Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON LANCAR KOLEKSI TERHAD 'SCARLET X STEVEN SUNNY', MEMANG 'DABOMB' LAH CANTIK!


SEJAK pandemik COVID-19 mencetuskan huru hara satu dunia sehingga Malaysia yang turut terkesan terpaksa ‘berehat’ dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan berkuatkuasa, ia banyak mempengaruhi norma kehidupan seharian kita, bukan sahaja pada rutin kebiasaannya tetapi turut melibatkan aktiviti sosial.


Selama hampir dua tahun terpaksa duduk rumah waima pergerakan terbatas, ekonomi terjejas dan operasi kedai terpaksa di tutup sehingga ada yang gulung tikar, ia bagaimana pun memberi hikmah kepada sesetengah golongan.


Namun, bagi penggaya fesyen tersohor, Steven Sunny kesan ‘pandamic-stay-home’ mencetuskan ilham baginya menghasilkan fesyen mengikut musim dan yang penting fesyen yang melambangkan diri anda sendiri.


Sehubungan itu, bertemakan ‘OwnWhatYouWear’ lahirnya kolaborasi Steven Sunny dengan syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia,  AEON CO. (M) Bhd dalam menghasilkan jenama silang-generasinya yang popular, 'Scarlet X Steven Sunny'.


Kak Fas berpeluang dijemput menyaksikan koleksi khas Scarlet yang diberikan nafas baharu sesuai digayakan pada hujung tahun 2021 ini sempena perayaan Krismas mahu pun menyambut perayaan Tahun Baharu 2022 menjelang Tahun Baru Cina awal Februari 2022.


Bayangkan sudah lama tidak ke AEON Midvalley yang sering menjadi pasar raya  pilihan Kak Fas untuk membeli-belah pakaian dan sebagainya, sudah pasti bersyukur dan seronok dapat melangkah masuk kembali ke  dalamnya pada 10 Disember 2021 lalu dan tentulah terima kasih Kak Fas ucapkan kepada Ketua Komunikasi Korporat AEON, Nik Surina Suria yang melayangkan jemputan.

Sebaik melangah masuk ke bahagian ‘Ladies’, mata Kak Fas terpaku dengan pelbagai corak fesyen Scarlet yang memenuhi sebahagian daripada ruang jualan pakaian wanita, lebih-lebih lagi melihat dan meneliti desain ‘Scarlet x Steven Sunny’ yang menjadi fokus utama kehadiran Kak Fas pada petang Jumaat itu.


Sekali lagi Kak Fas nak pinjam kata-kata dalam lirik lagu ‘Da Bomb’ nyanyian kumpulan Ruffedge yang berbunyi  ‘cantik, menarik, tertarik kau memang dabomb’.


Memang dabomb lah koleksi 10 desain rekaan Steven Sunny yang digayakan model-model jelita melalui pertunjukan fesyen yang diadakan pada pagi itu.


Sesuai dengan perayaan sambut Krismas, tahun baharu 2022 mahu pun tahun baru Cina akan datang, ‘Scarlet X Steven Sunny’ hadir dalam rona merah, hijau, putih, biru, hitam mahu pun bercorak flora.



Jadi, bagi yang akan menyambut Tahun Baru Cina tahun depan sudah boleh memilih rona merah yang membawa ‘ong’ kepada kaum Tionghua contohnya.


Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan “fit wear” hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik. 


“Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat, “ ujar Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen (gambar bawah, kanan) dalam kata-kata aluannya pada pertunjukan fesyen tersebut.


Turut hadir perekanya, Steven Sunny (tengah) dan Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan (kiri) yang menyempurnakan perasmian koleksi terhad tersebut malah terdapat juga demonstrasi tambahan di lokassi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido.



“Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini,”  ujar Steven berkaitan koleksi yang mendapat sentuhan jahitannya sendiri itu.


Diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, 'Scarlet x Steven Sunny' memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.


Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya “pandemic-stay-home”, penggayaannya menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini.


Menurut Steven, gaya dan fesyen berubah dengan pantas bersesuaian dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik,


100 pasang koleksi akhir tahun istimewa 'Scarlet x Steven Sunny' yang merupakan edisi terhad buatan tangan ini boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama pada harga  berpatutan dan mampu milik.


Menariknya, sempena pelancaran itu, pelanggan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang dengan berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram daripada sekarang hingga ke 31 Disember 2021.



Bagi mendapatkan  maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan, boleh layari laman Instagram AEON di www.instagram.com/aeonretail.my. atau nak lebih mudah KLIK DI SINI.


Untuk rekod, Steven Sunny merupakan seorang pakar fesyen yang terkenal dan serba boleh malah beliau  juga seorang jurusolek yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. 


Walaupun beliau menamatkan pengajian dalam bidang cat minyak, Steven Sunny adalah pereka pakaian dan fesyen yang dikenali dan terkenal untuk skrin dan pentas. 


Manakala, Scarlet merupakan nadi fesyen AEON dari  kasual hingga pakaian harian yang selesa di mana kolaborasi bersama Steven Sunny yang ikonik dalam menghasilkan koleksi untuk wanita dan gadis remaja,  menyambungkan semula hubungan dengan fesyen melalui #OwnWhatYouWear’. 



#AEONScarletOOTD  #StevenSunny #Giveaway #OwnWhatYouWear #Fesyen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan