Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MISTERI GINCU 'BLACKREVFA' SERLAH SISI SENSUAL, KUASA WANITA - JOY REVFA


SESUAI dengan bait lagu 'cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb'yang disampaikan artis jemputan berkumpulan, Ruffedge, begitulah yang dapat dilihat pada penampilan usahawan sensasi, Joy Revfa pada majlis pelancaran koleksi gincu bibirnya, 'BlackRevfa'.


Pemilk nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 34, menerusi rangkaian MERVE Cosmetics Malaysia tampil bergaya dengan langkah gemalai dalam busana merah hitam mengikut tema majlis yang berlangsung di Sky Glass, Sky Park Cyberjaya, semalam (5 Disember 2021).



'BlackRevfa'  merupakan koleksi terbaharu dan yang ke-30 dikeluarkan sejak syarikat  ditubuh dan didaftar Februari 2015 di bawah  MERVE Group Holdings Berhad.

Lebih menarik, koleksi berkenaan dilihat seiring dengan status Joy Revfa sebagai ibu tunggal yang kebal kepada anak tunggal, Arryan Firdaus, 7, namun pada masa sama mengharungi hidup sebagai wanita bekerjaya, berani dan memperkasakan golongannya.


Kata Joy, dia ingin memperkenalkan koleksi gincu ini sebagai salah satu keluaran yang unik dan mengetengahkan sisi yang lebih misteri.


"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.


"Baunya juga sangat 'lazat' dan menyenangkan, bertahan selama 24 jam dan menariknya ia  bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya termasuk merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.


"Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut," katanya.


Dengan tagline “Cantik Bukan Lagi Fantasi”, koleksi gincu ini mensasarkan kepada remaja perempuan,  wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin  bergaya dan tampak cantik. 


"Sedari dulu, tagline 'Cantik Bukan Lagi Fantasi' direka khas oleh  saya sendiri, memberi impak dan kuasa tersendiri kepada semua wanita untuk jadi lebih yakin dengan apa yang dimiliki.


"Harus diingat menjadi cantik itu bukan lagi fantasi bagi setiap wanita. Tak salah berfantasi atau berangan, tapi biarlah kena pada gayanya," katanya.

 

Rangkaian kosmetiknya juga adalah satu-satunya produk kecantikan yang mempunyai konsep unik yang tersendiri. 


Malah Joy  turut menjiwai watak setiap konsep produk keluaran terbarunya.


Pada masa yang sama, pelancaran kali ini turut meraikan ejen dan stokis dari seluruh Malaysia.


Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy  mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik  COVID-19 ini untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.


"Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat.


"Pada waktu sama turut dilancarkan #mervetiktokchallenge  bermula 6 hingga 26 Disember ini. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13. 


Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini. 


"Pastikan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge, #Blackrevfa, #MERVEblackisred dan #MERVEcosmetics turut disertakan apabila memuat naik video berkenaan," katanya.


Pada acara sama, Intan Shuhaidah, stokis dari Putrajaya turut berani mengambil 2,000 gincu untuk dijual kerana yakin dengan kualiti produk berkenaan.



Koleksi BlackRevfa ini boleh didapati melalui laman web rasmi di pautan http://www.mervecosmetics.com.my/ atau KLIK SINI.



Gincu berkualiti antarabangsa dengan packaging yang cukup unik ini dijual dengan harga  promosi mampu miliki serendah RM59.90.


Sementara itu majlis gilang gemilang itu dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Ruffedge dengan lagu-lagu popular mereka antaranya 'Da Bomb' yang memang sepadan dituukan kepada Joy Revfa.



#JoyRevfa #BlackIsRed #MERVECosmeticMalaysia #CantikBukanLagiFantasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan