WCT MALLS RAI AIDILFITRI MENERUSI KEMPEN 'CERIA RAYA, MESRA BUMI'
MENYAMBUT kedatangan Aidilfitri tahun ini, WCT Malls membawakan kelainan dengan melancarkan kempen Ceria Raya, Mesra Bumi — satu inisiatif yang menggabungkan kemeriahan perayaan dan kelestarian alam sekitar.
Buat julung kalinya, semua pusat beli-belah di bawah WCT Malls — Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateway@klia2, dan Subang Skypark — dihiasi dengan dekorasi Raya yang diperbuat sepenuhnya daripada kadbod kitar semula.
Langkah ini bukan sahaja memelihara keindahan tradisi, malah menggalakkan kreativiti dalam penggunaan bahan lestari, memaparkan rumah kampung klasik, gerbang tradisional, dan hiasan ketupat — semuanya dibina menggunakan bahan mesra alam.
Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls, Selena Chua, berkata tema Ceria Raya, Mesra Bumi bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar tanpa mengorbankan kemeriahan sambutan Hari Raya.
“Hari Raya adalah masa untuk bergembira, bersatu, dan bersyukur. Menerusi kempen ini, kami menggalakkan para pengunjung untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih prihatin terhadap alam sekitar. Dengan menyuntik elemen kelestarian dalam hiasan, pemberian hadiah, dan pengalaman membeli-belah, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menyambut perayaan ini secara lebih bertanggungjawab,” katanya.
Hadir sama memeraiahkan majlis adalah Datuk Bandar Petaling Jaya, Hj Mohamad Zahri Hj. Samingon,
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, WCT Malls turut memperkenalkan beberapa inisiatif mesra alam bagi memupuk amalan membeli-belah dan pemberian hadiah yang lebih hijau.
Antaranya termasuk pemegang sampul Raya yang diperbuat daripada kertas kitar semula sebagai alternatif mampan kepada sampul tradisional, mengurangkan pembaziran kertas.
Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan Ceria Raya Gift Set, satu set hadiah eksklusif yang mengandungi tuala tangan dan gelas kaca, bertujuan mempromosikan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian.
Lebih menarik, WCT Malls turut menawarkan program penebusan bekas tingkat (tiffin carrier) bergaya dan boleh guna semula kepada pelanggan yang membuat pembelian memenuhi syarat, bagi menggalakkan penggunaan bekas makanan mesra alam dan mengurangkan pembaziran plastik.
Sempena sambutan Raya ini, setiap WCT Malls akan menganjurkan pelbagai persembahan tradisional Melayu seperti tarian Zapin dan Joget, ceramah ringkas mengenai kitar semula, bengkel dan aktiviti interaktif, serta pertandingan pakaian tradisional Raya yang pasti memeriahkan suasana.
Bagi memberi ganjaran kepada para pembeli, pelbagai promosi menarik turut ditawarkan.
Pengunjung Paradigm Mall Petaling Jaya dan Paradigm Mall Johor Bahru yang berbuka puasa di pusat beli-belah ini berpeluang menikmati pulangan tunai eksklusif menerusi Super Iftar Cashback.
Selain itu, pelanggan yang membeli-belah di Paradigm Mall Petaling Jaya dari jam 5 petang hingga 8 malam akan menikmati parkir percuma.
Melalui kerjasama dengan Mastercard, WCT Malls turut memperkenalkan jualan khas Signature Voucher Bonanza Sale yang menawarkan diskaun 20% bagi pembelian baucar membeli-belah, manakala kolaborasi dengan AEON Credit Service memberikan pemegang kad kredit keistimewaan perbelanjaan minimum lebih rendah untuk menyertai program penebusan.
Untuk menambah kemeriahan, WCT Malls turut menganjurkan Sustainable Raya Market di Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, dan gateway@klia2, menampilkan pelbagai pilihan gerai tempatan termasuk busana Baju Melayu dan pakaian Muslimah, serta aneka juadah kuih Raya.
Pendek kata, pengunjung dapat merasai pengalaman membeli-belah yang unik dan meriah, semuanya di bawah satu bumbung.
Kempen Ceria Raya, Mesra Bumi ini berlangsung hingga akhir sambutan Hari Raya, mengajak semua untuk meraikan Aidilfitri dengan penuh kesedaran terhadap kelestarian alam, tanpa mengabaikan kemeriahan dan tradisi yang menjadi nadi perayaan.
#WCTMalls #ParadigmMall #Gateway@Klia2 #CeriaRayaMesraBumi #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan