Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SENARAI PENUH TOP 5 AIM 19

Antara calon-calon finas AIM 19 yang hadir di majlis pengumuman top 5..

YUNA dan JAC dominasi enam pencalonan...
Kak Fas antara yang sempat hadir seketika ke majlis pengumuman top 5 AIM19 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur semalam. 
Tahun ini menyaksikan 465 pencalonan diterima namun hanya 80 calon disenarai pendekkan untuk 16 kategori yang dipertandingkan.
Selepas pengumuman dibuat Kak Fas harus ucap tahniah kepada dua penyanyi yang mempunyai vokal dan suara merdua, siapa lagi jika bukan Yunanis atau Yuna dan  Jaclyn Victor @ Jac atas pencalonan terbanyak di mana kedua mereka masing-masing berjaya mendominasi enam pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Yuna dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), dua lagu menerusi Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo of You) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).

Manakala rakan seperjuangannya, Jac turut memperoleh enam pencalonan dengan dua lagu menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), (Counting Days dan Jagalah Diri), Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Counting Days).

Selain itu,  nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza hanya beroleh pencalonan untuk Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu  (Wanita) bersama Nora dan  Shila Amzah,

Menariknya, bagi katogeri lagu Etnik Terbaik telah dikuasai sepenuhnya oleh Noraniza Idris menerusi lima lagu nyanyiannya iaitu Endang Endong, Cintaku Satu, Hari Demi Hari, Kuasa Cinta, Mahligai Cinta dan Menarik Hati.

Dalam pada itu, Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan menerusi album berbahasa Malaysia pertamanya termasuk dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik untuk lelaki (Bertemu Di Syurga) selain Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Tidak mahu mengulangi kesilapan yang berlaku tahun lalu, AIM tahun ini diadili oleh penggiat seni yang terlibat secara langsung dalam industri muzik seperti komposer, penyanyi, pemuzik, dan penerbit album di mana seramai 57 orang juri terlibat diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan manakala juruaudit baru turut dilantik iaitu KPMG,

AIM19 akan berlangsung pada 17 November ini di Stadium Malawati, Shah Alam, jam 8 malam dan akan disiarkan menerusi saluran ASTRO.

Berikut senarai  penuh pencalonan akhir AIM19;

Album Terbaik
Hujan - Sang Enemy
Nora - Hikmah
Pesawat - Take Off
Salam Musik - Salam
Stacy - Stay-C

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu
Azlan - Idola
Faizal Tahir - Buta
Hazama - Majnun
Jamal Abdillah - Bahagia Sementara
Stephen Rahman - Bertemu Di Syurga

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu
Jac - Counting Days
Nora - Doa
Shila Amzah - Patah Seribu
Siti Nurhaliza - I Cry Out
Jac - Jagalah Diri

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu
Firdaus - Saat Terindah
Forteen - Seperti Dulu
G84 - Kerana Kasihmu
Prince Of Pop - Pergi Jauh-Jauh
Ramlah Ram & Sleeq - Sesaat Kau Datang

Lagu Pop Terbaik
Jac - Sebelah Jiwaku
Hype Act - Harapan
Shila Amzah - Patah Seribu
Yuna - Terukir Di Bintang
Jac - Jagalah Diri

Artis Baru Terbaik
Keroz Nazri
Mojo
Salam Musik
Stephen Rahman
The Malayan

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Yuna - Memo
Jac - Counting Days
Siti Nurhaliza - Stand Up
ZE! - Haircut
Yuna - Photo Of You

Kulit Album Terbaik
Muka Surat Satu - Filsuf -pereka  Anuar Sujud
Sang Enemy - Hujan - Sanjay
World Wide Transgression- Love Me Butch- Wing Meng
Take Over- Mizz Nina-Even Odds Sdn Bhd
Terukir Di Bintang-Yuna-Zul Amran Hilmi

Rakaman Album Terbaik
Zikir Terapi Diri-Hafiz Hamidun-Hafiz/CL Toh
Raja Pop 2- Jamal Abdillah-Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal
Menggoda-Kat Hassan-Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish
Hikmah-Nora-Rahmad Ayob
Perjalanan-Shanel-Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald

Video Muzik Terbaik
Firdaus-Kernanya Aku Menolak mu-Pengarah Sahak
Goldfish & Blink-Bila Seharusnya feat Noh Salleh-Michael Weicker/Marcus Weicker
Stacy-Pelangi Senja-Ghaz Abu Bakar
Suki Low-Terlalu Mencintai mu-Jeremy Zainal
Yuna-Sparkle-Quek Shio Chuan

Lagu Pop Etnik Terbaik
Endang Endong Cintaku Satu-Noraniza Idris-Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris
Hari Demi Hari-Noraniza Idris-Mohd Shahril/Noraniza Idris
Kuasa Cinta-Noraniza Idris-Edry Hashim
Mahligai-Noraniza Idris-Helan Yap
Menarik Hati-Noraniza Idris-Asmin Mudin

Lagu Nasyid Terbaik
Asmaulhusna-Asmawi-Hafiz Hamidun
Allah-Hafiz Hamidun-Hafiz Hamidun
Garisan mu-Izzat Mahadi-Hafiz Hamidun
Doa-Nora-Gjie 6ixth Sense
Erti Al Fatihah-Voices of Ummi-Johan Nawawi 

Lagu Rock Terbaik
Idola-Azlan & The Type Writer-Audi Mok
Buta-Faizal Tahir-Audi Mok
Simetri-Hazama-Audi Mok/Omar K
Mati Senyap-Silent Death-Stone/Zizie Hashim
Bebas-The Azenders-Sam

Lagu Hip Hop Terbaik
Teman Pengganti-Black&Malique-Malique
Sendiri di Kuala Lumpur-Filsuf-Belle Fatah
Aku Maafkan Kamu-Jamal Abdillah/Malique-Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs
Just You and Me-Mizz Nina-Saph
Tenang Sayang-SSK-DJ Jocular

Lagu Bahasa Melayu Terbaik dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
Tentang Rasa-Astrid
Sudah Cukup Sudah-Nirwana Band
Aku Bersahaja-Rossa feat Taufik Batisah
Ku Pinang Kau Bismillah-Rossa feat Ungu
Aku Kembali-Sammy Simorangkir

Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
Brenda & Budi-OST Gerimis Mengundang- Azman/Alex,Aye/Rifai/Andy
Jacklyn Victor-Counting Days-Audrey Suwito
Stacy-Kasanova-Edry Abdul Halim
Stephen Rahman Hughes-Bertemu di Syurga-Azlan Abu Hassan
Yuna-Terukir di Bintang-AG Coco
 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan