Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KINGBLASTER SASAR BANTU 30,000 USAHAWAN BELANJA SIFAR GUNA PENGIKLANAN DIGITAL


KINGBLASTER - pemilihan nama unik ini  tepat membayangkan maksud yang tersirat disebalik  jenamanya yang jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia ‘King’  bermaksud ‘Raja dan ‘Blaster’ pula menjurus kepada bahasa mudahnya, ‘Hebah’ atau ‘Sebar’.


Letakkan ‘Raja’ bersebelahan ‘Hebah’ Kak Fas percaya ramai yang dapat meneka apa sebenarnya fungsi ‘Kingblaster’.


Tidak syak lagi ia ada kaitan dengan urusan pengiklanan kerana ‘Kingblaster’ yang diperkenalkan di bawah pengurusan syarikat FRED ADVANTAGE SDN BHD merupakan satu-satunya jenama eksklusif yang dicipta untuk membantu usahawan menghebahkan produk mereka dengan kos sifar melalui kaedah pendigitalan.


“Sejak ditubuhkan pada April lalu, kami sudah pun  mempunyai 3,000 usahawan yang mendaftar dan sasaran kami untuk tahun hadapan adalah untuk  menarik 30,000 usahawan berdaftar dengan Kingblaster,” ujar  pengasas bersama merangkap pengarah program Kingblaster, Romeyzee Zainuddin ketika ditemui pada majis Menandatangani MoU Fred Advantang Sdn Bhd bersama Rakan Strategik dan Rakan Vendor sekali gus pelancaran program Jelajah Usahawan Digital oleh Presiden Koperasi ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah, di sebuah hotel terkemua di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Turut hadir Dr. Ammar Hassan selaku Pengerusi Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), Encik Shahrul Nizam Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif  serta rakan-rakan strategik dan vendor terlibat.


Empat Rakan Strategik yang memeterai perjanjian terdiri daripada Conqure Trading yang mengeluarkan produk ‘Krasz’ dan ‘KMood’;  Black G; Ezyshare dan Skyfron.


Menjelaskan secara terperinci mengenai Kingblaster, Romeyzee atau lebih popular disapa Sifu Dr. Rayyan memberitahu, jenama yang diciptakan bersama pasukannya  membariskan 12 Aplikasi Digital yang mampu untuk menjimatkan kos pengiklanan atau bahasa mudahnya, ‘kos pengiklanan sifar’.

“Dengan sistem yang kami cipta para usahawan tidak perlu lagi pening memikirkan perbelanjaan pengiklanan yang tinggi,” jelas Dr. Rayyan.


Ditanya bagaimana untuk mendaftarkan diri sebagai usahawan Kingblaster, beliau berkata, ‘mereka boleh mengakses ke laman kingblaster.com tetapi untuk menggunakan 12 enjin yang berada di dalamnya  mereka perlu membayar minima RM150 sebulan sahaja,


Tambah Dr. Rayyan dengan kos kecil itu produk rakan strategik yang mendaftar mampu mendapat  3.6 juta pencapaian seluruh dunia waima Kingblaster sudah berjaya melangkah ke pasaran global di 15 buah negara setekat ini.



“Padu ke tak.” tanya Dr. Rayyan sambil menambahkata pada bulan kedua sekiranya vendor tidak mahu meneruskan pengiklanan mereka tiada halangan untuk berhenti tetapi jika mahu teruskan mereka hanya dikenakan bayaran RM120 sahaja.


Dalam pada itu, pihaknya turut perkenalkan program ‘Member Get Member’ yang menawarkan peluang kepada pihak ‘introducer’ mendapatkan habuan mereka jika berjaya memancing kemasukan rakannya malah vendor boleh memasarkan produk mereka dalam 'market place'  yang turut disediakan.


“Semua usahawan yang terlibat akan dibimbing oleh pihak syarikat dengan Modul  Usahawan Digital. Proses pembelajaran adalah secara ONLINE dan ia adalah secara sistematik oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman,” sambung Pengasas Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Encik Shahrul Nizam Hassan pada ucapannya.


Menurutnya, kini pihak syarikat telahpun menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan yang mempunyai produk produk lokal bermutu seperti BLACK G , KRASZ – KMOOD , BAYU SIRI dan juga SMARTBiz. 



“Kerjasama ini bertujuan  menyediakan peluang kepada mereka diluar sana untuk menjana pendapatan melalui sesi Mentor-Mentee yang akan turut dijalankan dalam  jelajah Program Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD),” ujar Shahrul.


Sehubungan itu, jelajah program terbabit akan bermula pada Januari 2022 dengan mensasarkan seramai 2,220 usahawan dari pelbagai sektor dan lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.


Yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi sekretariat program iaitu Trader di setiap Parlimen di Malaysia ataupun terus mendaftar di laman sesawang kami iaitu https://partner.kingblaster.com/join atau KLIK SINI


Sementara itu, Dr. Abdul Fattah dalam ucapan perasmiannya menyambut baik usaha yang dilaksanakan Kingblaster dalam membantu lebih ramai usahawan Malaysia memasarkan produk mereka pada harga mampu tanpa berbelanja tinggi untuk urusan pengiklanan


“Melalui Kingblaster produk mereka boleh diperkenalkan kepada bukan sahaja pelanggan tempatan malah global,” akhiri Dr Abdul Fattah yang yakin dengan perancangan pembangunan Kingblaster.

Sebagai Presiden Koperasi Angkasa merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasifik, Dr. Abdul Fattah menyuarakan sokongannya kepada Kingblaster dengan harapan jenama itu mampu martabatkan pelaksanaan digitilisasi di Malaysia  ke arah ‘satu digital satu Malaysia’. 



#Kingblaster #PengiklananDigital #BlackG #ANGKASA #YKS #Usahawan #Koperasi

Tiada ulasan: