Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SURAT KECIL UNTUK TUHAN' - FILEM TERLARIS INDONESIA DI ASTRO

ALEX KOMANG
DINDA HAUW

"Surat Kecil Untuk Tuhan" (SKUT)  merupakan filem terlaris di Indonesia dengan 780,000 penonton yang mampu menghasilkan kutipan box office. Berdasarkan kisah benar seorang remaja berusia 13 tahun bernama Gita Sesa Wanda Cantika atau Keke (lakonan Dinda Hauw) melawan penyakit kanser tisu lembut di mana Keke juga merupakan remaja pertama menghidapi penyakit kanser berbahaya itu. Filem terbitan Skylar Pictures ini yang turut dibintangi pelakon terkenal, Alex Komang sebagai ayah Keke dan menelan belanja sekitar RM700,000 merupakan garapan pertama pengarah muda, Harris Nizam, yang tersentuh dengan perjuangan Keke melawan penyakit kanser serta sokongan ahli keluarga dan tujuh sahabat karibnya termasuk teman lelakinya, Andy (lakonan Esa Sigit).

"Melalui filem ini saya ingin menyampaikan banyak pesanan kepada penonton mengenai beberapa perkara yang mereka boleh terapkan dalam kehidupan seharian," ujar Harris sewaktu ditemui di tayangan perdana filem "Surat Kecil Untuk Tuhan" yang berlangsung di GSC Pavilion petang tadi.

Harris, Dinda dan Alex Komang diterbangkan khas dari Indonesia bagi mempromosikan filem terhebat Indonesia itu sebelum penonton tv berbayar ASTRO dapat menontonnya pada hari Ahad 25 November 2012, jam 2 petang menerusi saluran 142 dalam Pakej Indo Pek.

Menyaksikan filem ini,  anda akan turut merasai kesedihan serta kesakitan yang dialami Keka sehingga mampu mengalirkan air mata bahkan semangat dan perjuangannya paling menyentuh apatah lagi mendapat sokongan dan bantuan daripada tujuh rakan karibnya yang sentiasa berada di sisinya ketika senang dan susah. Bukan mudah mendapat kawan untuk menangis bersama tetapi hakikatnya kesemua kawan baik Keke turut merasai kesakitan yang dialaminya. Semangat setiakawan antara mesej yang diterapkan Haris malah cinta sejati yang ditonjolkan oleh Andy terhadap Keke yang walau pun wajahnya cacat sesuatu yang cukup tulus.

Dalam menghayati watak Keke, Dinda sanggup membotakkan kepalanya dua kali malah terpaksa menjalani solekan 'effek' selama dua jam setiap kali berhadapan dengan lensa kamera untuk adegan ketika wajahnya hodoh sebelah.

"Saya juga terpaksa menurunkan berat badan dari 39kg kepada 35 kg bagi menjiwai watak Keke," ujar Dinda yang berjaya memperoleh anugerah Aktres Utama Terbaik dan Aktres Utama Paling Popular pada majlis Anugerah Movie Indonesia melalui filem tersebut.

Bagi Alex Komang yang satu-satunya pelakon terkenal yang terbabit dalam filem hasil arahan anak muda melahirkan pujian terhadap garapan Harris di mana katanya, penglibatannya sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman cara orang baru bekerja.

"Anak-anak muda sekarang begitu komited dan disiplin dalam tugasan mereka dan saya kagum dengan hasil kreatif mereka malah boleh memberikan saya inspirasi," jelas Alex yang turut bersimpati terhadap keluarga Keke yang juga merupakan anak temannya.

"Saya dapat merasai momen kesedihan yang dihadapi ayah Keka," tambah Alex yang juga merupakan menantu kepada Dato Maria Menado.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan