Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AL-IKHSAN SPORTS LANCAR EDISI KE-2 PRODUK HARIMAU MALAYA


SEKARANG ini buka tv je mesti ada bola waima semua maklum Kejohanan bola sepak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, atau lebih popular dikenali sebagai AFF Suzuki Cup membabitkan penyertaan 10 pasukan dari negara-negara  ASEAN sedang berlangsung di kota Singapura.


Pertandingan yang ditangguhkan pada tahun lepas kini diadakan kembali tahun ini sekali gus membuatkan peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya terutamanya, saban hari menatap tv bagi menyaksikan bagaimana nengaumnya pasukan negara berdepan lawan dalam Kumpulan B  yang terdiri daripada Vietnam, Indonesia, Cambodia dan Laos.


Tak perlulah Kak Fas bercerita panjang lebar mengenai pertandingan itu kerana Kak Fas percaya korang pun semua dah maklum kan? 


Apa yang ingin dikongsikan di sini pastinya akan menggembirakan lagi peminat Harimah Malaya tau kerana sebagai tanda sokongan merancakkan lagi kempen Piala AFF Suzuki 2020/2021 itu,  Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd  melancarkan barangan Harimau Malaya edisi Piala AFF Suzuki di Football Republic, Sunway Pyramid, baru-baru ini.



Pelancaran itu dihadiri oleh wakil-wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram, Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutla.


Kak Fas percaya peminat tegar Harimau Malaya tentu terpaku melihat desain koleksi terbaharu,  'Harimau Malaya x AlIkhsan’ edisi kedua ini, ibarat lirik lagu kumpulan Ruffedge  iaitu ‘cantik, menarik tertarik kau memang da bomb’ gitu!


Bagi yang tak sabar mendapatkannya boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic pada harga RM59 untuk kanak-kanak dan RM79 untuk dewasa.


Yang tak dapat hadir ke kedai jangan khuatir, boleh sahaja beli dalam talian menerusi https://www.al-ikhsan.com dan kedai rasmi Shopee Al-Ikhsan Sports atau  KLIK DI SINI 





#AlIkhanSports #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup #FAM #HarimauMalayaXAlIkhsan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan