Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MAGNET TEAM' RAYU LEBIH RAMAI 'UNSUNG HEROES' TAMPIL BERSAMA BANTU MANGSA BANJIR


BELUM pun wabak COVID-19 reda, negara ditimpa musibah banjir dan sekali lagi rakyat di uji dengan fenomena alam semula jadi yang sehingga kini belum ada titik noktahnya bila akan berakhirnya Monsun Timur Laut.


Selama ini musim tengkujuh pada bulan Disember memang dah diketahui akan berlakunya banjir terutama di sebelah pantai Timur namun tiada siapa menduga ia akan melanda ibu kota Kuala Lumpur dan Selangor sekali gus  menjadi satu mimpi ngeri buat mangsa terlibat.


Banjir besar yang melanda gara-gara hujan lebat tanpa henti menyebabkan banyak kerosakan, bukan sahaja rumah ditenggelami air hingga ke bumbung namun harta benda turut rosak dan lebih menyayat hati apabila nyawa turut terkorban,


Sehingga kini, usaha pembersihan dan menyelamat terus digerakkan oleh Kerajaan, NGO dan orang perseorangan bagi membantu mangsa banjir.



Antaranya, kumpulan yang digelar ‘Magnet Team’ seramai 12 orang di bawah pimpinan usahawan terkenal, Puan Seri Nisa  Bakri  (gambar atas) dan rakan-rakan  seperti Puan Seri Dato Zainab Kader, Dato Fatimah Abdul Hamid, Suzimah Hazish, Marina Kenis Tio, Alex Navanith, Sue Shukor, Fieda Khalid, Datin Aimi dan Mak Su tidak ketinggalan turun padang menghulurkan bantuan.


Inisiatif kumpulan  sahabat kelompok profesional  ini menyediakan 300 pes makanan sedia dimasak  serta 250 bungkus nasi kandar dan nasi ayam kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat.


“Kami turut memberikan pakaian yang telah disusun mengikut saiz dan jantina kepada mangsa-mangsa banjir  yang sangat memerlukan bantuan, “ ujar Nisa Bakri.


Menurut beliau, menariknya salah salah seorang 'Magnet Team'  yang terlibat, iaitu  Zainab Kader sudah berusia 75 tahun tetapi tetap aktif turun padang membantu memberikan sumbangan.



“Kegigihan  beliau membantu dalam usia warga emas wajar dicontohi oleh semua khususnya anak muda Malaysia agar lebih aktif untuk turun padang membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menderita,” tambah Nisa sambil memberitahu ‘Magnet Team’ turut menyumbang pelbagai bantuan yang diterima melalui pelbagai NGO di samping terus berusaha melaksanakan bantuan pasca banjir. 


“Usaha Magnet Team ini wajar diteladani oleh masyarakat bagi mewujudkan lebih ramai lagi ‘Unsung Heroes’ yang mengambil berat serta peduli terhadap kebajikan golongan yang berada dalam kesusahan seperti mangsa-mangsa banjir ini,” ujar Nisa.


Sehubungan itu, beliau memberitahu, orang ramai yang berminat membantu usaha murni mereka bolehlah bersama-sama menyumbang melalui kiriman wang ke akaun 8008336625 CIMB Bank di atas nama NJB Innari Sdn Bhd dengan meletakkan Reference:#banjir2021.


Untuk rekod, senarai dan tugasan mereka yang terlibat di bawah kumpulan Magnet Team terdiri daripada:


1. Puan Sri Dato Zainab Kader - isteri kepada Tan Sri Ibrahim Saad bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Duta ke Filipina.


2. DCP Dato Hajah Fatimah Abdul Hamid - Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan PDRM.


3. Nisa Bakri - Usahawan yang menyediakan pes sedia masak melalui NGO dan team magnets pasca banjir yang membantu mangsa banjir dan para sukarelawan


3. Suzimah Hazish - Pengasas & usahawan suzyhoney herbs. 


4. Marina Kenis Tio - Usahawan co.sec business - yang menghantar bot bantuan  selepas banjir di Shah Alam, syarikat beliau membeli terus bot untuk membantu usaha menyelamat mangsa banjir.


5. Alex Navanith - Usahawan kilang nenas dan santan - menyediakan bantuan  jus nenas untuk mangsa banjir dan para sukarelawan 


6. Sue - Usahawan restoran, kumpulan yang memasak nasi ayam untuk mangsa banjir dan sukarelawan. 


7. Fieda Khalid- memberi informasi terkini tentang fokus tempat banjir yang memerlukan bantuan. 


8. Datin Aimi dan Mak Su - sukarelawan memasak dan menyediakan makanan siap dimakan.




#Banjir #MagnetTeam #NisaBakri #MangsaBanjir #HuluLangat #SumbanganNGO 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan