomic Power dari Sandakan.




“Terima kasih kepada Encik Saskar Faredy dari Haifi Trading yang membawa kami melancong sepanjang rombongan berada di Sandakan,” akhiri Anita.


Sementara itu, sebagai penutup Kempen Jejak Warisan Pahlawan, sebuah majlis makan malam dan sambutan tahun baharu 2021/22 akan dilangsungkan  pada 30 Disember 2021 ini bertempat di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur.


“Makan malam ini juga bertujuan untuk mengutip dana bagi mengisi tabung bertujuan membantu asnaf dan veteran perisikian tentera Malaysia, “ jelas Anita.


Anjuran bersama Anita Entertainment dan Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia (YBAPTM), majlis bakal diraikan dengan persembahan hiburan oleh penyanyi Rohana Jalil, Aris Ariwatan, Yantzen bersama pengacara, Khaty Azian.


Keterangan lanjut mengenai harga jualan meja boleh baca dalam artikel DI SINI




#AnitaEntertainment #YBAPTM #HaifiTradingSdnBhd #JejakWarisanPahlawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan