Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK KE BUTTERWORTH, SINGGAH NIKMATI MAKANAN '5' BINTANG DI 'MAMAWAY RECIPE ROOFTOP'


WOW! Bila tengok Ustaz Abdullah Khairi atau lebih popular disapa Ustaz UAK ini makan terbuka pulak selera kita nak cuba kan.


Maklumlah jika dah enam kali ucap Bismillah dengan enam kali mencuba masakan yang dihidangkan oleh empunya restoren ‘Mama Wey Recipe Roodtop’, Encik Ilyas Zulkifli serta beberapa kali juga sebut ‘sedap, sedap memang sedap’, pasti apa yang dijamukan jamin sedap.



Di mana letaknya restoran ini?


Dengan negara sudah pun berada pada fasa 4 pemulihan dan dibenarkan rentas negeri, mereka yang pulang ke kampung atau mahu melancong ke Utara bolehlah singgah kat restoran ‘Mama Way’ ini.


Menariknya, restoren ini terletak kat ‘roof top’ tau memang tak akan miss pandangan waima ia terletak di highway jalan baharu  yang nak menuju ke Jambatan Pulau Pinang tu.


Jadi jangan ingat bila ke Butterworth dah tak ada restoran macam di KL tau sebab ‘MamaWay’ memang ada kelas.


Berkonsepkan ‘roof top’ view nya bukan sahaja nampak cantik dari bawah malah jika naik ke atas selera kita aka bertambah apabila dapat menikmati keindahan matahari terbenam, Jadi jika berada di sini waktu senja memang cantik saujana mata memandang.


Jika mata dah dijamu dengan suasana persekitaran yang indah, perut pula tentu tidak sabar mencuba pelbagai menu yang disediakan daripada Western, Oriental mahu pun masakan tradisional.



Pendek kata, semua adalah ‘tepuk dada tanya selera’ je nak cuba yang mana malah jika tinggal berhampiran dah tak perlu ke Georgetown untuk mencari makan, Semuanya ada kat ‘Mamawey Recipe Rooftop’ ini.


Selain sedap, khabarnya harganya pun murah berbanding makan kat hotel dengan menu yang hiasannya bak hotel lima bintang.


Bak kata Ustaz yang melancarkan pembukaannya, memang tip top apa tah lagi bila diakhiri dengan minuman ais blended cappucino, antara minuman kegemaran ramai.


Rata-rata yang dah makan kat sini memberikan 100 bintang u alls,,, jadi jom support anak muda yang kreatif dan bersemangat seperti Encik Ilyas ini.


Akhir kata, memetik tagline Ustaz UAK ‘Buy Muslim First (BMF) dan sokong perushaan bumiputera yang gigih untuk meneruskan generasi kita jua.


Info lanjut layari Istagram ‘Mama Wey Recepi Rooftop’ @mamawey_recipe_rooftop dan selami slogannya ‘Rancak berdosa !!’


Wah! Double meaning tu hihi,,, Jom kita cuba apa maksud di sebalik ‘rancak berdosa’ tu … tetapi setekat makan rancak tak berdosa kan Ilyas?



#MamaWeyRecipeRooftop #SupportBmf #ShareRamaiRamai #RancakBerdosa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan