Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GOSIP TERKINI: SAFEE SALI NAFI BERTEMU JULIA HANA

SAFEE SALI

Safee Sali wajah eksklusif Avon 'Centre Action'
 Akhirnya, gosip di antara dua personaliti ini terjawab...jangan tersilap tau bukan Juliana Evans tetapi Julia Hana.

Kedua-duanya baik penyerang Kebangsaan, Safee Sali mahu pun pelakon Julia Hana menafikan gosip yang mengatakan mereka bercuti di Pulau Langkawi baru-baru ini.
Nama pun gosip, jadi wajarlah kedua-dua personaliti ini tidak melenting tetapi menjawab segala tohmahan dengan tenang.
Kata Safee sewaktu ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagai wajah eksklusif wangian untuk lelaki, Avon 'Centre Action' baru-baru ini, "Saya tidak kenal siapa Julia".

Dengan nada yang tenang tetapi tegas, Safee memberitahu, tidak tahu bagaimana gosip berkenaan boeh timbul sedangkan dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke Langkawi apatah lagi bercuti bersama artis yang bernama Julia.
  
Julia Hana yang digosipkan bercuti  dengan Safee di Langkawi
"Saya terkejut dengan gosip sebegini dan ni pertama kali saya dikaitkan dengan golongan selebriti. Dan saya tidak tahu apa motif sebenarnya orang yang menyebarkan gosip tersebut.

Menyambung perbualan kata pemilik nama penuh Mohd Safee Mohd Sali ini, beliau bagaimana pun tidak terasa gugat dengan gosip itu malah menganggapnya satu perkara biasa waima sering dilanda gosip sebelum ini.

"Saya dah biasa dengan gosip. Mungkin saya dah duda sekarang, jadi orang cuba memberikan pelbagai cerita. Tak tahu lah adakah untuk menjatuhkan imej saya atau tidak tetapi yang pasti ia tidak sedikit pun menganggu saya. Saya tetap boleh fokus dengan karier saya." kata penyerang pasukan bola sepak Indonesia,  Pelita Jaya FC ini.

Terlalu sibuk dengan latihan dan kerjaya membuatkan Safee tidak mempunyai masa untuk melayan sebarang gosip atau pun bercuti seperti yang digosipkan. Dan berhubung dengan gambarnya konon berpegang tangan dengan Julia Hana di Langkawi, Safee cuma dapat berkata, "entah lah, mungkin pelanduk dua serupa'.

Mana mungkin beliau berada di dua tempat kata Safee memandangkan pada tarikh berkenaan beliau sedang berlatih di Shah Alam dan hanya mengetahui kisah dirinya di gosip selepas membacanya di laman blog.

Laman blog hiburan berkenaan memaparkan  kononnya Safee dan Julia Hana telah dilihat keluar bersama dan berpimpin tangan di Pulau Langkawi iaitu di Langkawi Cable Car.

Safee turut memaklumkan belum bersedia untuk berkahwin tetapi ingin menumpukan sepenuh masanya dengan kerjaya sebagai pemain bola sepak malah merancang membuka bisnes sendiri.

Pun begitu, bagaimana kah gadis pilihan Safee untuk dijadikan isteri? Baca jawapannya dalam Teropong Kak Fas dalam Majalah Perempuan bulan ini...cover hadapannya pelakon comel 'Nada Cinta' Mikha Tambayong...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan