Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAPID KL TAWAR TAMBANG PERCUMA BAGI OKU, PENGIRING HINGGA 12 DIS.


SEMPENA Hari OKU Sedunia, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) buat jiulung kalinnya menawarkan perjalanan percuma untuk perkhidmatan rel dan Bas Rapid Transit (BRT) Rapid KL bagi golongan kurang upaya (OKU) selama sembilan hari.


“Sehingga 12 Disember ini, tambang percuma yang melibatkan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) kendalian Rapid KL, turut diberikan kepada seorang pengiring kepada warga OKU berkenaan,” ujar Timbalan Ketua Divisyen Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Rafizah Amran pada majlis Hari OKU Peringkat Prasarana di  perkarangan stesen LRT Bangsar baru-baru ini.


Majlis disempurnakan Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi OKU Sentral. 


Turut hadir Azharuddin Mar Sah selaku Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Hamizan Nasir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JKM), George Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bagi Orang Orang Buta (MAB) dan Mohd Ramli Shafie, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd. 


FOTO oleh Megat.


Menurut Rafizah selanjutnya, Prasarana memberi sepenuh sokongan kepada warga OKU yang merupakan  antara pengguna pengangkutan awam kendalian Prasarana.


“Sesungguhnya warga OKU amat dekat dihati kami. Justeru itu pelbagai inisiatif telah dan sedang dijalankan oleh pihak Prasarana dalam menyediakan fasiliti mesra OKU di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT,” tambah Rafizah.


Kata beliau lagi, fasiliti mesra OKU berkenaan tidak terbatas kepada perkhidmatan rel sahaja bahkan semua bas henti- henti kendalian Prasarana bercirikan universal akses di mana pengguna berkerusi roda boleh menaiki bas dengan ramp yang tersedia, lantai bas yang boleh dilaraskan serta ruang untuk kerusi roda.


Rafizah turut mengulangi komitmen Prasarana untuk terus bekerjasama dengan persatuan-persatuan OKU dan badan berkanun yang lain bagi memastikan agenda memperkasakan kemudahan OKU senantiasa mengikuti perkembangan semasa.


“Untuk langkah jangka panjang, Prasarana juga akan mengambil inisiatif dalam penambahbaikan perkhidmatan pelanggan di kalangan OKU. Untuk itu, petugas barisan hadapan operasi akan didedahkan dengan program yang bersesuian selaras dengan matlamat untuk memantapkan perkhidmatan buat semua golongan pelanggan,” tambah beliau  sambil menyokong seruan  Kerajaan yang menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022.


Untuk rekod, di dalam Bajet 2022 baru-baru ini, Kerajaan menyediakan peluang untuk anak muda OKU dilantik menerusi skim MySTEP (Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia) dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Jan 2022.



#Prasarana #OKU #MySTEP #KPI #TambangPercumaOKU #HariOKUSedunia 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan