Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FFM25: MALAM ANUGERAH 30 DISEMBER


Akhirnya, Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25)  tahun ini kembali ke tangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) setelah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia atau GAFIM bersetuju untuk mengundurkan diri sebagai penganjur utama.

Sebelum ini GAFIM yang pada penubuhan asalnya didaftarkan sebagai badan yang akan menganjurkan Festival Filem Malaysia telah berkeras mahu menjadi penganjur utamanya walau pun  dari segi bantuan kewangan tetap memohon dana FINAS bagi menggerakkan pengurusan FFM. GAFIM merupakan penganjur utama pada FFM24 tahun lalu  di mana jelajah FFM turut diadakan di Pulau Pinang, Perak dan Johor,

"Tahun ini FFM25 akan dianjurkan selama lima hari bermula 27 Oktober hingga 30 Disember di mana malam kemuncaknya akan berlangsung pada tarikh akhir di Dewan Merdeka, PWTC," ujar Ketua Pengarah FINAS, Mohd Naguib Razak pada sidang media FFM25 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
NAQUIB (tengah) bersalaman dengan Yusof Haslam bersama AJK dan artis.
Turut hadir Datuk Yusof Haslam selaku Timbalan Presiden PFM dan Pansha sebagai Bendahari PFM.

Bercerita lanjut mengenai penganjuran FFM25, Naquib memberitahu sesuai dengan penganjurannya sempena sambutan Jubli Perak maka dipilih tema “Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas” bagi menyusuri dan meraikan semula perjalanan  industri filem tanah air sepanjang lebih dua dekad.

Untuk tahun ini, dijangka 75 filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober ini layak dipertandingkan. Penjurian awal akan hanya  memilih 25 filem untuk disenarai pendekkan bagi penilaian peringkat seterusnya. Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 2 November depan,

Tambah Naquib, pihaknya akan mengekalkan format seperti tahun lalu di mana tiga kategori filem dipertandingkan iaitu cereka, animasi dan filem pendek, Dan bagi memeriahkan FFM, beberapa aktiviti akan dianjurkan sepanjang tempoh empat hari sebaik FFM25 dilancarkan pada 27 Disember depan di mana tayangan perdana dan tayangan filem percuma seperti biasa akan mewarnai layar perak pawagam tempatan.

"Sempena sambutan Jubli Perak FFM25 ini juga pastinya Jelajah FFM25 akan diadakan di setiap zon yang dikenal pasti dengan membawa filem-filem lama yang berjaya dinobatkan sebagai filem terbaik sepanjang penganjuran FFM sejak diperkenalkan dalam tahun 1980," ujar Naquib.

Tambahnya, selain itu, akan diadakan bengkel filem  bersama tokoh-tokoh perfileman dan tentu sekali Malam Anugerah pada 30 Disember akan menjadi kemuncak kepada acara FFM25 tahun ini.

Untuk menjayakan sambutan, Naquib berharap kerjasama semua penggiat  filem tanah air agar bersama memeriahkan program dan mengetepikan sebarang permasalahan yang timbul agar industri filem tempatan terus berkembang dan mencapai kejayaan.

Seperti kata Datuk Yusof Haslam dalam ucapan ringkasnya, "setiap tahun FFM tidak terlepas daripada kontroversi, Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak namun yang penting semua penggiat filem harus bersatu dan menjayakan FFM25 ini dengan sebaik mungkin."

Semoga dengan peralihan tangan penganjuran yang kembali kepada FINAS  di mana kerjasama daripada persatuan-persatuan perfileman juga diperlukan, diharap FFM25 tahun ini akan kurang kontroversinya berbanding tahun tahun lalu.

Seingat penulis, tahun lalu pihak Kerajaan Negeri Johor telah menyatakan persediaannya untuk membantu dalam memeriahkan FFM dan mungkin salah satu Jelajah FFM25 tahun ini boleh sekali lagi diadakan  di Johor Bahru.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan